Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Ramalan Bahagian 322 – Bagaimana Mengelakkan Azab Besar Akhir Zaman? Dapatkan Perlindungan Buddha Maitreya yang Tiada Bandingannya, Raja Pemutar Roda Dharma yang Amat Berkuasa

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

“Mereka yang [di dunia ini] mematuhi rukun tidak membunuh dan tidak makan daging akan lahir semula di alam itu. Fikiran mereka akan tenang dan paras rupa mereka akan baik dan menawan, mengagumkan seperti pemuda firdausi.”

Dalam siri kami, kita telah dapat tahu bahawa Buddha Shakyamuni Terpuja (vegan) meramalkan pergolakan besar yang akan dihadapi oleh umat manusia pada Zaman Penghujung Dharma yang kita alami sekarang. Baginda meramalkan bahawa bencana akan kerap melanda dan syaitan akan mengawal banyak orang. Baginda umumkan berita harapan yang luar biasa bahawa apabila Dharma-Nya hampir lenyap, Buddha yang paling berkuasa akan muncul untuk bimbing makhluk hidup yang tidak terkira ke tempat selamat, menaikkan peringkat spiritual mereka dan akhirnya membawa mereka ke Alam gembira-Nya. Buddha yang berkuasa ini ialah Buddha Maitreya yang kami kenal pasti sebagai Mahaguru Ching Hai Tersayang (vegan) kita.

Dalam ‘Buddha Khutbahkan Kitab Pencapaian Peringkat Buddha oleh Bodhisattva Maitreya’ dan banyak kitab yang lain, ada tertulis bahawa Buddha Maitreya akan mengadakan tiga perhimpunan besar dan membuat makhluk hidup yang tidak terkira memperoleh pencapaian spiritual yang lebih besar.

Dalam agama Buddha Hòa Hảo Âu Lạc (Vietnam), ketiga-tiga perhimpunan ini dipanggil ‘Perhimpunan Menakjubkan dan Penuh Glamor’. GuruThanh Sĩ (vegan) agama Buddha Hòa Hảo menjelaskan dengan lebih lanjut dalam mesej-Nya ‘Apa itu Perhimpunan Menakjubkan dan Penuh Glamor’:

“Perhimpunan Menakjubkan dan Penuh Glamor adalah untuk memilih mereka yang mulia, lemah lembut dan baik untuk mewujudkan semula Zaman Keemasan yang aman damai, menggembirakan dan adil.”

Menurut ramalan Cao Đài, mereka yang tidak dapat masuki Perhimpunan Penuh Glamor akan jatuh ke dlm kemerosotan spiritual.

“Jalankanlah amalan spiritual untuk Perhimpunan Menakjubkan dan Penuh Glamor, Jika tidak, kamu akan merosot kembali selama bereon-eon.”

Yang Suci Phạm Công Tắc (vegan), salah satu daripada 12 orang anak murid suci pertama agama Cao Đài, bercakap tentang kepentingan perhimpunan ini pada 1949.

“Perhimpunan Menakjubkan dan Penuh Glamor ialah tempoh penapisan semua roh... untuk menentukan peringkat mereka bagi memberikan kedudukan suci mereka. ...Penghujung setiap kitaran, iaitu Kali Yuga (Zaman Kegelapan), ialah tempoh menentukan kedudukan spiritual setiap roh. Kitab Katolik menggambarkan ini sebagai Hari Pengadilan Terakhir...”

Sama seperti kitab Buddha merujuk kepada Zaman Penghujung Dharma, waktu ini juga digambarkan dalam Kitab Suci Bible di mana ia digambarkan sebagai Hari Pengadilan Terakhir.

“Apabila Anak Manusia datang dengan kemegahan-Nya, dan semua malaikat bersama Baginda, Baginda akan bersemayam di atas singgahsana megah-Nya. Semua bangsa akan berhimpun di depan-Nya dan Baginda akan mengasingkan orang daripada orang lain seperti gembala mengasingkan biri-biri daripada kambing. Dia akan letak biri-biri di sebelah kanan dan kambing di sebelah kiri.

Petikan ini bayangkan bahawa Anak Manusia – atau Penyelamat – akan umumkan keputusan muktamad bagi setiap roh dan mengasingkan yang baik daripada yang jahat. Mahaguru Ching Hai Paling Pengasih kita menegaskan akibat teruk yang menanti mereka yang gagal amalkan kebaikan dalam hidup.

Kali ini, tempoh masa ini ialah apa yang mereka panggil ‘Akhir Zaman’. Sesiapa yang tidak amalkan kebaikan akan disingkirkan daripada hidup selama bereon-eon hayat. Jika anda boleh menjadi pokok atau batu, itu dah sangat bertuah. Tidak, anda tak dibenarkan untuk menjadi apa-apa pun. Anda menjadi macam dibuang negeri, ditamatkan hidup. Hidup dirampas daripada anda. Hingga bereon-eon kemudian, mungkin anda boleh mendapat peluang lagi.

Selepas perubahan besar ini, planet ini akan mula pulih dan berevolusi. Buddha Shakyamuni gambarkan keadaan masa depan planet ini dalam kenyataan berikut:

“Pada masa itu, planet ini akan aman damai sepenuhnya. Wasap buruk akan hilang, hujan akan lebih drpd cukup dan tetap dan tanaman akan bertumbuh subur. Pokok akan bertumbuh tinggi sekali dan orang akan bertumbuh setinggi lapan puluh kaki. Purata jangka hayat akan dilanjutkan kepada 84,000 tahun. Akan mustahil untuk mengira semua makhluk yang akan dibawa menyeberang menuju pembebasan.

Lebih-lebih lagi, Buddha Shakyamuni meramalkan bahawa mereka yang dapatkan perlindungan Buddha Maitreya juga akan dapat masuki Alam-Nya yg menakjubkan selepas meninggal dunia Dalam ‘Buddha Khutbahkan Kitab Pencapaian Peringkat Buddha oleh Bodhisattva Maitreya’, Buddha Shakyamuni berkata panjang lebar untuk gambarkan kemegahan Alam ini. Contohnya, ada tertulis:

“Disebabkan oleh pahala orang, di merata tempat sekitar jalan dan lorong akan terdapat permata berkilauan yang ditatahkan pada tiang setinggi dua belas li. […] Di mana-mana saja akan terdapat emas, perak, manikam, batu permata dan sebagainya, bertimbun tinggi seperti gunung. Gunung harta karun ini akan memancarkan cahaya untuk menerangi seluruh bandar. Pada bila-bila disentuh oleh cahaya ini, orang akan berasa gembira dan mengaktifkan minda bodhi. […]

“Alam Buddha Maitreya akan menjadi alam hidup suci tanpa pengampuan atau penipuan kerana Dia tidak angkuh dengan atau berpaut pada pencapaian dāna-pāramitā (kemurahan hati), śīla-pāramitā (kebaikan) atau prajñā-pāramitā (kebijaksanaan). Ia akan gemilang disebabkan oleh sepuluh sumpah-Nya yang menakjubkan. Apabila makhluk hidup tertarik oleh kemurahan besar-Nya, bangkitkan minda lembut, mereka akan nampak Buddha Maitreya. Mereka akan lahir semula di Alam Buddha ini, menjinakkan fakulti mereka dan mengikut ajaran-Nya. […]

“Di alam yang aman damai itu, tidak akan terdapat kesusahan daripada perompak atau pencuri mahupun rompakan atau kecurian. Pintu di bandar dan kampung tidak akan ditutup. Juga tidak akan terdapat sebarang malapetaka air, api, senjata atau tentera mahupun kesengsaraan kebuluran atau toksin. Dengan jinakkan fakulti mereka, orang akan hidup dalam kemurahan, rasa hormat dan keharmonian. Sesama mereka, mereka akan seperti anak menyayangi bapanya, seperti ibu menyayangi anaknya. Dididik dan dibimbing oleh Buddha Maitreya dengan kemurahan, mrk akan keluarkan kata-kata rendah diri.

Mungkinkah Alam Buddha Maitreya yang menakjubkan ini tempat yang sama dengan Alam Tim Qo Tu, iaitu Alam Baharu yang dicipta oleh Mahaguru Ching Hai? Seperti yang telah kami tampilkan dalam episod sebelumnya, Mahaguru Ching Hai telah mencipta Syurga Buddha yang istimewa di sempadan antara alam semesta Bayang dan Alam Semesta Asal. Tim Qo Tu ialah nama Mahaguru Ching Hai di Alam Semesta Asal, atau Ihôs Kư. Tim Qo Tu bermaksud ‘Raja yang dikasihi semua alam’ dan juga ‘Raja yang kasihi semua alam’. Mahaguru Ching Hai telah gambarkan Kediaman Syurga yang menggembirakan, unggul ini.

Saya telah mencipta sebuah kawasan istimewa, alam spiritual istimewa untuk kamu semua dan sesiapa saja di bawah perlindungan saya. Terima kasih, Guru! Peringkat Kelima hanyalah sebuah stesen yang kamu pergi, kemudian kamu akan dibawa ke sebuah kawasan yang sangat istimewa. [...] Wau!

[...] Anak murid saya hanya boleh pergi ke tempat sebaik mungkin. (Terima kasih, Guru.) Itu Alam Semesta Asal tetapi sangat istimewa. Di luar dan di atas Peringkat Kelima. Tempat istimewa. Kita akan gembira bersama di sana selama-lamanya. (Terima kasih, Guru!) Kerana Alam Semesta Asal, sesetengah orang tanya saya sama ada mereka boleh pergi. Kamu tak boleh. Kamu sudah dicipta. Kamu bukan yang asal lagi. Okey? (Ya, Guru.) Tetapi di atas Peringkat Kelima. Itu dah pun yang terbaik. Peringkat Kelima pun dah cukup baik. Cuma oleh sebab Santo dan Guru di sana tidak bawa kamu ke atas, jadi kamu tidak pergi ke sana. Kamu pergi bersama saya. (Ya, Guru.) Itu lagi baik. Okey? (Ya, Guru!)

Bagaimana kita dapat menaik ke Alam Buddha Maitreya? Buddha Shakyamuni telah menyebut banyak cara seseorang dapat memperoleh pahala dan menjalin afiniti dengan Buddha Maitreya untuk pergi ke sana. Secara khusus, Baginda bercakap tentang mereka yang hindarkan diri daripada makan orang-haiwan:

“Mereka yang [di dunia ini] mematuhi rukun tidak membunuh dan tidak makan daging akan lahir semula di alam itu. Fikiran mereka akan tenang dan paras rupa mereka akan baik dan menawan, mengagumkan seperti pemuda firdausi.”

Mahaguru Ching Hai Tersayang kita terus menekankan betapa pentingnya bagi manusia berhenti makan daging orang-haiwan dan berhenti melakukan kezaliman terhadap makhluk hidup secepat mungkin.

Jadi tolonglah, saya berharap setiap kali saya bercakap dengan anda, kepercayaan anda menjadi lebih teguh kepada pengadilan akhir Tuhan dan mendapat manfaat terbesar percaya kepada Tuhan, kembali kepada Diri asal anda dengan menjadi baik, memuji Tuhan, berterima kasih kepada semua Guru dan menjadi vegan.

Elakkanlah segala jenis pembunuhan, serangga kecil pun di mana-mana saja anda boleh, dan jangan makan lagi daging orang-haiwan, ikan, telur, hasil tenusu, apa-apa saja yg berkaitan dengan orang-haiwan yang menderita, terpaksa menahan semua itu untuk anda dengan tidak berdaya.

Mereka dirantai! Mereka dikurung hanya untuk keseronokan anda selama bbrp minit. Itu makanan yang kotor. Tolong hentikannya. Tolong jadi vegan. Tolong bertaubat. Tolong memuji Tuhan. Berterima kasih kepada semua Guru yang telah berkorban untuk anda sejak zaman dahulukala supaya dunia kita ada lebih banyak ciptaan yang selesa dan supaya Tuhan masih hantar Guru ke dunia ini untuk mengajar anda apa betul, apa salah, membawa anda pulang ke Rumah – Rumah sebenar anda.

Saya juga boleh bawa anda pulang ke Rumah jika anda biarkan saya, jika anda ikut keperluan yang mudah. Saya berjanji akan bawa anda pulang ke Rumah. Saya berjanji kepada Tuhan, saya akan bawa anda pulang ke Rumah. […] Alam Buddha, Alam Syurga ialah tempat yang sepatutnya anda berada, tempat Rumah sebenar anda.

Apabila manusia adalah vegan, ini menunjukkan bahawa mereka berbelas kasihan terhadap orang-haiwan yang tidak berdosa. Mahaguru Ching Hai menjelaskan bahawa adalah lebih senang bagi roh dinaikkan dan ditebus jika mereka menjalani kehidupan vegan.

Orang yang, contohnya, adalah vegan atas sebarang sebab, tetapi meninggal, lebih senang bagi saya menjaga roh mereka, bantu roh mereka pergi ke peringkat Syurga yang lebih tinggi. (Ya, Guru.) Tetapi orang yang terus makan daging walaupun ada amaran PBB, walaupun ada segala laporan ahli sains, walaupun semua filem memaparkan segala kezaliman dan amalan buruk, tak berperikemanusiaan di ladang haiwan, namun masih makan daging, masih tak berubah, maka orang-orang ini tidak boleh ditebus.

Di penghujung Kitab Pencapaian Peringkat Buddha oleh Bodhisattva Maitreya, Buddha Shakyamuni juga merujuknya sebagai ‘Minda Penuh Kemurahan, Tidak Bunuh dan Tidak Makan Daging’. Apa yang mengejutkan, tajuk ini sejajar dengan hidup dan ajaran Mahaguru Ching Hai kita, menunjukkan bahawa Beliau ialah Buddha Maitreya sebenar.

Buddha beritahu Ānanda, “Kamu harus ingat akannya baik-baik dan menjelaskan secara berasingan kepada semua Dewa dan manusia. Jangan menjadi orang yang akan akhirnya menghentikan Dharma. Rukun Dharma ini adalah semua orang harus hentikan lima perbuatan memberontak, hapuskan halangan yang disebabkan oleh penderitaan, karma dan balasan, dan memupuk minda penuh kemurahan untuk berjalan bersama Buddha Maitreya.

Ia (kitab ini) juga dipanggil Minda Penuh Kemurahan, Tidak Membunuh dan Tidak Makan Daging. Terima dan dukunglah ini.

Kita beri hormat dan ucapan terima kasih paling dalam kepada Buddha Shakyamuni Terpuja atas pendedahan mendalam dengan pandangan yang tiada bandingannya ini. Kita juga menzahirkan rasa hormat dan penghargaan ikhlas kepada semua Buddha dan Bodhisattva, Santo, Orang Suci, Nabi dan Peramal yang bantu mendedahkan identiti sebenar Buddha Maitreya pada abad-abad di benua-benua yg berlainan.

Lebih-lebih lagi, kita selama-lamanya berterima kasih kpd Buddha Maitreya – Mahaguru Ching Hai – atas kehadiran berharga-Nya di planet ini dan memimpin kita kepada Dharma sebenar pada akhir zaman.

Di tengah-tengah krisis planet ini, pada waktu manusia boleh terkorban pada bila-bila saja disebabkan cara hidup berdosa yang tidak pedulikan Alam Semula Jadi, rakan haiwan penyayang yg tak berdosa, penduduk lain yang lebih lemah dan kurang bernasib baik dlm kalangan kita, Mahaguru Ching Hai Tersayang kita – Buddha Maitreya yang diramalkan, Raja Pemutar Roda Dharma yang amat berkuasa – menawarkan jalan yang jelas menuju penyelamatan dan pencapaian Alam Syurga di akhirat. Kita hanya perlu sedar daripada tidur sebelum terlambat.

Wahai dunia, sedarlah dan lihat Sungai dan gunung dalam keadaan kacau-bilau Hutan terbakar, bukit terhakis, sungai mengering Ke mana orang yang kasihan ini hendak pergi di penghujung semua mimpi?

Wahai Bumi agung, semoga deritamu berkurangan Untuk air mataku semakin berkurang dengan waktu malam yang berterusan. Wahai [sungai dan laut], jangan hentikan melodimu Membenarkan harapan terhadap masa depan dalam kalangan umat manusia…

Wahai orang, bersemadilah di alam akhirat Walaupun engkau meninggal tanpa berkata apa-apa. Biarlah debaran jangtungku reda Sementara menunggu taubat segera penghuni Bumi.

Wahai hutan yang dalam, peliharalah diri sejatimu Lindungi bangsa manusia pada waktu mereka buat kesilapan. Terimalah dalam hati, seribu titisan air mata ikhlasku Untuk menyuburkan pokok megahmu, daun dan akar.

O, aku menangis, aku merayu, aku [berdoa, aku meminta]! Wahai Buddha, Bodhisattva, malaikat yang tidak terhingga Selamatkanlah orang yang menyimpang dari Jalan Benar. Merayau dalam kitaran kelahiran semula yang tidak berhujung, menyeksakan.

Wahai saudara, segera sedarlah! Berjalan dengan bangga di atas laut dan sungai besar Melihat terus pada matahari yang bersinar Dan bersumpah berkorban untuk menyelamatkan semua [makhluk daripada penderitaan]!

Wahai saudari, sedarlah sekarang juga Bangkit dari tempat musnah Bersama-sama mari kita membaharui planet kita Untuk semua orang menyanyikan lagu perpaduan yang meriangkan.
Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (11/11)
Saksikan Lebih Banyak
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita - Prophecies about Maitreya Buddha  (1/24)
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android