Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Adakah Tuhan Benar-benar Biarkan Peperangan Berlaku dan Mengapa Keamanan Ambil Masa Begitu Lama?, Bahagian 2 daripada 4

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sekarang, Pasukan Syurga, dah tentu, termasuk saya sendiri, bekerja keras sekali di belakang anda, maaf, untuk menangani banyak masalah, untuk buka banyak simpulan, utk bincang, untuk mulakan penyelesaian, untuk mengurangkan halangan dan mengembangkan tenaga yang lebih damai di dunia ini supaya keamanan boleh datang dan berkekalan. Kita tak boleh benar-benar bergantung pada sesiapa pun kecuali diri sendiri. Kita perlu menjadi apa yang kita mahukan daripada orang lain tetapi kita perlu adanya dulu sebelum orang lain boleh bantu. Pasukan Syurga dan saya, Kami bekerja keras sekali. Bukanlah hanya duduk bersama di dunia, pemimpin bersama atau rundingan antara negara atau kerajaan. Tidak, tidak. Itu hanya satu bahagian kecil. Bahagian yang lebih besar ialah dunia dalaman – seperti Pasukan dan saya perlu pergi cari punca utamanya.

Oh! Kita dah tahu, punca utamanya ialah karma bunuh dunia ini tetapi kita perlu cari lebih banyak, lebih mendalam, cara bincangkan ini dengan makhluk lain di Alam Semesta. Contohnya, peperangan malah boleh bermula di rumah. Banyak keluarga tidak damai, tiada keharmonian kerana ada pengaruh lain di sekeliling mereka, di dunia ini, di Alam Semesta atau daripada bintang di atas. Jadi untuk mengecap keamanan, orang perlu hidup sebagai makhluk yang damai, maka mereka akan menjana tenaga damai. Jika setiap orang, setiap keluarga menjana tenaga damai bersama-sama, maka dunia ini akan menjadi aman damai dengan sendirinya dan kita akan mengecap keamanan dunia.

Keamanan tidak datang dengan hanya berdoa saja tetapi dengan mengetahui puncanya, seperti kita harus menjadi vegan untuk menjauhi karma bunuh. Jika anda membunuh secara langsung atau tak langsung, anda akan alami karma pembunuhan langsung atau tak langsung, cepat atau lambat. Bagi menyumbang kepada keamanan, kita sendiri mesti menjalani kehidupan yang damai. Jika tidak, kita akan menarik makhluk lain yang suka berperang. Mereka menggoda semua orang supaya berperang dalam persahabatan, dalam keluarga, dalam negara dan antara banyak negara. Jadi bukan hanya bergantung pada pemimpin dunia untuk berunding tetapi Pasukan Syurga dan saya perlu buat banyak kerja yang lain, menggunakan Kuasa Kami sebanyak yang wajar. Kami perlu berunding atau Kami malah perlu singkirkan sesetengah entiti yang sangat tidak damai.

Peperangan tidak hanya bermula di tempat ia bermula saja. Ia ada punca yang lebih dalam. Jadi untuk mengecap keamanan… Keamanan, Tuhan sudah kurniakan kepada kita, cuma masih ada banyak halangan kerana kita manusia wujudkan karma buruk untuk keamanan wujud, menjadi stabil dan berkekalan kerana kita telah wujudkan karma yang bertentangan dgn keamanan, karma bunuh. Jadi Pasukan Syurga dan saya perlu bekerja lebih keras daripada hanya bergantung pada pemimpin dunia berunding dengan bahasa duniawi.

Kami malah perlu menyingkirkan banyak dewa, banyak raja daripada pelbagai tatatingkat yang bekerja secara bertentangan dengan kemurahan, keamanan, belas kasihan dan persahabatan antara manusia, antara manusia dengan alam haiwan, antara manusia dengan banyak entiti yang lain dan banyak alam yang lain, malah alam tumbuhan. Banyak buah, banyak sayur, banyak pokok, kita tak harus potong, tak harus makan, misalnya macam itu. Jadi dengan perlahan-lahan, sekurangnya empat raja yang tidak damai sudah dibuang negeri, diturunkan takhta dan dibuang negeri berkaitan dengan jenis kelakuan mereka yang ada angin, atau pembawaan mereka. Jadi mereka perlu pergi ke sesuatu tempat yang lebih sesuai untuk mereka utk mengetahui penderitaan peperangan, contohnya.

Adalah lebih senang jika manusia boleh berunding bersama dan saling memahami melalui bahasa manusia, bersetuju dan menandatanganinya, “Okey, esok atau sekarang kita ada keamanan. Mulai sekarang, tiada peperangan lagi.” Seperti kerajaan Jepun, perdana menteri Jepun berkata, “Kita tidak mahukan peperangan lagi. Kita tidak mahukan peristiwa dahsyat seperti Hiroshima itu lagi. Kita takkan buatnya lagi. Kita takkan buat apa-apa untuk buatnya berlaku lagi.” Sesuatu macam itu.

Adalah lebih senang bagi manusia sendiri melakukannya. Jika tidak, Syurga perlu bekerja lebih keras. Adalah lebih sukar untuk bekerja di alam dalaman disebabkan oleh kuasa sebenar, kuasa sebenar entiti-entiti berlainan yang terlibat dalam aktiviti dan tujuan yang tidak damai. Walaupun di dunia ini kita telah menghasilkan bom atom, contohnya, bom atom itu boleh dimusnahkan. Jika itu apa yang kita mahukan, kita ada kuasa untuk memusnahkannya dan kita takkan ada perang atom lagi atau sebarang senjata yang lain. Kita boleh musnahkannya. Tetapi kuasa entiti di Alam Semesta yang malah tinggal di dunia ini, ada di sana tanpa manusia nampaknya kerana manusia tak dapat lihat banyak benda atau dengar banyak benda. Dalam aspek ini, orang-haiwan jauh lebih baik daripada kita. Mereka dapat berkomunikasi tanpa bahasa lisan. Mereka dapat lihat benda yang tak dapat dilihat oleh manusia. Mereka dapat dengar benda yang tak dapat didengari oleh manusia. Mereka dapat buat banyak perkara yang manusia tak dapat walaupun kita ialah anak Tuhan.

Kita ada kuasa yang amat besar di dalam tetapi tak tahu bagaimana gunakannya. Sejak kecil lagi, kita diajar apa-apa saja kecuali cara membuka semula kuasa ini untuk digunakan. Di dunia ini – kita turun ke dunia ini dan kehilangan banyak keupayaan termasuk telepati, kuasa penyembuhan, kuasa ramal dan kuasa dengar jauh, segala jenis keupayaan yang kita telah hilang. Jadi kita meraba-raba di dunia ini, banyak menderita hanya untuk cukupkan perbelanjaan. Hanya 1% adalah kaya kerana menurut agama Buddha dan semua penjelasan dalam agama-agama yang berlainan, kita tahu bahawa orang-orang ini kaya kerana mereka telah buat perbuatan baik dalam hayat lampau. Tetapi 1% saja, menurut laporan, dan 99% adalah miskin. Banyak daripada mereka banyak menderita akibat kekurangan makanan, kekurangan rumah, kekurangan rawatan perubatan, kekurangan banyak benda dan bekerja keras sekali hanya untuk cukupkan perbelanjaan.

Makhluk yang begitu kesian kita ini sedangkan kita ada kuasa di dalam. Kita kaya di dalam. Kita dapat miliki apa saja yang kita mahu, sama seperti jika kita berada di Syurga. Tetapi tidak, kita dibuat menjadi terlalu sibuk, terlalu lemah, terlalu banyak bergelut untuk hidup sehingga kita tiada kuasa lagi, tiada tenaga yang tertinggal untuk memikirkan Syurga atau berdoa pada waktu susah pun. Meskipun kita berdoa dan Syurga beritahu kita apa yang nak dibuat, kita tak dengar apa-apa pun. Jadi kita tak dapat mengubah situasi serba kekurangan, situasi lemah, situasi tak berdaya kita. Selain itu, kita wujudkan semakin banyak karma berat dengan menambahkan karma dahsyat seperti karma bunuh ke dalam hidup kita, ke dalam simpanan karma kita yang sudah berat. Maka mana boleh kita menyalahkan peperangan, apa-apa saja yang berlaku, kejadian malang yang berlaku dalam hidup kita?

Apabila kita berada di zon perang tanpa kita mengetahuinya pun, dengan membunuh, memakan orang-haiwan, membunuh bayi atau apa-apa saja seperti itu, kita musnahkan hutan dan sebagainya, kita menambahkan karma buruk ke dalam hidup kita. Lagi banyak kita makan orang-haiwan lagi banyak karma bunuh yang perlu kita hadapi, cuma kita tak tahu. Kita rasa kita sakit, itu berlaku secara natural. Tetapi hari ini, banyak doktor sudah buktikan kepada kita bahawa memakan orang-haiwan banyak memudaratkan kesihatan kita – membuat kita sakit, kurang selesa, lemah, hidup pendek dan seumpamanya. Itu dah terbukti secara saintifik. Dan hari ini, kita boleh mendapat segala jenis komunikasi dan segala jenis maklumat di internet, jadi kita boleh mendapat tahu. Namun, kita tahu tetapi tidak bertindak. Kemudian kita menderita, alami penderitaan dan menyalahkan Syurga dan Bumi atau segala-galanya.

Kita tanya Tuhan mengapa Dia biarkan peperangan berlaku. Tidak, Tuhan tidak biarkan peperangan berlaku. Tuhan tidak biarkan kemiskinan berlaku. Kitalah yg wujudkan semua itu. Oleh sebab kita tidak ingat akan karma masa lalu kita, tindakan masa lalu kita, jadi kita malah menyalahkan Syurga dan Bumi kerana tidak membantu kita. Semua ini kita sendiri yang wujudkan, tetapi begitu pun, Syurga juga cuba membantu membuatnya menjadi tak terlalu teruk. Tetapi kita tak tahu, jadi tidak berterima kasih kepada Syurga atau Bumi pun. Kita hanya asyik menyalahkan, merungut.

Contohnya, air hujan pun, hujan turun ke Bumi bagi berikan air kepada kita untuk diminum. Air hujan adalah baik, murni tetapi kekurangan… anda kehilangan berkat Bumi. Bayangkan itu? Jadi hujan adalah baik untuk banyak perkara tetapi tiada berkat sepenuh Bumi seperti jika anda ambilnya dari tasik, daripada penggerudian perigi di dalam tanih, dari sungai, atau daripada air laut yg dinyahmasinkan pun. Seluruh Alam Semesta perlu bekerja bersama untuk beri kita segalanya yang kita gunakan setiap hari. Semua sayur, semua buah berkuasa ajaib besar sekali. Tetapi kita tidak hargai semua ini. Kita tidak berterima kasih kpd mrk pun. Kita hanya musnahkan benda yang dapat bantu hasilkan lebih banyak sayur, lebih banyak buah untuk seluruh dunia supaya tiada sesiapa yang perlu berlapar.

Tetapi banyak kali, kita ada berkat yang melimpah-ruah, contohnya lebih banyak kentang daripada yang kita jangkakan, lebih banyak sayur, lebih banyak buah daripada yang kita usahakan tetapi kita buangnya saja. Kita tidak berikannya kepada jiran atau orang susah pun. Saya tidak menyalahkan anda pun. Saya tidak maksudkan nak menyalahkan anda tetapi cuma macam itu dan atas sebab ekonomi. Dan juga kerana orang miskin, orang susah ini, karma mereka buat mereka menderita macam itu. Jadi sebenarnya segalanya yang kita buat, kita akan mendapat karma buruk atau karma baik.

Dah tentu, Syurga dapat bantu kita tetapi kita tak tahu bagaimana berhubung dengan Syurga pun. Syurga ingin berhubung dengan kita tetapi kita juga tak dapat menerima hubungan ini, Berkat ini dan arahan dari Syurga untuk kita ini untuk keluar daripada kemiskinan atau situasi teruk, situasi susah. Sama juga dengan peperangan. Saya sendiri rasa hancur hati, sangat sakit hati melihat orang menderita dalam peperangan dan melihat orang-haiwan menderita juga. Tetapi semua ini ialah cara… dunia ini adalah macam itu. Orang tidak sedar, tidak memperbaiknya, tidak membaikinya Sama seperti jika paip air anda pecah, anda perlu membaikinya. Jika anda lihat peperangan buruk kepada seluruh dunia, bukan hanya kepada negara yang terlibat, maka anda cuba membaikinya. Anda perlu lihat punca sebenarnya.

Photo Caption: “Manusia Dapat Mencipta Semula Firdaus di Bumi dengan Kemurahan”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (2/4)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-03-23
317 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-03-22
317 Tontonan
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2026-03-22
787 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-03-22
753 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-03-21
187 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-03-21
512 Tontonan
Sastera yang Meningkatkan Jiwa
2026-03-21
187 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun