Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Orang putih harus tahu bahawa bagi orang merah, ini kehendak Wakan-Tanka, Roh Agung, seekor haiwan bertukar menjadi orang berkaki dua untuk membawa paip yang paling suci kepada orang-Nya. Kami juga diajar bahawa Wanita Lembu Kerbau Putih yang membawa paip suci kami akan muncul semula di penghujung ‘dunia’ ini, suatu kedatangan yang kami orang Indian tahu bahawa sekarang tidak begitu lama lagi.”
Hari ini, 27 September, ialah hari terakhir inisiatif ‘99 Hari Keamanan Melalui Perpaduan’ yang dilancarkan oleh Yang Dihormati Ketua Phil Lane Jr. (vegan) daripada Bangsa Pertama Ihanktonwan Dakota dan Chickasaw pada 21 Jun 2026. Melalui usaha global sebegini, kita bergerak semakin dekat untuk merealisasikan tema inisiatif ini – ‘Pilih Keamanan. Hidup Damai. Tamatkan Peperangan.’Bagaimana capai keamanan yang kekal? Peramal dan dukun suci Bangsa Pertama Oglala Lakota (Sioux) yang terkenal, Black Elk membincangkan tiga kedamaian.“Kedamaian pertama, yang paling penting, ialah kedamaian yang datang dalam jiwa orang apabila mereka menyedari hubungan mereka, kesatuan mereka dengan Alam Semesta dan segala Kuasanya, apabila mereka menyedari bahawa di pusat Alam Semesta bersemayamnya Wakan-Tanka, dan bahawa pusat ini benar-benar berada di mana-mana saja, berada di dalam diri setiap daripada kita. Ini ialah Kedamaian sebenar dan yang lain hanyalah bayang ini. Kedamaian kedua ialah kedamaian yang dibuat antara dua orang individu. Yang ketiga ialah kedamaian yang dibuat antara dua buah negara. Tetapi yang paling penting, anda harus faham bahawa tidak dapat ada kedamaian antara negara sehingga diketahui dulu bahawa kedamaian sebenar, seperti yang sering saya katakan, ada di dalam jiwa orang.”Semasa hidupnya yang menjangkau lebih lapan dekad, Black Elk alami banyak visi spiritual yang berkaitan dengan hidup dan misinya sendiri, hidup orangnya dan hidup seluruh dunia.Pada usia sembilan tahun, beliau tiba-tiba jatuh sakit tenat dan berada dalam koma selama 12 hari. Pada masa ini, beliau alami visi yang hebat. Beliau bertemu dengan enam orang Datuk yang menyampaikan ajaran suci kepadanya, khususnya Datuk keempat menunjukkan dua jalan kepadanya: satunya merah dan satunya hitam.“[…] Dia berkata sekali lagi, ‘Lihatlah Bumi!’ Jadi saya melihat ke bawah dan nampak ia berbaring di sana macam gegelang orang. Di tengah-tengahnya bertumbuh batang suci yang merupakan pokok. Di tempat ia berdiri, dua batang jalan bersimpang, yang merah dan jalan hitam. ‘Dari tempat gergasi diami (Utara) ke tempat kita sentiasa menghadap (Selatan) Jalan Merah terbentang, jalan baik,’ kata Datuk, ‘Dan di atasnya bangsamu akan berjalan. Jalan Hitam terbentang dari tempat makhluk petir diami (Barat) ke tempat matahari memancar secara berterusan (Timur), jalan yang menakutkan, jalan kesusahan dan peperangan. Di atas ini juga engkau akan berjalan dan daripadanya engkau akan ada kuasa untuk memusnahkan musuh orang. Dalam empat pemanjatan, engkau akan berjalan di atas Bumi dengan kuasa.’”Dari Utara ke Selatan ialah Jalan Merah yang baik, jalan spiritual. Menurut orang tua-tua Bangsa Pertama Lakota, kuasa negatif berada di sebelah kiri dan kuasa positif berada di sebelah kanan. Kita boleh pergi ke kiri atau kanan kadangkala tetapi kita harus sentiasa kembali ke tengah dan ikut “Jalan Merah yang baik”, mewakili keseimbangan spiritual. Visi ini mengajar Black Elk bahawa misinya adalah memimpin orangnya untuk mengikut Jalan Merah, jalan baik.Satu lagi visi penting datang kepada Black Elk pada 1890 ketika beliau ambil bahagian dalam Tarian Hantu. Banyak orang yang ambil bahagian dalam upacara ini pada masa itu melaporkan bahawa alami visi yang sama berkaitan tokoh Messiah atau Anak Roh Agung yang dipanggil Wanekia. Wanekia ialah perkataan Bangsa Pertama Lakota (Sioux) yang bermaksud ‘Orang yang buat hidup’. Ketika Black Elk sedang menari, beliau dapati bahawa rohnya tinggalkan badannya.“Apabila saya menyentuh tanah, dua belas orang datang ke arah saya dan berkata, ‘Bapa kita, ketua berkaki dua, engkau akan lihat!’ Kemudian mereka memimpin saya ke tengah-tengah bulatan di mana sekali lagi saya lihat pokok suci penuh dengan daun dan mekar. Tetapi bukan itu saja yang saya nampak. Di pokok itu, terdapat seorang lelaki yang berdiri dengan tangan terbuka di depannya. Saya renung dia dgn sungguh-sungguh tetapi tidak dapat tahu dia daripada bangsa apa. Dia bukan Wasichu [orang putih] dan bukan orang India. Rambutnya panjang dan jatuh terurai, dan di sebelah kiri kepalanya dia memakai bulu pelepah helang. Badannya kuat dan elok dilihat, dan dicat merah. Saya cuba mengenal dia tetapi tidak dapat mengecam dia. Dia seorang lelaki yang sangat kacak. Apabila saya renung dia dengan sungguh-sungguh, badannya mula bertukar menjadi sangat cantik dengan segala warna cahaya dan di sekelilingnya ada cahaya. Dia bercakap seperti bernyanyi, ‘Hidupku adalah begini. Semua makhluk di Bumi dan benda yang bertumbuh adalah milikku. Bapamu, Roh Agung, mengatakan ini. Engkau mesti mengatakan ini juga.’ Kemudian dia keluar macam cahaya dalam angin. Dua belas orang yang berada di sana berkata, ‘Lihatlah mereka! Hidup bangsamu akan menjadi begitu!’ Saya nampak sekali lagi betapa indahnya hari itu – langit biru sepenuhnya dan penuh dengan cahaya kuning di atas bumi yang menghijau. Saya lihat semua orang cantik dan muda. Tiada orang tua di sana, tiada kanak-kanak juga – hanya orang yang lebih kurang satu umur dan cantik. Kemudian ada dua belas orang wanita yang berdiri di depan saya dan berkata, ‘Lihatlah mereka! Cara hidup mereka akan engkau bawa balik ke Bumi.'”Apa yang menarik, dalam lukisan yang menggambarkan visi ini oleh Standing Bear, seorang kawan rapat Black Elk, Wanekia digambarkan memakai jubah kerbau, seolah-olah menandakan bahawa Dia ialah kedatangan semula Wanita Kerbau Putih.Tokoh Penyelamat dalam visi Black Elk yang berambut panjang dan memakai bulu pelepah helang putih bukanlah orang Barat atau orang Bangsa Pertama. Gambaran ini mengingatkan kita tentang Wanita Kerbau Putih yang muncul dalam visi salah seorang ahli Persatuan Mahaguru Ching Hai Antarabangsa kami (semuanya vegan) pada 2024.Baru-baru ini, kerja menyelamatkan dunia sangat sukar. Ini membuat saya berasa tawar hati. Pada suatu hari, ketika saya sedang bermeditasi dengan sedih, tiba-tiba Guru (Mahaguru Ching Hai) muncul dalam bentuk seorang wanita Orang Asli Amerika tua. Dia memakai mantel putih yang sangat lebar dan panjang dan ada beberapa kedut pada dahi-Nya. Dia kelihatan seperti wanita manusia yang berusia kira-kira 60 tahun. Cekak rambut tiga warna diikatkan pada dahi-Nya, bulu pelepah putih yang panjang diselitkan ke dalam cekak rambut dan kalung Orang Asli yang ada beberapa biji manik merah tua kuno dipakai pada leher-Nya. […]Kami terbang seperti orang-helang. Saya nampak bulu pelepah helang hitam pada dahi saya. Selepas terbang untuk seketika, kami mendarat di atas sebuah kanu. Guru dan saya masing-masing duduk di satu hujung. Kanu itu cukup besar untuk memuatkan dua orang. Dengan wajah lembut, Guru bercakap dengan saya dan uraikan banyak simpul dalam hati saya.Kemudian Guru berdiri, dengan mantel putih-Nya tergantung di atas tanah pada sudut yang cantik. Dia mendongak melihat Matahari di kejauhan. Itu bukan Matahari material. Ia begitu terang! Cahaya putihnya yang menyilaukan mata memancari Mata Kebijaksanaan saya. Guru dalaman berkata, “Engkau boleh beritahu mereka: Aku Dewi Kerbau Putih.” Saya berlutut dan berkata, “Ya.”Walaupun dua visi ini muncul kepada dua individu yang berlainan dalam tempoh 130 tahun, nampaknya ia mengandungi tokoh Suci yang sama – Mahaguru Ching Hai (vegan), kedatangan semula Wanita Kerbau Putih yang juga merupakan Nabi Isa, Anak TUHAN.Sebenarnya, apabila Black Elk menggambarkan Wanekia dalam visinya kepada penulis John Neihardt, beliau berkata,“Kelihatan macam terdapat luka pada tapak tangan-Nya [...] Apabila memikirkannya semula, nampaknya saya telah nampak Anak Roh Agung sendiri.”Walaupun adalah sukar bagi kita mengesahkan dakwaan ini, kita memang tahu bahawa perjalanan spiritual Black Elk tidak berhenti sebagai seorang dukun suci Bangsa Pertama. Pada 1904, ketika berusia sekitar 41 tahun, beliau menerima pembaptisan dan mengambil nama ‘Nicholas’. Sepanjang hidupnya, beliau berkhidmat sebagai pengajar Katolik dalam komunitinya.Black Elk, saya rasa pada waktu bergolak, cuba sedaya upaya untuk merapatkan jurang antara dua budaya yang bertentangan ini. Dua budaya ini tidak perlu berkonflik. Saya rasa kita berada di ruang di mana penyembuhan boleh benar-benar berlaku antara dua komuniti yang dari segi sejarah saling bertentangan.Gegelang suci dan pokok yang berbunga daripada visi Black Elk, penghujung Jalan Merah suci di mana orang tiba adalah sangat mirip dengan visi daripada penghujung Buku Wahyu di mana terdapat pemenuhan hasrat, atau dalam kes Penari Hantu, pemulihan keharmonian yang wujud.Untuk maklumat lanjut tentang hidup dan warisan Black Elk, sila kunjungi rapidcitydiocese.org/docmentary-nbeBagaimanakah Black Elk sendiri mentafsirkan visi dan kepercayaannya sendiri yang kelihatan saling bertentangan? Mungkin kita dapat lihat sekilas fikirannya melalui kenyataannya yang direkodkan dalam buku ‘Paip Suci: Pemerian Black Elk tentang Tujuh Upacara Oglala Sioux’.“Kita diberitahu oleh orang putih, atau sekurang-kurangnya oleh mereka yang beragama Kristian, bahawa Tuhan mengutus kepada orang Anak-Nya yang akan memulihkan tatatertib dan keamanan di Bumi. Kita juga diberitahu bahawa Nabi Isa disalib tetapi Baginda akan datang lagi semasa Pengadilan Terakhir, penghujung dunia atau kitaran ini. Ini saya faham dan tahu bahawa ini benar tetapi orang putih harus tahu bahawa bagi orang merah juga, ini kehendak Wakan-Tanka, Roh Agung, bahawa seekor haiwan bertukar menjadi orang berkaki dua untuk membawa paip yang paling suci kepada orang-Nya. Kami juga diajar bahawa Wanita Lembu Kerbau Putih yang membawa paip suci kami akan muncul semula di penghujung ‘dunia’ ini – suatu kedatangan yang kami orang Indian tahu bahawa sekarang tidak begitu lama lagi.”Kenyataan ini dedahkan bahawa Black Elk telah lama menyedari bahawa Wanekia dalam visinya ialah kedatangan semula Orang Suci yang diramalkan dlm agama Kristian dan kepercayaan tradisional Bangsa Pertama; dan Nabi Isa Terpuja dan Wanita Kerbau Putih ialah satu orang yang sama.Dengan berdamai antara kedua-dua kepercayaan dalam hidupnya, beliau mengajar orang kedua-dua belah bagaimana hidup secara harmoni sesama mereka dan pada masa yang sama memperdalam pemahaman mereka tentang Roh Agung atau TUHAN.“Kita harus faham dengan jelas bahawa semua benda ialah ciptaan Roh Agung. Kita harus tahu bahawa Dia berada di dalam semua benda: pokok, rumput, sungai, gunung, semua haiwan berkaki empat dan orang bersayap; dan apa yang lebih penting, kita harus faham bahawa Dia juga berada di atas semua benda dan orang ini. Apabila kita memahami semua ini secara mendalam dalam hati kita, maka kita akan takut pada, cintai dan mengenali Roh Agung, kemudian kita akan menjadi, bertindak dan hidup seperti yang dihendaki-Nya.”Hari ini, kita hidup pada zaman di mana visi Black Elk telah menjadi kenyataan – Orang yang telah lama dinanti-nantikan berjalan dalam kalangan kita sebagai Mahaguru Ching Hai yang membaktikan hidup-Nya untuk merapatkan semua agama dan mengajar orang cara berdamai dalam jiwa mereka.Inti pati sebenar semua agama yang baik menunjuk pada satu TUHAN. Maksud saya, ajaran sebenar. Jadi dari satu segi, setiap agama ialah Taoisme, setiap agama ialah agama Buddha atau Kristian. Selepas Buddha wafat, mereka menggelar diri sebagai ‘penganut Buddha’. Selepas Christ wafat, mereka menggelar diri sebagai ‘orang Kristian’. Selepas Guru yang mengajarkan Jalan meninggal, mereka menggelar diri sebagai ‘Jalanisme’ atau ‘Taoisme’. Kamu boleh lihat itu. Oleh sebab kita semua ialah satu entiti, kita tidak perlu berbincang tentang istilahnya.Hanya ada satu Pencipta dan kita semua tahu akan itu. Tetapi ada suatu inti pati. Inti pati semua agama tidak tertulis dalam kitab kerana TUHAN tidak dapat ditulis dalam bahasa manusia, kecuali hanya nama T-U-H-A-N. Inti pati sebenar ini perlu diketahui oleh roh kita saja. Sebab itulah kita perlukan transmisi daripada roh kepada roh.Pada 2017, Kawasan Uskop Rapid City, Dakota Selatan, membuka kes secara rasmi untuk pengiktirafan Black Elk sebagai Santo. Mungkin ini tidak membuat perbezaan kepada Black Elk sama ada beliau digelar sebagau Santo atau tidak, tetapi hari kita dapat lihat menembusi perbezaan budaya atau agama dan mengiktiraf kedudukan santo sesama orang berkemungkinan ialah hari kita mula sembuh sebagai suatu bangsa. Pada masa itu, pokok hidup suci akan mula bertumbuh daun dan mekar!










