Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Cara Terus Membuka Lagi Gelembung Karma Keamanan, Bahagian 4 daripada 6

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Baiklah, sekarang kita akan bercakap tentang keamanan sekali lagi. Mengapa keamanan datang dengan begitu lambat? Disebabkan begitu banyak karma yang bercampur untuk membentuk gelembung karma khusus itu untuk keamanan dunia dan peperangan. Bagi peperangan, senang untuk meletus kerana karma di luar dalam masyarakat, di dunia adalah sama seperti karma di dalam gelembung karma perang. Walaupun ia berada di dalam gelembung, namun ia meletup dengan cepat sekali. Apabila dah penuh, ia meletup, menimbulkan peperangan. Tetapi gelembung untuk karma keamanan adalah berbeza. Sama seperti gelembung untuk karma perang begitu kuat di dalam dan padan dengan tenaga bunuh orang di dunia di luar, jadi senang untuk berhubung.

Sama seperti jika kita lihat bom atom, ia benar-benar dibalut dengan bahan yang sangat istimewa, tak dapat ditembusi oleh apa-apa pun. Tetapi apabila ia dibuka, ia membunuh, membinasakan. Tiada sesiapa yg dapat hentikannya lagi. Tetapi bekas yang serupa seperti bekas bahan nuklear di dalam bom atom, jika kita masukkan air ke dalamnya, ke dalam bekas itu, ia takkan mengeluar keluar, takkan begitu walaupun air adalah penting kepada hidup. Itu bahan hidup dan mati. Kita mesti adanya. Jika tdk, kita akan mati Begitu pun, jika kita masukkannya ke dalam bekas bom atom dan bukan bahan nuklear bom atom ke dalamnya, air tidak mengalir keluar, tidak meletup menjadi bom dan tumpahkan air ke merata tempat, tidak. Jika kita mahukannya, kita mesti bina kepala paip atau menggerudi lubang. Tetapi bekas nuklear tak dapat ditembusi kecuali ada sesuatu yang bersambung secara elektronik dengan sesuatu butang. Apabila kita tekan butang atau melakukan ini, melakukan itu, maka ia meletup keluar. Tetapi bagi air, sangat sukar bagi ia keluar secara natural kecuali kita dapat menggerudi lubang dan biarnya menitis keluar.

Keamanan adalah macam itu. Kita lihat keamanan menitis keluar di merata tempat. Kami sering paparkan kepada anda tentang rundingan damai atau perjanjian damai di merata tempat, di merata tempat di dunia, sangat banyak. Tetapi keamanan sebenar keamanan seluruhnya, keamanan sepenuh tak dapat semuanya wujud macam itu. Sama seperti air di dalam bekas nuklear itu perlu keluar secara perlahan-lahan jika kita boleh menggerudi lubang. Lubang yang boleh kita gerudi untuk buka gelembung keamanan ini ialah keamanan itu sendiri – keamanan dalam keluarga, keamanan dalam negara, keamanan dalam hidup semua makhluk. Sebabnya kita tak dapat terus menggerudi lubang besar dalam gelembung karma keamanan adalah kita tiada peralatan. Kita tiada peralatan keamanan itu. Hanya keamanan dapat melahirkan keamanan. Kita masih banyak membunuh. Kita masih menyokong pemakanan dan pembunuhan makhluk lain, penghuni bersama kita.

Kita ada dunia ini dan hidup kita sebagai sewa saja, orang-haiwan dan makhluk lain adalah begitu juga. Jadi kita semua hanyalah penyewa di dalam satu bangunan besar – dunia. Dunia ialah bangunan besar dan kita hanyalah penyewa, menyewa sesuatu buat sementara waktu, menyewa rumah pangsa di dalamnya untuk didiami. Anda tidak nampaknya tetapi macam itulah, sangat mirip dengan itu tetapi anda semua terlalu sibuk, terlalu sibuk bekerja, mencari duit dan mengatasi masalah setiap hari. Jadi anda tiada masa untuk terlalu banyak berfikir, menganalisisnya macam itu dan cuba mencari jalan untuk hentikan sewa yang terus bertambah sehingga mustahil untuk dibayar. Karma adalah macam itu, seperti sewa, seperti harga sewa yang perlu anda bayar, tetapi lagi banyak anda tinggal di dalamnya, lagi banyak anda melakukan ini, lagi banyak anda melakukan itu lagi banyak perlu anda bayar, tak dapat terlepas. Anda malah cuba merosakkan bangunan ini. Maka dah tentu, anda bayar lebih banyak, jauh lebih banyak kepada tuan tanah. Kita bayar terlalu banyak. Kita berbelanja lebih daripada yang Bumi mampu. Kita bazirkan semuanya. Kita bazirkan air bersih, tulen. Kita rosakkan udara baik yang dicipta oleh TUHAN untuk kita hidup. Ada banyak perkara lain yang kita buat yang tidak kondusif untuk merendahkan sewa yang kita mampu.

Sekarang karma keamanan sudah datang ke dunia kita. Sebab itulah Raja Matahari umumkannya kepada kita, orang-burung beritahu kita, semua orang-haiwan beritahu kita, malah orang-tupai, serangga kecil seperti labah-labah. Mereka datang beritahu saya setiap hari, “Keamanan telah wujud di sini.” Saya kata, “Aku tahu, aku tahu. Cuma aku perlu bekerja lebih keras.” Sekarang anda lihat gelembung karma keamanan yang membalut karma keamanan untuk dunia kita telah digerudi beberapa lubang dengan Rahmat TUHAN, oleh Triniti Yang Bersatu Semula menjadi Satu Yang Paling Berkuasa, oleh penghuni dunia yang beralih ke arah akhlak tinggi. Mereka amalkan nilai kemurahan hati, belas kasihan. Jadi planet ini menjadi lebih baik. Maksud saya, keamanan telah menjadi lebih ketara tetapi ini tak bermakna sudah sepenuhnya. Saya masih menanti pencapaian besar tiba.

Doa ikhlas anda untuk keamanan memang membantu. Gaya hidup vegan anda memang banyak membantu. Kemurahan hati dan kasih sayang anda kepada bayi belum lahir banyak membantu. Segala-galanya membantu. Jadi kita dapat menggerudi beberapa lubang ke dalam gelembung yang tak dapat ditembusi itu supaya tenaga keamanan boleh keluar dan berkati dunia kita dan wujudkan keamanan, langkah demi langkah, hingga kini. Dan lain-lain…

Timur Tengah pun, seperti Iran sudah umumkan mereka akan hentikan pengeboman, hentikan peperangan dengan Israel, contohnya. Tetapi Iran tidak cari alasan untuk diri sendiri saja. Mereka gunakan alasan Lubnan. Mereka mendakwanya sebagai saudara sendiri, perlu mempertahankan mereka. Jadi tiada lebih banyak lagi alasan untuk keamanan. Begitu pun, oleh sebab orang di seluruh dunia telah berubah, maksud saya banyak orang telah berubah walaupun tidak majoritinya seperti yang saya hasratkan, telah berubah kepada hati yang lebih pemurah, gaya hidup yang lebih berbelas kasihan, lebih bertimbang rasa terhdp makhluk lain ada pemikiran yang lebih damai, sokongan yang lebih damai kepada seluruh dunia dan lebih banyak mengutuk peperangan dalam hati, dalam pemikiran mereka. Mereka menjadi orang vegan. Sangat banyak hari ini, jauh lebih banyak daripada sebelumnya. Mereka sediakan makanan vegan, jauh lebih banyak daripada sebelumnya. Mereka banyak berunding utk keamanan dengan jauh lebih aktif, lebih praktikal, lebih logik daripada sebelumnya,

jadi kita masih boleh berdoa dan harapkan keamanan sepenuh tetapi kita mesti menyumbang kepadanya juga. Sebuah rumah bukanlah dibina dengan satu bata saja. Itu perlulah sangat banyak bata bersama dan juga bahan lain seperti simen, air, pasir dan sebagainya. Banyak perkara perlu kita sumbangkan kepada keamanan. Tetapi yang paling penting ialah diet vegan, veganisme, kerana itu sendiri mengandungi kedamaian, kasih sayang, belas kasihan, kasih sayang terhadap hidupan, menyokong hidup, melindungi hidup. Semua itu kedamaian. Semua itu komponen untuk keamanan menentang peperangan yang bertentangan. Jadi fikirkanlah itu.

Saya bukan cuba membuat anda menjadi vegan hanya kerana saya suka akan veganisme. Saya suka, cuma itu adalah untuk perlindungan bersama semua makhluk, kebanyakannya manusia kerana manusialah orang yang wujudkan peperangan atau keamanan. Sebab itulah keamanan datang dgn lambat kerana kita tiada lubang yang mencukupi untuk membuat gelembung karma keamanan pecah dan menyebarkan tenaga keamanan ke merata tempat untuk menyokong matlamat kita, hasrat kita. Jadi tolong menjadi vegan, lindungi bayi belum lahir dan sendiri ada kehidupan yang damai, pemikiran yang damai dengan menyokong segalanya berkaitan keamanan, tiada apa-apa yang berkaitan dengan pembunuhan makhluk tak berdosa, tiada apa-apa yang menyokong kerja yang begitu jahat.

Saya cuba kumpulkan banyak klip orang-haiwan, kelakar, penyayang, atau bayi, kelakar, penyayang, cerdik – semuanya, orang-haiwan dan bayi. Mereka sangat cerdik. Mana tahu, mereka akan dilahirkan sebagai santo, presiden, ahli sains, seseorang yang berguna kepada masyarakat di mana anda diami dan anak anda akan diami. Apabila anda lihat semua klip yang saya kumpulkan untuk anda dan dipaparkan di TV kami, anda tak dapat bayangkan bagaimana sesiapa boleh bunuh mereka, bunuh bayi yang cantik ini sebelum mereka dilahirkan, atau bunuh orang-haiwan yang comel, penyayang dan sangat pengasih ini. Teruslah lihat mereka, kemudian anda akan ubah fikiran,

kerana manusia, contohnya, menerima tenaga yang lebih kuat dan banyak terpengaruh dengan melihat kejadian sesiapa pun secara bergambar, lebih daripada hanya bacanya. Sebab itu kami cuba bersungguh-sungguh untuk paparkan apa-apa saja yang boleh dengan benar, bergambar. Itu memang membantu. Itu berikan kesan kepada sangat banyak manusia, berbilion-bilion orang. Jika mereka saksikannya setiap hari di Supreme Master Television kita, kita kumpulkan segalanya yang baik untuk mereka. Bukan hanya yang fizikal, kami juga kumpulkan nasihat perubatan, ini dan itu dan yang lain. Apa-apa saja yang baik untuk manusia atau orang-haiwan juga, kami cuba kumpulkan dan tunjukkan kepada mereka dan siarkannya kpd anda.

Photo Caption: “Pastikan Jalan yang Anda Ikut ialah ORANG yang Bawa Anda##Pulang ke RUMAH”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (4/6)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-26
3220 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-27
2674 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-28
2245 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-29
1782 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-30
1587 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-01
1341 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-03
7015 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-03
497 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-03
520 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-03
678 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-02
138 Tontonan
Pertunjukan
2026-07-02
141 Tontonan
Model Kejayaan
2026-07-02
151 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-02
1229 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun