Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Cara Terus Membuka Lagi Gelembung Karma Keamanan, Bahagian 6 daripada 6

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jadi bantulah saya. Bawa peralatan kepada saya supaya saya dapat buka gelembung karma keamanan ini dan biarkan keamanan keluar. Di dunia fizikal ini, kita bukan sahaja gunakan kuasa berkat, kuasa Syurga tetapi juga perlukan peralatan. Kita perlukan peralatan. Ia berfungsi dengan lebih berkesan. Buddha tiada sebarang tentera. Baginda tidak mahukannya juga, jadi tentera negeri musuh menyerbu masuk ke dalam negeri mereka, bunuh dan seksa kaum kerabat-Nya tanpa penghujungnya. Tetapi Buddha pun tidak cuba gunakan senjata, jadi Baginda gunakan peralatan-Nya sendiri. Baginda berkati orang yang meninggal selepas itu. Baginda juga sendiri pergi ke jalanan dan duduk di sana sebagai lambang keamanan serta ekspresi cintai keamanan dan mahukan keamanan untuk negeri itu. Tetapi itu tak cukup. Itu tak cukup sebagai alat fizikal untuk menentang peperangan tersebut.

Hari ini, negara itu sama ada akan berunding, perlu merasuahi mereka dengan sesuatu untuk hentikan peperangan atau perlu menolak semua tentera keluar untuk bertempur dan mati di medan perang, sehingga semua orang mati, tiada lagi, kemudian ada kononnya keamanan selepas itu. Sementara itu, kedua-dua buah negara berpecah kepada bahagian-bahagian yang berlainan. Orang terkorban. Hasil tuaian dibakar, perniagaan ditutup, sekolah terpengaruh, jadi negara dalam keadaan huru-hara dan orang menderita dari segi mental, psikologi, emosi juga, bukan sahaja fizikal. Apa kebaikannya kepada dunia kita?

Meskipun anda ialah pemimpin negara dan negara anda menangi peperangan akhirnya, jadi apa pula? Apa yang boleh anda dapat? Anda dapat memakai 10 sut yang paling mahal sehari? Untuk apa? Anda dapat miliki teknologi yang paling canggih di istana presiden anda? Anda dapat miliki beratus-ratus kereta yang paling mahal dan berteknologi tinggi, dan anda dapat makan 10 hidangan sehari? Anda tinggal di bangunan mewah? Jadi apa pula? Anda akan mati juga akhirnya dan dengan hukuman yg menggerunkan di neraka kerana menyebabkan penderitaan kepada orang termasuk kanak-kanak dan orang tua.

Anda tak mendapat apa-apa pun, seperti yang dikatakan oleh Nabi Isa, “Apakah kebaikannya kepada seseorang jika dia menangi seluruh dunia tetapi kehilangan roh sendiri?” Kerana itu sangat penting. Anda tidak akan wujud lagi jika roh anda dipunahkan, dipenjarakan atau dikurung di neraka selama-lamanya. Kerana apa yang anda semaikan, itulah yang akan anda dapat. Segalanya adalah macam itu. Anda semaikan benih epal, anda akan mendapat pokok epal. Apabila anda ada pokok epal, anda akan mendapat buah epal, macam itu. Jika anda tanam pokok beracun, anda akan mendapat racun dan mungkin ia malah pengaruhi anda.

Baiklah, tidak banyak lagi yang anda tak tahu – cuma perlu amalkannya. Anda perlu mengambil ajaran semua Guru agama yang anda percayai, amalkannya, keluarkannya, menganalisisnya dan gunakan apa yang bijak dan bermanfaat kpd anda, kerana tidak kira berapa banyak buku yang anda baca, anda tak dapat menjadi doktor jika anda tidak amalkannya.

TUHAN telah beri kita begitu banyak dalam buah-buahan, sayuran untuk bina badan yang cantik, memperjelas minda yang cerdas dan memupuk kemajuan spiritual supaya anda boleh menjadi santo, Buddha. Tetapi jika anda tidak amalkannya, tidak ambil apa yang TUHAN berikan sebagai kurniaan yang berkhasiat, maka anda takkan menjadi sihat pertama-tamanya, dan minda anda takkan cukup jelas untuk lihat apa benar, apa palsu. Sebab itulah banyak guru spiritual palsu dapat ambil wang daripada anda, malah dapat memperkosa anak anda dan membawa anda ke neraka dengan percayai doktrin palsu, logik yang tidak bijak serta contoh ajaran mental dan fizikal yang jahat. Itu hanya akan bawa anda ke kehancuran dan neraka akhirnya.

Apabila kita kenali TUHAN, kita tidak perlukan apa-apa yang lain. TUHAN akan beritahu kita apa yang nak dimakan, apa yang nak diminum, malah ubat apa yang nak diambil apabila sakit, cuma jika kita menanggung karma dunia, kita takkan sentiasa sebaik yang kita mahukan atau yang TUHAN hendaki. Jika kita nak melangsaikan karma seseorang yang lain terutama karma seluruh dunia dan karma perang, karma keamanan, maka kita perlu menanggung apa-apa saja kesannya.

Prinsip sebenar menjalankan amalan spiritual hanyalah menjaga urusan sendiri, tidak berperang dengan sesiapa pun, tidak mahu campur tangan dalam peperangan utk wujudkan keamanan pun, hanya sentiasa melihat ke dalam, hanya buat apa yang perlu kita buat di dunia, melihat ke dalam untuk Cahaya (Syurga dalaman), untuk TUHAN, bersama TUHAN, berdoa kpd TUHAN, memuja TUHAN, mencintai TUHAN. Itu saja yang perlu kita buat untuk melepaskan diri dari gelembung yang mengurung kita. Pada bila-bila kita campur tangan dalam karma atau urusan seseorang yang lain, kita akan alami sekurangnya separuh daripadanya.

Sebab itulah banyak Guru tidak campur tangan dlm jenis peristiwa peperangan dan keamanan politik. Meskipun kita berjalan keluar, nampak dunia, tetapi tidak lihatnya, hanya lihat ke dalam sentiasa ingat akan TUHAN, ingat akan matlamat utk pulang ke Rumah menjadi bebas daripada penderitaan ini selama-lamanya, maka kita pasti akan capai matlamat itu. Tetapi sesetengah Guru tak tahan melihat orang lain menderita dalam kejahilan dan kelemahan, kerentanan, jadi Guru cuba membantu dan menanggung begitu banyak karma pada diri sendiri dan campur tangan dalam peperangan. Wau, anda tak dapat bayangkan berapa besar karma itu! Sebab itulah anda baca banyak kisah Guru masa lalu, Mereka tidak campur tangan dalam karma orang lain. Mereka hanya menjaga kononnya anak murid sendiri, sesiapa saja yang datang kepada Mereka dan minta bimbingan spiritual. Kadangkala mereka begitu ikhlas tetapi Guru mereka sendiri pun tidak segera menerima mereka, seperti kes Milarepa dan Guru-Nya Marpa.

Jadi kebanyakan Guru langsung tidak campur tangan dalam kesusahan di dunia kerana Mereka tahu mungkin itu tak berguna jika orang di dunia tidak mengikut Mereka, tidak betul-betul melakukan apa yang Hukum Alam Semesta hendaki di dunia fizikal ini, maka tak berguna. Guru akan menanggung karma yang sangat besar tanpa banyak gunanya. Tetapi sesetengah Guru ada belas kasihan dan kasih sayang. Mereka tak tahan dengan penderitaan anak Mereka kerana orang di dunia, makhluk di dunia adalah seperti anak bagi Mereka. Begitu banyak kasih sayanglah yang Mereka ada. Mereka menderita sebanyak orang di dunia menderita. Mereka menderita sebanyak orang-haiwan menderita atau mana-mana makhluk yang lain menderita. Itu menyakiti hati Mereka, kadangkala tak tahan, jadi Mereka tak dapat tak pedulikannya.

Orang yang paling banyak kita jaga ialah diri sendiri, kan? Jadi jika kita alami kesakitan, kita akan pergi makan ubat atau jumpa doktor, berharap kita akan sembuh. Begitu juga, Guru perlu cari jalan untuk menyembuhkan penderitaan-Nya, dengan cuba hentikan penderitaan orang lain di dunia kerana Mereka bersatu dengan semua makhluk di planet ini, sama seperti Mereka bersatu dgn TUHAN Mereka ada segala Berkat, Kuasa dan cuba gunakannya untuk hentikan penderitaan makhluk di dunia. Itu bagaimana penderitaan Mereka sendiri juga akan berhenti atau diminimumkan.

Anda dah tahu banyak tentang semua ini. Saya hanya ingatkan anda, berharap anda akan sedar dan ingat akan segala logik, segala kebijaksanaan, segala pengetahuan, segala sifat terbaik yang anda ada di dalam diri anda dan gunakannya. Semoga Triniti Yang Bersatu Semula yang menjadi Satu sekarang dgn Kuasa dan Kasih Sayang Terbesar berkati kita semua untuk menjadi manusia yang baik, penyayang, dan akhirnya, secepat mungkin, menjadi sangat bermakrifat, menjadi santo, menjadi Buddha dan pulang ke Rumah sebenar, bukan gelembung ilusi, penjara yang kita panggil sebagai rumah di Bumi sini ini. Amin. Semoga anda semua sejahtera dan menjadi bermakrifat dengan cepat sekali. Amin. Kasihi anda semua. Begitu, begitu kasihi, kasihi, kasihi anda semua, malah lebih daripada saya kasihi diri sendiri.

Photo Caption: “Apabila Dua Orang atau Lebih Duduk dengan Nama Saya, Saya akan Bersama Mereka”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (6/6)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-26
3220 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-27
2674 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-28
2245 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-29
1782 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-30
1587 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-01
1341 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-03
7015 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-03
497 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-03
520 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-03
678 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-02
138 Tontonan
Pertunjukan
2026-07-02
141 Tontonan
Model Kejayaan
2026-07-02
151 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-02
1229 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun