Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
(“Saya memang dapati betapa elegan dan cantiknya, betapa penuh dengan tenaga spiritualnya, betapa dekatnya dengan Tuhan keluaran pakaian Guru. Akankah terdapat pakaian Guru yang dijual pada petang ini?”) Oh, terima kasih banyak-banyak atas pujian kamu! Saya tak rasa kami di sini utk menjual. Kami hanya nak berkongsi dgn kamu… Orang saya hanya nak berkongsi dengan kamu kecantikan fizikal yang dijelmakan melalui Kasih Sayang spiritual tapi saya tak rasa kami akan ada apa-apa untuk dijual sekarang. Lagipun, meskipun kamu nak belinya, senarai tempahan kami yang panjang akan buat kamu menunggu mungkin setengah tahun atau sesuatu. Jika kamu bersabar, jika kamu mahu, kamu boleh hubungi mereka kerana kami buatnya mengikut individu dengan ukuran, secara individu, jadi kamu perlu diukur oleh mereka, kemudian tunggu sehingga mereka hantar pakaian yang kamu pilih, jika kamu mahu. Jika tidak, sini hanyalah pameran. Apa-apa yang ada di sana, itu hanyalah pameran. Selain itu, kami ada lebih banyak drpd itu. Ini hanya sebhgn daripadanya. Oleh sebab saya pergi ke seluruh Eropah, setiap dua hari saya berada di negara lain, jadi kami perlu bahagikannya kpd kumpulan-kumpulan yg berlainan. Jadi barang kami tidak semuanya bersama di sini. Jika kamu mahu, kamu boleh lihat katalog dan memilih pakaian yang kamu suka. Kami akan cuba memenuhi permintaan jika kainnya masih ada kerana pakaian kami sangat eksklusif. Contohnya, sesuatu seperti ini, mungkin ada lima atau empat saja, bergantung kepada jenisnya, empat atau lima di seluruh dunia. Jadi jika ia kekurangan, tiada lagi, maka kamu tunggu sehingga koleksi seterusnya. Akan ada keluaran yang berterusan. Terima kasih. Saya sangat gembira dengan kamu memuji karya seni saya. Saya sangat suka akan itu. Tetapi ini hanya melalui Berkat Tuhan. Hanya Tuhan yang lakukan semua ini. Saya tak pernah dapat lakukan semua ini seblmnya, secara terus terang. Saya tak tahu bagaimana. Jadi Dialah. Jadi kamu memuji Tuhan. Terima kasih! (Tiada soalan lagi.) Tiada soalan lagi. Sangat bagus. Maka kita boleh lakukan apa yang sebenar, urusan Tuhan. Jika kalian percayai saya utk tunjukkan kpd kalian, biarlah nama kalian diketahui kemudian kami boleh panggil kalian kerana kami akan berikan nombor supaya kami tidak kehilangan kalian, supaya kami boleh dudukkan kalian mengikut bahasa dan keadaan kalian. Saya akan jumpa dgn kalian sekejap lagi pada waktu inisiasi. Terima kasih dan Tuhan berkati kalian meskipun kalian terus berada di sini atau tidak. Tuhan bersama kalian. Cubalah sentiasa ingati Dia, pada waktu gembira dan juga sewaktu sedih. Cubalah berhubung dengan Tuhan. Meskipun kalian tidak percayai saya untuk tunjukkan kepada kalian, kalian cubalah ingati Dia. Pada waktu meninggal, Tuhan akan membawa kalian terus ke Syurga. Ingatlah akan Dia sepanjang masa. Tiada apa-apa yang boleh berlaku kepada kalian jika kalian ingati Tuhan. Photo Caption: Menonjol dalam Kumpulan, Pertimbangkan untuk Lindungi Dirimu!