Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Baginda Raja Pu Alam Persahabatan, Bahagian 3 dari 3

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Bolehkah Engkau (Baginda Raja Pu) beritahu kami, daripada Kebijaksanaan besar-Mu, bagaimana mana-mana makhluk di planet ini dapat elakkan neraka, Tuan? Terutama neraka abadi, Tuan, kerana mereka akan tersesat, menderita selama-lamanya. Tuanku, tolonglah.

“Oh! Engkau, Raja Segala Raja Segala Raja Segala Raja, sudah mengajar mereka lebih banyak daripada yang dapat kami ajar mereka. Engkau telah cuba sedaya upaya, sudah lebih daripada yg dapat kami cuba. Jadi teruskanlah saja jalan-Mu – ajar mereka Lima Rukun, standard moral supaya mereka tidak sejajar dengan kekejaman negatif, kuasa cengkaman, maka mereka akan menjadi bebas dan mana-mana Guru sentiasa dapat menaikkan mereka dgn senangnya, seolah-olah kita menyentuh air dengan tangan, tetapi jika mereka hidup tidak mengikut prinsip-prinsip mudah ini, maka mereka boleh tunggu giliran mereka untuk dibebaskan untuk masa yang sangat, snagat panjang, selama-lamanya, sehingga mereka langsaikan semua karma bunuh ini, karma langsung atau tak langsung. Kemudian Guru bijak akan datang bantu mereka, tapi dah tentu, ini mengambil masa yang lebih panjang dan mereka takkan tahu bila. Kerana jika mereka buat apa-apa yang tidak mengikut standard mulia, nilai tertinggi roh, maka mereka perlu alami akibatnya.”

Ya, Tuan. Terima kasih kerana beritahu kami semua ini. Kami ada Televisyen siaran yang didedikasikan kepada Kuasa Mahaguru TUHAN. Kami akan menyiarkan ajaran-Mu, nasihat-Mu hari ini supaya semua orang di dunia akan tahu dan hidup dengan sewajarnya. Terima kasih banyak-banyak atas berkat-Mu, kata-kata-Mu. Maksud saya, Engkau bukan sahaja bercakap dalam bahasa manusia, bahasa dunia kami tetapi berkat-Mu juga akan mengalir ke dalamnya dan bantu mereka bersihkan sebahagian daripada sampah dan mungkin mereka ingat akan tujuan hidup manusia. Kami berterima kasih kepada Engkau atas sebarang hasilnya. Terima kasih, Tuan.

Ada apa-apa nasihat berharga lain yang boleh Engkau berikan kepada orang di planet ini, Tuan? Tolong beritahu kami. “Oh! Tidak.” Jika orang di planet ini dengar Ajaran-Mu, itu dah lebih daripada cukup. Mereka hanya perlu amalkannya. Mereka jangan hanya dengar atau saksikan rancangan ajaran-Mu di Televisyen-Mu. Mereka mesti percaya dan amalkannya. Sesiapa pun, pendosa yang paling teruk pun, jika menerima inisiasi daripada Engkau, mereka pasti akan dinaikkan dan dibebaskan lepas seketika masa jika mrk amalkan apa yg Engkau ajarkan. Jika mereka tidak, maka tiada sesiapa yang dapat bantu mereka. Mereka dah ada bantuan terbaik. Jika mereka tidak menerimanya, maka kita juga gelengkan kepala dengan kecewa.

Baiklah, Tuan, Tuanku, Raja Segala Raja Segala Raja Segala Raja, kami tahu Engkau sibuk di dunia fizikal, jadi kami tidak mahu ganggu Engkau atau mengambil masa-Mu lagi. Mungkin pada kali yang lain pada masa depan apabila dunia-Mu telah menjadi lebih suci dan pertemuan kita akan jadi lebih senang, maka kami akan minta izin-Mu untuk kembali jumpa dengan Engkau.”

Oh, oh! Datanglah pada bila-bila saja, tak perlukan apa-apa izin, cuma aku mohon maaf atas kadangkala pertemuan kita boleh banyak terhalang pada waktu susah planet kami ini, tetapi kami alu-alukan Engkau dengan sepenuh hati, pada bila-bila saja. Kembalilah pada bila-bila Engkau rasa sesuai. Terima kasih, Tuan, atas segala berkat dan nasihat-Mu. Semoga TUHAN semakin banyak berkati Engkau supaya Engkau dapat memimpin rakyat-Mu dengan Kuasa Spiritual dan memperoleh Kebijaksanaan sepenuh. Amin, Tuan.

“Amin. Semoga Engkau dan orang dunia-Mu di planet ini berjaya dalam matlamat spiritual dan mendapat banyak hasil daripada usaha gigih. Semoga TUHAN kurniai planet ini dengan semakin banyak Berkat dan Rahmat.” Oh! Terima kasih, Tuan. Terima kasih, Tuan. Terima kasih, Tuan. Kami harap begitu juga bagi planet-Mu. Walaupun Engkau sudah ada banyak berkat spiritual dengan usaha sendiri, pencapaian peringkat Buddha sendiri, namun kita sentiasa boleh gunakan lebih banyak berkat. Kita sentiasa boleh gunakan lebih banyak berkat. Betul, Tuan? “Oh! Dah tentu, dah tentu. Kita tak pernah rasa kita ada kuasa yang mencukupi, kebijaksanaan yang mencukupi dengan sendirinya kecuali dengan Rahmat TUHAN.”

Terima kasih, Tuan, atas segalanya dan atas hadiah berharga ini. Teruslah menyokong kami, berkati dunia ini supaya semua orang boleh menjadi kawan dan bukan musuh. Semua orang akan menjadi pendamai dan bukan pembuat peperangan, membawa kegembiraan dan bukan penderitaan kepada semua orang – kepada sesama orang dan diri sendiri. Kami berterima kasih kepada Engkau atas sokongan-Mu, berkat-Mu, bantuan-Mu dengan nama semua makhluk di planet ini. Kami berterima kasih kpd Engkau, Tuan. Dengan nama TUHAN, semoga perjalanan-Mu pulang menyeronokkan. Oleh sebab di dunia ini, kami ada ruang, ada masa, jadi itu saja yang boleh kami katakan: Semoga Engkau selamat sejahtera. Kami bersyukur kepada Engkau, TUHAN kami yang maha berkuasa, TUHAN, MAPA atas pertemuan hari ini, atas Sahabat bermanfaat yang juga bawa berkat dan hadiah kepada planet kami. Syukur kepada Engkau, TUANKU. Teruslah bantu kami, berkati kami. Amin.

Oh! Saya lebih jaga sekarang, jadi saya perlu keluar dari khemah dan teruskan kerja saya. Oh! Tapi tahulah, saya masih belum jaga sepenuhnya, seperti kita jaga pada tengah hari selepas tidur lena sepanjang malam, tetapi saya begitu gembira, gembira, selepas perbualan ini. Setiap kali saya bertemu dengan Raja lain dari planet yang jauh atau dari planet ini pun, saya rasa begitu gembira, begitu girang. Saya terasa nak keluar dan mungkin memeluk orang-tupai, orang-burung dan mana-mana pokok di sekeliling saya. Saya harap perbualan ini, apabila disiarkan tak lama lagi, juga akan bawa kegembiraan kpd anda sebagai suatu perubahan daripada kehidupan harian yang membosankan. Baiklah, sekian saja buat masa ini. TUHAN berkati, TUHAN kasihi, TUHAN ampuni.

Photo Caption: “Bersatu untuk Bertumbuh, Kuat dan Gembira dalam RAHMAT TUHAN”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (3/3)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-22
2200 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-23
1825 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-24
1408 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-26
551 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-08-26
412 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-26
699 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-26
3295 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-25
184 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-08-25
649 Tontonan
Veganisme: Cara Hidup Mulia
2026-08-25
176 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-25
1135 Tontonan
Filem Pendek
2026-08-25
550 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun