Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kasih Sayang Tim Qo Tu akan Menang, Bahagian 4 daripada 9

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

“Aku berterima kasih kepada semua atas kasih sayang luar biasa ini. Semoga Tuhan rahmati kalian. Biarlah Tim Qo Tu bawa kalian ke Alam Baru di mana kalian akan berada dlm Kemegahan selama-lamanya. Sekurang-kurangnya ke Peringkat Ke-4. Amin. Sangat kasihi kalian. XXXXX.”

Kamu nak tanya saya soalan? Atau biar saya terus bercakap macam ini? Ada begitu banyak. Masih begitu banyak. ( Ya, teruskanlah. ) Saya berdoa untuk pemimpin….. Utara ….. … Saya kata, “Dia seorang lelaki yg baik.” ( Ya. ) “Bantulah dia.” Dewata Maklumat beritahu saya, “Mintalah Dewa ….. Utara.” Setiap negara ada satu Dewa. ( Wau! ) Untuk memantaunya. Jadi, okey, Dia beritahu saya tentangnya tapi saya tak nak beritahu kamu di sini. (Okey, Guru.) Saya berdoa untuknya, pemimpin ….. Utara, dalam hati saya. Saya tulisnya di sini. Saya kata, “Dia seorang lelaki yg baik.” Saya juga berdoa untuk En. Boris, sebelumnya, di Britain (Ya.) kerana beliau hidapi COVID dan perlu dikejarkan ke hospital. Jadi saya kata, “Dia seorang lelaki baik. Bantulah dia. Biar aku tanggung sebahagian drpd karmanya jika perlu.” (Oh, Guru!) Jadi saya begitu gembira, lepas lebih kurang seminggu, beliau pulang ke rumah. ( Ya. ) (Guru berkati mereka.)

Bagi... Utara, kita tak boleh mendapat tahu. Tak apa, saya sentiasa berdoa dan meninjau di dalam. Tapi beliau juga takkan apa-apa. (Ya, Guru.) Mereka juga bercakap tentang keamanan dan sebagainya. Saya tak boleh beritahu kamu. (Okey, Guru.) Macam tu. Saya tak boleh beritahu kamu ini juga. (Ya, Guru.) Mereka kata, “Jika engkau nak beritahu, engkau perlu beritahunya dengan kod. Kau tak boleh beritahu secara terbuka.” Tak sentiasanya. Tapi kodnya saya tak boleh tulis di sini. (Okey.) Jadi dalam kurungan, saya kata, “(Okey, aku tahu. Aku akan buat begitu. Terima kasih kepada Engkau. Walaupun status kita tak sama, namun ada kasih sayang.)” Bermakna saya beritahu Dewa... Utara yang beritahu saya ini dan itu. (Oh!) Dewa Peperangan dan sebagainya, dan Dewata Maklumat juga, saya ucapkan terima kasih kpd Mereka.

Kemudian Dia beritahu saya juga, “Kasih sayang akan menang.” (Wau!) Saya kata, “Beritahulah aku. Apa jenis kasih sayang, kasih sayang yang mana, kasih sayang siapa?” Tanda petik sekali lagi. Pertama sekali, Dia dalam tanda petik, “Kasih sayang akan menang.” Saya kata, “Beritahulah aku lebih banyak tentang kasih sayang apa, yang mana?” Jadi tanda petik: “Kasih sayangmu dan makhluk di OU (Alam Semesta Asal). (Oh, wau!) Dewata Ihôs Kư.” Jadi tanda kurung: (“Terima kasih dan kasihi dengan tak terhingga.”) Kemudian ada banyak perkara menyebabkan saya kata, “Wau!” “Syurga, Bumi dan semua makhluk begitu ambil berat dan melindungi aku.” Semuanya beritahu saya supaya tak turun ke mana, mana, mana. Kerana tak selamat. Labah-labah pun datang beritahu saya itu juga. (Wau!) Anjing juga, dah tentu. “Aku berterima kasih kepada semua atas kasih sayang luar biasa ini. Semoga Tuhan rahmati kalian. Biarlah Tim Qo Tu bawa kalian ke Alam Baru di mana kalian akan berada dlm Kemegahan selama-lamanya. Sekurang-kurangnya ke Peringkat Ke-4. Amin. Sangat kasihi kalian. XXXXX.” Mereka asyik beritahu saya, “Kasih sayang akan menang.” Baru-baru ini saja. (Ya, Guru.) Saya berterima kasih kepada mereka kerana berikan harapan tinggi kpd saya. ( Kami faham, Guru. ) Mereka beritahu saya hari, bulan, tahun dan minggunya tapi saya tak nak beritahu kamu. ( Ya, Guru. ) Mereka beritahu saya semua ini dan itu dan bila ia akan berlaku, kemudian mereka kata, “Kerana kasih sayang akan menang.”

Jadi saya tanya mereka, “Haruskah aku wujudkan satu lagi lingkungan pelindung di sekeliling dunia ini?” Saya tanya mereka atau tidak, tanda tanya. Saya tak tulisnya macam ini. Pada asalnya saya kata macam ini, “Wujudkan lingkungan besar ini dan itu di sekeliling dunia ini?” Tanda tanya. Saya tak kata, “Haruskah aku wujudkan?” Saya kata, “Wujudkan?” dan tanda tanya. (Ya.) Itu bahasa asalnya. Saya tulis dengan cepat dan mudah. Jadi orang yang bertanggungjawab terhadap jenis lingkungan pelindung ini, Dewata beritahu saya, “Ya.” Dalam tanda petik. Saya tanya, “Itu akan membantu ke?” Kerana saya rasa ragu-ragu sikit. (Ya, Guru.) Mana boleh lingkungan sebegini... Saya dah wujudkan beberapa sebelumnya. ( Ya, Guru. ) Tahun lalu. (Oh, wau!) Tahun lalu, tapi kali ini saya tertanya-tanya sama ada saya harus wujudkan lebih banyak kerana keadaan menjadi lebih teruk seperti wabak. ( Ya, Guru. ) Saya tak mahu lebih banyak orang menderita, kanak-kanak, orang tua dan orang tak berdosa diheret ke bawah kerana hantu ghairah menolak mereka ke dalam lembah maksiat, jadi mendapat jenis karma ini. (Ya, Guru.) Meskipun hantu ghairah melakukannya dalam badan mereka dan roh hanya... sesetengahnya sedia, sesetengahnya tiada pahala yang mencukupi untuk saya bantu mereka. (Oh!) Atau sesetengahnya dipaksa berbuat jahat. Meskipun di bawah kawalan atau tindakan hantu ghairah, mereka tetap bertanggungjawab. Hanya sesetengahnya yg ada pahala baik, bertaubat dan benar-benar tak berdosa baru boleh saya bawa roh mereka ke atas.

Jadi sekarang Dewa Lingkungan beritahu saya, “Ya.” Saya tanya, “Itu akan membantu ke?” OU (Alam Semesta Asal), Ihôs Kư, Dewa Lingkungan, Dewata. Saya tak tulis Dewa Lingkungan di sini. Tapi saya beritahu kamu itu secara sampingan kerana sekarang saya baru terfikir tentang itu. Jadi Dewa Lingkungan OU (Alam Semesta Asal) berkata, “Ya.” ( Okey. Wau! ) Mereka kata, “Kasih sayang akan menang.” Saya kata, “Kasih Sayang ini datang dari mana?” (Oh!) Jadi Dewa Lingkungan beritahu saya sekali lagi, Dewata Lingkungan Ihôs Kư. Semua Dewata ada tanggungjawab terhadap kerja-kerja yang berlainan. (Okey, Guru.) Jadi Dewata ini ada kerja menguruskan lingkungan pelindung. Saat, saya akan kembali. (Ya, Guru.) Saya perlu memasang palam telefon. Kuasa bateri telah menjadi lemah. Pasang palam telefon supaya kamu dapat lihat saya. Saya rekamkan diri saya. Lepas ini, saya berikannya kepada kamu. (Terima kasih, Guru.) Supaya kamu dapat lihat saya dan buat apa yg kamu mahu dengannya. Tapi meskipun kamu tak nampak saya, kamu tahu saya, kan? (Ya, Guru.) Saya kelihatan sama dengan sebelumnya saya lihat kamu. (Okey, Guru.) Hanya beberapa garis kedut lagi dan beberapa helai uban lagi, maka itu rupa saya.

“Dari mana datangnya ‘Kasih Sayang’ ini? Saya bubuh ‘Kasih Sayang’ dalam tanda petik. Jadi Dewata Lingkungan, oleh sebab kami sudah dalam perbualan, Dia beritahu saya secara sampingan, “Py-O-Yol.” Bermaksud ‘Kasih Sayangmu’. (Wau!) Saya tanya, “Apa itu ‘Yol’?” Kerana saya tak tahu perkataan itu sebelumnya. Saya ada lihat perkataan bahasa Pusu sebelumnya. (Ya, Guru.) Tapi saya tak lihat semuanya, jadi saya tanya, “Apa itu ‘Yol’?” Ia ditulis Y-O-L. (Oh!) Dia beritahu saya Yol bermaksud ‘kamu’. (Oh!) Kamu dan orangmu. Bermakna orang saya, sesetengah daripada orang saya. Bermakna Dewata Ihôs Kư. Mereka benar-benar ialah orang saya. (Ya, Guru.) Yang selebihnya adalah diangkat. Kamu diangkat. Tapi sama saja. Kamu juga membantu saya. Mereka juga membantu saya. Jadi ini bermakna Kasih Sayangmu (Py), Kasih Sayangku (O), Kasih Sayang orangmu (Yol). Ini bermakna orangmu. Saya kata, “Kedengaran macam mimpi yang baik. Bila semua orang saling menyayangi?!” Tanda tanya. Tanda seru. Kasih Sayang akan mengalahkan ini juga? Wau! Ini mengambil masa...? Saya kata, “Ini terlalu lama. Berapa banyak orang akan mati sementara itu?” (Oh!) Empat juta, lebih kurang. (Oh!)

Saya kata, “Dewata Maklumat, beritahulah siapa menyembuh atau tahu penyembuhan, terlalu banyak kerja.” Saya minta Dia beritahu saya siapa dapat menyembuh, Dewa-dewi penyembuh. Sesiapa yang tahu akan penyembuhan. Dia beritahu saya. Saya kata, “Terlalu banyak kerja. Aku dah lupa, Dewata Maklumat, aku dah lupa, Dewa apa itu? Yang menyembuhkan orang.” Jadi Dewata Maklumat berkata, “Dewi Kesejahteraan Dunia.” (Wau!) Saya kata, “Aku ingat sekarang, Dewi Kesejahteraan Dunia.” Saya tanya Dia, Dewi Kesejahteraan Dunia, “Akankah dunia ada ubat untuk virus ini, atau apa?” Tanda tanya. Dewi Kesejahteraan Dunia, tanda petik, “Bagi virus, vaksin akan dunia buat dengan ghairah.” Itu bagaimana Mereka katakannya. Mereka harus kata, “Dunia akan buat vaksin dengan ghairah untuk virus ini.” Jadi saya tanya, “Bila?” Dewi Kesejahteraan Dunia berkata, “......” Ya Tuhan. (Oh!) Jadi saya kata, “Whoa, whoa!!!!!” Tanda seru, banyak. “Mesti cari jalan yang lebih baik!!!!!” Banyak tanda seru. (Oh, Guru!) Itu habis.

Saya tulis di sini tentang ular cuba menyihir anjing saya Reny supaya mati juga. (Oh!) Pada hari itu, ular tersebut pergi ke sana, kemudian Reny terpukau olehnya lalu duduk di sana dan dengar. Saya berkata kepada mereka, “Cepat bawanya pergi dari sini!” Saya berkata kpd Reny, “Jangan dengar. Jangan dengar.” Kerana Reny berkata ular itu beritahunya bahawa jika ia sanggup mati, ia akan membawa keamanan dunia. Saya berkata kepada Reny, “Tidak, tidak! Tuhan wujudkan keamanan, bukan anjing. Okey? Jangan dengar kata-kata ular itu. Mari sini. Balik ke rumah. Cepat! Hentikannya! Jika kau nampak ular, kau larikan diri. Okey? Ular lebih lambat daripada kau. Kau lari saja!” Jadi sekarang saya perlu ubah program anjing. Beri makan di bawah bukit sebaliknya. Di bilik bukit yang lebih rendah sebaliknya. Tapi saya dah tukarnya ke masa lain. Lepas itu saya beritahu mereka, “Jika kau nampak ular, kau lari saja. Kau jangan dengar. Kau jangan duduk di sana dan dengar kata-kata mereka. Mereka berbohong. Mereka menipu. Mereka bekerja untuk maya, syaitan.” Jadi pada kali yang lain apabila pembantu datang untuk membawa mereka keluar, mereka berada di dalam tempat saya. Saya kata, “Pergilah. Keluar sekarang. Dah tiba masanya keluar, kemudian makan dan berjalan-jalan.” Mereka kata, “Tidak, ada ular di luar. Kami tak nak keluar.” Jadi saya perlu tukar tempat mereka ke kawasan lain. Mereka begitu lucu. Mereka berdua berlari ke kawasan saya sebaliknya. Mereka ada bilik yang berasingan di luar bilik saya yang lain. Saya tinggal di sebuah bilik, mereka tinggal di bilik lain yang bersebelahan. Ada pintu penghubung yang besar, jadi mereka masuk dan keluar, saya masuk dan keluar. Pembantu datang tetapi mereka lari masuk ke dlm bilik saya sebaliknya. Mereka kata, “Ada ular di luar. Kami tak nak keluar.” Begitu lucu. Saya tak nampak ular di mana-mana tetapi mereka boleh bersembunyi di sesuatu tempat, jadi saya tukar tempat mereka untuk mereka keluar dan tak masuk ke kawasan itu lagi. Saya berkata kepada Ihôs Kư, “Halaulah semua ular ini dari anjingku dan kawasan sekitar aku.” Hantu ghairah tetap boleh bekerja dari jauh. (Ya.) Mereka boleh hantar ular ke sana dan seekor hampir gigit saya jika bukan kerana burung (Oh, Guru!) yang selamatkan saya itu.

Ketika ia baru datang, ia sangat kecil. Anak burung. Saya kata, “Burung ini datang ke sini, ada sebarang sebab?” Saya diberitahu bahawa ia di sana untuk melindungi saya. Jadi saya kata, “Mana boleh burung yang begitu kecil lindungi aku?” Saya perlu melindunginya banyak kali. Saya perlu dukungnya dan ia biarkan saya buat begitu. Ia biarkan saya belainya dan sebagainya. Tapi saya tak mahu ia menjadi begitu biasa dengan saya. (Ya, Guru.) Saya mahu ia menikmati kebebasannya sebagai burung liar. Jadi saya cuba tak begitu banyak menyentuhnya. Hanya apabila ia dalam kesusahan, maka saya dukungnya, bawanya ke sesuatu tempat yang lain. Letaknya di tempat yang tinggi (Oh!) supaya anjing tak mengejarnya, misalnya macam itu. Saya beri inisiasi kepadanya dan beritahunya, “Jagalah diri.” (Wau!) Kerana ia merupakan burung liar. Ia harus menikmati kebebasannya terbang ke sana sini di mana-mana saja yang ia suka, (Ya.) ada teman wanita dan sebagainya. Anak dan sebagainya. Itu apa yang saya fikir. Saya tak biarkan diri saya terlalu banyak terlibat tapi saya sangat sayanginya. Saya sangat sayanginya. Kadangkala saya memanggilnya apabila saya balik ke Hsihu. Saya memanggilnya, “De, adakah kau masih di sini? Di manakah kau?” Kadangkala ia jawab. Ia kata, “Jauh dari situ.” (Oh!) Kadangkala ia kata, “Dekat.”

Saya beritahu kamu terlalu banyak perkara. (Terima kasih, Guru.) Saya tak pasti sama ada kita boleh mendedahkan semua ini di Supreme Master TV tapi kamu minta saya baca kepada kamu. Ia selama-lamanya, jadi saya rasa kita berhenti sekarang. Saya rasa kamu ada soalan. Sebab itulah saya menelefon kamu. (Kami ada soalan.) Meskipun kamu tiada soalan, saya menelefon kamu kadangkala hanya untuk biar kamu tahu bahawa saya masih di sini dan memikirkan kamu. (Oh! Terima kasih, Guru. Terima kasih banyak-banyak. Kami hargainya.)

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (4/9)
1
2020-06-29
20979 Tontonan
2
2020-06-30
15800 Tontonan
3
2020-07-01
28307 Tontonan
4
2020-07-02
13892 Tontonan
5
2020-07-03
10964 Tontonan
6
2020-07-04
10682 Tontonan
7
2020-07-05
12238 Tontonan
8
2020-07-06
10787 Tontonan
9
2020-07-07
11505 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android