Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Adakah Tuhan Benar-benar Biarkan Peperangan Berlaku dan Mengapa Keamanan Ambil Masa Begitu Lama?, Bahagian 3 daripada 4

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Segalanya yang kita buat, kita akan mendapat karma buruk atau karma baik. Dah tentu, Syurga dapat bantu kita tetapi kita tak tahu bagaimana berhubung dengan Syurga pun. Syurga ingin berhubung dengan kita tetapi kita juga tak dapat menerima hubungan ini, Berkat ini dan arahan dari Syurga untuk kita ini untuk keluar daripada kemiskinan atau situasi teruk, situasi susah. Sama juga dengan peperangan. Saya sendiri rasa hancur hati, sangat sakit hati melihat orang menderita dalam peperangan dan melihat orang-haiwan menderita juga. Tetapi semua ini ialah cara… dunia ini adalah macam itu. Orang tidak sedar, tidak memperbaiknya, tidak membaikinya

Sama seperti jika paip air anda pecah, anda perlu membaikinya. Jika anda lihat peperangan buruk kepada seluruh dunia, bukan hanya kepada negara yang terlibat, maka anda cuba membaikinya. Anda perlu lihat punca sebenarnya. Berdoa saja tidak membantu. Maaf, minta mengatakan itu. Masalahnya, kebanyakan masanya kita berdoa dengan tidak sepenuh hati dalam kata-kata kita. Kita bercakap, katakan apa yg kita mahu tetapi tidak dengan sepenuh hati dalam kata-kata yang kita ucapkan. Kita tidak ikhlas. Macam itulah. Bagi berdoa agar keamanan dunia berlaku, kita perlu berdamai dulu. Kita perlu membuat pahala supaya layak menerima kesudahan damai. Saya dah asyik beritahu anda itu banyak kali. Saya tak tahu sama ada satu kali lagi membuat sebarang perbezaan kpd anda tetapi macam itulah, macam itulah. Kita perlu menuai apa yang kita semaikan walaupun kita tak nampaknya kerana kita buta, pekak dan bisu dari segi rohani. Jadi kita tak nampak dunia sebenar. Kita tak tahu tindakan sebenar. Kita tak nampak karma sebenar, balasan yang datang selepas perbuatan kita sendiri.

Saya telah beritahu anda bahawa akhir-akhir ini sekurang-kurangnya empat raja telah diturunkan takhta, digulingkan dan dibuang ke planet lain, planet yang ganas, planet yang berperang tempat yang sepatutnya untuk mereka, tempat yang seharusnya untuk mereka, kerana jika tidak, mereka akan menimbulkan lebih banyak peperangan, lebih banyak kesusahan di dunia ini. Tetapi itu hal mereka. Tuhan, Pasukan Syurga dapat melawan mereka dan akhirnya menang, tak apa, tetapi jika manusia teruskan cara hidup ganas yang telah menjadi tabiat, tak pedulikan makhluk yang lemah, lemah lembut dan tidak berdosa, bunuh mereka saja tanpa mengelipkan mata, sumbat mereka ke dalam mulut tanpa mempertimbangkan mereka datang dari mana, berapa banyak penderitaan, berapa banyak situasi yang menyeksakan, berapa banyak kesakitan yg ditimbulkan bagi potongan daging orang-haiwan yang mereka masukkan ke dalam mulut atau berapa banyak penderitaan yang perlu bayi kecil yang tidak berdosa dalam kandungan tahan semasa pengguguran, contohnya.

Kami telah cuba paparkannya kpd anda supaya anda dapat faham secara grafik, benar, bagaimana janin manusia perlu menderita untuk anda menjadi ‘bebas’ daripada anugerah yg Tuhan kurniakan kpd anda. Anda takkan tahu apa yang mungkin bayi itu jadi. Saya dah kata sebelumnya, mungkin dia menjadi presiden, presiden yang baik, mungkin dia menjadi raja pemurah akan datang, mungkin dia menjadi ahli sains, doktor, apa-apa saja yang cemerlang yang mungkin sumbangkan lebih banyak kegemilangan dan keselesaan kepada dunia ini tetapi orang bunuh mereka saja tanpa mengelipkan mata dan hanya minta ketenangan, keselesaan sendiri.

Tetapi foto atau gambar kami yang amat jelas yang merupakan salinan daripada situasi sebenar supaya anda dapat lihat penderitaan bayi kecil yang tidak berdosa, tidak dibenarkan untuk disiarkan pun. Saya tak tahu mengapa, sedangkan filem ganas, bahan bersuasana rendah ada di seluruh dunia. Dah tentu, di mana-mana kita buat siaran atau dengan apa-apa syarikat kita bekerja bersama, kita perlu mematuhi peraturan syarikat itu tetapi saya tak faham mengapa. Paparan ini tidaklah ganas, bukan niat ganas. Ini situasi kejam dan ganas, kejadian sebenar yang dirakamkan dengan kamera sebenar untuk ditunjukkan kepada orang supaya mereka pertimbangkan semula perbuatan membunuh seperti pengguguran atau pembunuhan orang-haiwan dengan cara yang begitu... Ya Tuhan, saya perlu kata, cara yang gasar, jahat.

Banyak orang makan daging orang-haiwan tetapi mereka tidak mengaitkan potongan daging yang dipotong kemas, dibungkus dengan bersih itu dengan penderitaan orang-haiwan yang daripadanya potongan daging itu datang. Orang pergi saja untuk pengguguran, berfikir, “Okey, hanya satu suntikan dan bayi dah tiada.” Tetapi mereka tak nampak gambaran sebenar, bagaimana ia berlaku, bgmn bayi cuba bersungguh-sungguh di dalam rahim kecil untuk mengelakkan suntikan tetapi tak dapat, atau mengelakkan pisau dan penyepit, apa-apa saja yang cuba mematahkan anggota badan, tangan dan semua bahagian dari seluruh badan mereka, mematahkannya. Adalah baik memaparkannya kpd orang kerana tindakan membenarkannya diketahui umum, itu tindakan penuh kemurahan dan akan datangkan pahala yang sangat, sangat besar kepada anda kerana menyelamatkan nyawa terutama nyawa manusia – anda menyelamatkan satu nyawa – oh, anda pasti akan pergi ke Syurga!

Dan amalkan diet vegan, anda selamatkan beratus-ratus, beribu-ribu, berpuluh-puluh ribu nyawa sepanjang hidup anda. Oh, betapa banyak pahala amat besar yang anda peroleh dengan pemerhatian dan penilaian Syurga!

Anda mesti ada pahala yang sangat besar untuk menjadi manusia. Saya dah kata tentang itu banyak kali dalam sesetengah khutbah saya. Saya tak nak ulanginya di sini tetapi macam itulah. Jadi jika anda terus makan orang-haiwan atau membunuh bayi, bukan bayi anda sendiri pun, jika anda ialah doktor atau jururawat, turut serta dalamnya, atau jika anda ialah kerajaan pun dan benarkannya berlaku, benarkan orang bunuh bayi mereka, atau membantu orang membunuh bayi mereka dengan membayar untuknya, atau bantunya dengan sebarang cara, atau sendiri melakukannya sebagai doktor atau jururawat, atau membenarkan orang membunuh orang-haiwan, mengurung orang-haiwan dan bunuh mereka – ini karma yang teruk. Anda mesti ada pahala yang sangat besar untuk menjadi manusia dan sihat, bahagia atau malah kaya. Anda ada keluarga yang baik disebabkan oleh pahala besar dalam hayat lampau, tetapi sekarang jika anda bunuh bayi, bunuh orang-haiwan secara langsung atau tak langsung, semua pahala ini akan hilang dan anda akan berhutang, jadi anda perlu menderita betul-betul seperti orang-haiwan menderita di rumah sembelih, dan anda perlu menderita seperti bayi itu. Oh, banyak kali ganda, bukan satu kali saja! Segalanya ada faedah, sama seperti anda masukkan wang ke dalam bank, anda ada faedah. Anda membunuh, anda juga ada faedah karma bunuh.

Kami, Pasukan Syurga, termasuk saya sendiri – saya ialah ketua Pasukan Syurga yang berusaha untuk menyelamatkan manusia, menyelamatkan planet ini, menyelamatkan roh manusia, menyelamatkan standard sifat manusia supaya ingat bahawa mereka ialah anak Tuhan, ialah putera, puteri Syurga. Itu kerja Kami. Kami lakukannya dengan baik sekali dan cuba bersungguh-sungguh tetapi manusia sendiri juga mesti memahami dan menerimanya, dan kembali kepada Sifat Syurga termasuk belas kasihan, termasuk kemurahan, termasuk sifat sedia bantu makhluk lain. Lebih-lebih lagi, jangan bunuh anak anda sendiri atau bantu orang membunuh anak mereka dan/atau bunuh orang-haiwan yang tidak berdosa atau bantu membunuh orang-haiwan yang tidak berdosa dan malah makan mereka. Saya

memang berdoa agar suatu hari nanti setiap dan semua drpd anda akan nampak gambaran itu di dalam diri anda, bagaimana karma berfungsi untuk buat anda menderita kemudiannya. Sesetengah orang menderita dengan serta-merta. Ada banyak kisah sebenar bahawa orang yang bunuh orang-anjing atau orang-haiwan banyak menderita selepas itu dan hampir dengan serta-merta. Sesetengah orang akan menderita lebih lama selepas itu kerana mungkin mereka ada pahala besar daripada satu atau banyak hayat lampau yang akan melindungi mereka sampai tahap tertentu atau masa tertentu, tetapi selepas itu, akhirnya mereka akan perlu melangsaikannya kerana tiada sesiapa yang ada pahala tak terhad yang dapat melindungi anda daripada karma buruk.

Photo Caption: “Ambil Risiko Bahaya untuk Merasa Kegembiraan Sejenak! Begitulah Hidup!”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (3/4)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-03-23
317 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-03-22
317 Tontonan
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2026-03-22
787 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-03-22
753 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-03-21
187 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-03-21
512 Tontonan
Sastera yang Meningkatkan Jiwa
2026-03-21
187 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun