Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Bagi Mengenali TUHAN, Kita Mesti Jadi TUHAN, Bahagian 8/11

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, Mahaguru Ching Hai jelaskan bagaimana inisiasi datang dari dalam, secara langsung daripada TUHAN dan akan membolehkan kita ingat akan Rumah Syurga kita yang telah kita lupa apabila kita turun ke dunia fizikal ini.

Jika saya di sini, kamu boleh dapatkan inisiasi dengan serta-merta. Jika saya tiada di sini, kamu mesti tunggu sekurang-kurangnya tiga bulan dengan persediaan vegan. Wakil saya juga boleh berikan arahannya kepada kamu. Tetapi arahannya hanyalah untuk beritahu kamu apa yang nak dibuat dan apa jangan. Inisiasi datang dari dalam, secara langsung daripada TUHAN. Arahan lisan bukanlah inisiasi sebenar. Inisiasi sebenar datang secara senyap. Jadi saya tak perlu hadir tetapi saya boleh hadir juga. Hari ini, saya akan sendiri melakukannya. Ya.

(“Saya tidak pernah dengar apa-apa tentang Quan Yin.”) (“Saya tidak pernah dengar apa-apa tentang Quan Yin.”) Ya. Saya tidak juga. Sebelum saya dengarnya, saya tidak pernah dengarnya. Saya juga tidak pernah lihat kamu sebelumnya. Ini kali pertama. Segalanya perlu ada kali pertama. Kamu tidak kenali teman wanitamu sebelumnya, tidak kenali suamimu sebelumnya tetapi kamu kenali mereka, maka kamu suka akan mereka. Kamu tahu akannya, cuma dah lupa. Pada waktu inisiasi, kamu akan ingat. Kamu bukan sahaja akan ingat akan Quan Yin tetapi juga akan ingat akan Syurga. Kamu akan ingat kamu dari mana. Kamu akan tahu. Kamu akan nikmatinya. Apabila kita dilahirkan ke dalam penjara fizikal ini, satu vel ditarik tutup di depan pengetahuan spiritual kita dan ia buat kita lupa akan segala-galanya sepenuhnya. Sebab itulah kita perlu belajar semula. Okey? Oh! Terima kasih. Kamu tak perlu.

(“Satu soalan penting: Apakah pendapat-Mu tentang Kitab Teratai Nichiren Daishonin yang sangat terkenal di Itali? Jika Guru tahu, boleh Guru beritahu saya apa pendapat-Mu tentang Maharaj Ji, seorang India yang tinggal di Amerika Syarikat?”) (“Penting. Apakah pendapat-Mu tentang Nichiren Daishonin dalam agama Buddha yang sangat terkenal di Itali, Kitab Bunga Teratai? Jika Guru tahu dan boleh jawab, apakah pendapat-Mu tentang Guru Maharaj Ji, seorang India yang tinggal di Amerika? (Ya, ya, ya.) Terima kasih.”) Saya faham. Terima kasih atas terjemahan ini kerana banyak orang tak faham juga.

Kitab Teratai tergolong dalam khazanah doktrin kesusasteraan agama Buddha. Manusia ada segala jenis pilihan – contohnya, menyembah kitab, maksud saya kitab Buddha, menyembah patung Buddha atau melafazkan Nama Buddha dengan manik, tasbih dan sebagainya. Jadi ini ialah ‘Namo Kitab Teratai’. Ini salah satu keutamaan penganut Buddha. Dah tentu, apabila kamu ikhlas dan bertumpu pada sesuatu, kamu akan mendapat hasil. Bukanlah Kitab Teratai yang berikan hasil kepada kamu. Itu keikhlasanmu. Kaedah kami pergi terus ke dalam inti pati Peringkat Buddha atau Kerajaan TUHAN. Kami tidak lafazkan sebarang nama dalam kitab.

Okey? Dan apa yang harus saya fikirkan tentang Guru Maharaj Ji? (Ya. “Jika Guru tahu dan boleh jawab, apakah pendapat-Mu tentang Guru Maharaj Ji?”) Saya tidak kenali beliau. Saya hanya dengar tentang beliau. Beliau lelaki yang sangat baik, agaknya. Beliau mengajar orang segala perkara baik. Beliau salah seorang guru agung. Jika kamu rasa kamu suka akan beliau, suka akan ajarannya, pergilah tanya beliau secara langsung. Kita ambil masa yang panjang untuk mengenali Guru. Kita tak dapat beri komen tentang sesiapa saja dalam satu minit.

Mana-mana Guru yang menawarkan Kebenaran kepada kamu, menawari kamu untuk lihat Cahaya (Syurga dalaman) dan menawari kamu untuk dengar Ajaran TUHAN – Firman di dalam, Bunyi (Syurga dalaman) di dalam, Muzik di dalam – Dia ialah Guru agung. Lagi tinggi Dia dapat memimpin kamu ke dalam rumah agam TUHAN lagi tinggi peringkat pencapaian-Nya. Jika sekurang-kurangnya Dia dapat memimpin kamu ke Peringkat Kelima dan menghadap TUHAN, maka Dia dapat buktikan Diri-Nya sebagai wakil Kerajaan. Dan jenis Guru ini menawarkan khidmat secara percuma, selama-lamanya. Jadi macam itulah. Kamu boleh pilih. Sekurang-kurangnya itu sesuatu jenis garis panduan, kelayakan.

Selain itu, Dia perlu dapat jelmakan diri di banyak tempat pada masa yang sama di mana-mana saja. Guru itu mestilah maha wujud baru dapat mengajar dunia kerana keadaan maha wujud ialah sifat TUHAN. Jika Dia maha wujud, ini bermakna Dia telah bersatu dengan TUHAN. Ya. Jadi kalau-kalau kamu nak memilih-milih Guru, ingatlah akan sifat-sifat yang saya sebut ini supaya kamu tidak membuang terlalu banyak masa – masamu yang berharga. Terima kasih.

(“Saya ingin sayangi orang lain tetapi ada orang berbahaya di dunia ini yang ingin cederakan kita dan mempergunakan kita. Perlukah saya melawan mereka untuk menjauhkan mereka dari saya?”) (“Saya ingin sayangi orang lain tetapi di dunia ini, ada orang berbahaya yang ingin memudaratkan kita, mempergunakan kita. Perlukah saya melawan balik untuk menjauhkan mereka?”) Jika kamu perlu. Jika kamu nak lakukannya, maka lakukannya. Jika kamu perlu melindungi keluarga dan diri sendiri, maka kamu cuba pertahankan diri. Jika kamu rasa segalanya datang daripada TUHAN, kamu menyerah diri kepada apa-apa saja yang berlaku, maka kamu ada pilihan kedua juga.

(“Boleh Guru beritahu kami sikit tentang Guru spiritual-Mu? Terima kasih.”) (“Boleh Guru bercakap sikit tentang Guru spiritual-Mu?”) Saya sudah bercakap tentang Beliau banyak kali. Tetapi Beliau tiada di dunia ini. Jika kamu nak dengar tentang Beliau, kamu boleh minta pita masa lalu. Mungkin mereka ada rakamkannya. Saya ingin lebih banyak bercakap tentang kamu kerana kamu ialah Guru masa sekarang. Adalah lebih penting kamu menjadi Guru, menyelamatkan diri dan tahu akan kebijaksanaanmu. Itu lebih bermanfaat kepada kamu drpd kenali mana-mana Guru masa lalu. Terima kasih.

(“Terima kasih. Saya ingin tahu sama ada, dalam perhimpunan ini, Guru akan berikan demonstrasi praktikal tentang cara berhubung dgn TUHAN.”) (“Saya ingin tahu sama ada dalam perhimpunan ini, Guru akan berikan demonstrasi praktikal tentang cara berhubung dengan TUHAN, berhubung dengan TUHAN.”) Ya. Ya, pasti. Saya akan buat begitu.

Ya. Bagi mereka yang serius dan ingin mengenali TUHAN setiap hari, kami ada kumpulan yang berlainan, dan bagi mereka yang hanya nak pandu uji dengan TUHAN, kami ada kumpulan lain. Selepas kita telah selesaikan soal jawab, saya akan buat begitu. Jika kamu tak nak tunggu terlalu lama, kamu boleh keluar sekarang dan mendaftarkan diri. Kami akan beritahu kamu lepas ini apabila kita telah selesaikan semua ini.

(“Adakah meditasi ialah teknik penyembuhan yang digunakan untuk menemui semula diri sendiri atau bertemu dengan TUHAN?”) (“Adakah meditasi ialah teknik penyembuhan, teknik penyembuhan untuk mencari diri sendiri atau bertemu dgn TUHAN?”) Ya. Ya, untuk menyembuhkan roh kita, menyembuhkan kejahilan kita, menyembuhkan penderitaan kita. Oleh sebab kekurangan keselesaan, oleh sebab kita tidak kenali TUHAN, kita rasa sangat, sangat kekurangan segala-galanya. Semua penyakit, secara fizikal, juga datang daripada kurang mengenali TUHAN. Kebanyakan masanya, ya. Sebab itulah kadangkala pesakit hidapi sesuatu jenis penyakit dan doktor berikan segala jenis rawatan tetapi ia tidak disembuhkan pun. Kerana sesetengah penyakit datang lebih jauh di dalam kesedaran. Dalam keadaan itu, kita perlukan kesedaran TUHAN untuk sembuhkannya. Apabila orang itu sedar di dalam dirinya, kesedaran TUHAN dan segala-galanya datang hampir secara automatik.

Photo Caption: “Saling Menyokong, Bersatu dan Hidup dengan Lebih Baik”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (8/11)
1
Kata-kata Hikmah
2026-08-17
2135 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2026-08-18
1798 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2026-08-19
1827 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2026-08-20
1649 Tontonan
5
Kata-kata Hikmah
2026-08-21
1349 Tontonan
6
Kata-kata Hikmah
2026-08-22
1229 Tontonan
7
Kata-kata Hikmah
2026-08-24
831 Tontonan
8
Kata-kata Hikmah
2026-08-25
597 Tontonan
9
Kata-kata Hikmah
2026-08-26
361 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-26
487 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-08-26
361 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-26
572 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-26
3079 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-25
7 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-08-25
597 Tontonan
Veganisme: Cara Hidup Mulia
2026-08-25
6 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-25
1054 Tontonan
Filem Pendek
2026-08-25
507 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun