Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Selaras dengan Syurga untuk Dunia yg Lebih Baik, Bahagian 2 drpd 3

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Syurga nak bantu tetapi Mereka mesti ada keadaan untuk bantu. Kita tak mewujudkan keadaan itu. Kita ada keupayaan untuk mewujudkan sebarang keadaan yang sejajar dengan Syurga. (Ya, Guru.) Kemudian kita boleh selaras dengan Syurga untuk menjadikan dunia ini sebuah tempat yang lebih baik, malah Syurga di Bumi.

Soalan kamu, silakan. Jika kamu ada. (Ya, Guru. Dalam khutbah yang bertajuk ‘Kasih Sayang Tim Qo Tu akan Menang, Bahagian 3 daripada 9’ pada 10 Jun 2020, Guru berkongsi mesej Dewa Mangsa. Ia nyatakan, “Terjangkit sebanyak lebih tiga bilion orang. Dan berjuta-juta orang akan mati, lebih 4.2.”) Ya.

(Guru, adakah terdapat yang terkini atau lebih banyak mesej daripada Dewa Mangsa yang boleh Guru kongsi dengan kami terutamanya sekarang dengan pelbagai varian COVID-19 yang tersebar di seluruh dunia?) Tidak, saya tak tanya Mereka. Saya tak mengadakan persidangan baru-baru ini kerana sibuk berpindah (Ya, Guru.) dan dibebani oleh begitu banyak kerja. Pindah rumah bukanlah kegemaran saya. (Ya.) Ia memang banyak mengheret saya dan apabila saya di tempat baharu, saya perlu mengatur semula benda, cuba cari benda dan cuba mengurus perkara. Berseorangan tak begitu senang bagi saya. Ya. (Ya, Guru.) Saya tidak tanya, tapi saya lihat dalam berita, tiada apa-apa yang baik, memang. Bukan? (Tiada, Guru.) Meskipun mereka mati dgn lebih banyak, kita tak berpeluang untuk sentiasa mengetahui angka sebenar. (Ya.)

Contohnya, baru-baru ini, jika kamu baca dalam berita, ia nyatakan misalnya di Bandar New York, pengurus rumah penjagaan, gabenor New York tidak memberikan gambaran penuh. Baru-baru ini, mereka dipaksa oleh Peguam Negara. Jadi pembantu kesihatan gabenor terpaksa memberitahu hal sebenar. Hampir 13,000 (Wau!) orang tua mati di rumah orang tua (Oh!) akibat COVID-19. Kerana mereka menghantar orang ke sana dan menjangkiti mereka juga. Kerana mereka tak nak bawa mereka ke hospital pada mulanya. Mereka takut, jadi masukkan mereka semua ke dalam rumah penjagaan, (Ya, Guru.) kemudian juga menjangkiti orang tua yang tinggal di sana.

Rumah orang tua. (Ya, Guru.) Mereka panggilnya sama ada rumah penjagaan atau rumah orang tua. Dua belas ribu tujuh ratus lebih. Kamu bacanya, kamu akan tahu. Baru-baru ini keluar saja. Mereka kata dengan bilangannya, banyak perkara yang lain terdedah seperti rasuah, banyak penutupan fakta dan sebagainya terdedah. Sangat menyedihkan. (Ya, Guru.) Mereka tak pedulikan orang tua. Mereka rasa orang tua akan mati juga, jadi masukkan mereka semua ke sana, kemudian mereka mati. Tiga belas ribu. Hampir 13,000. Boleh percaya tak? Ya, dan mana tahu jika ada angka lain yang tak dilaporkan, sengaja dipadamkan atau dilupakan. (Ya, Guru.) Ya. Jadi hanya itu, hanya satu sudut kecil di Amerika, angkanya telah disembunyikan macam itu. Mereka katakan bilangan yang sangat kecil saja sebelumnya. Tapi mereka tak kata hampir 13,000 orang mati. (Ya, Guru.) Itu permulaannya dan sekarang lebih banyak, mana tahu. Jadi di banyak sudut di dunia, semakin banyak orang mati. Tiada orang yang kira pun. Tiada orang yang melapor pun. Tiada orang yang peduli pun.

Kamu lihat di TV, seluruh padang yang besar dipacak bendera putih kecil. (Ya, Guru.) Satu bendera melambangkan satu makam. Mengebumikan dengan cepat. Seluruh padang adalah macam itu, penuh dengan bendera putih kecil. Mereka tiada masa untuk membuat batu nisan untuk makam, orang mati. Tiada masa, hanya pacak bendera putih dan mereka korek beratus-ratus ribu atau berpuluh-puluh ribu lubang, sentiasa sedia di sana. Banyak negara adalah macam itu. Mereka tak boleh berjumpa dengan orang di hospital pun. Mereka perlu berjumpa dengan orang di tempat letak kereta, kereta Palang Merah kecemasan atau apa-apa saja. (Ya, Guru.) Atau hospital sementara dengan khemah plastik mudah, sesuatu macam itu. Pada musim sejuk. (Ya, Guru.) Bukan musim sejuk kamu, musim sejuk England, Ireland. (Ya, Guru.) Sejuk, lembap, memuramkan. Orang sudah sakit dan hampir mati tetapi perlu menahan segala jenis keadaan ini.

Dah cukup bertuah mereka dimasukkan. Sesetengah orang malah ditolak sehingga benar-benar ada simptom atau sudah hampir mati. Yang selebihnya hanya kata, “Duduk di rumah. Makan aspirin,” apa-apa saja. Ya Tuhan. Itu belum kata lagi negara yang tiada aspirin atau ubat malaria. (Ya, Guru.) Tiada apa-apa pun. Kita perlu berjalan sejauh berpuluh-puluh atau beribu-ribu batu untuk pergi ke hospital. Tiada kereta pun. Begitu pun, pandemik tetap datang melawat mereka. Mereka tetap mati, tiada orang jaga dan tiada orang dapat mengira mereka. Tiada orang peduli pun. Mereka tiada masa lagi hari ini dengan bilangan pesakit yang begitu membebankan.

Di merata tempat di dunia, malah Antartik sekarang. Kamu ada baca tak? (Ya.) (Ya, Guru.) Ya, ya. Orang Antartik yang pergi ke sana untuk kajian pun menghidapi COVID-19. Bagaimana? (Wau!) Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Dan Taiwan (Formosa) selama lapan, sembilan bulan tiada apa-apa pun tetapi sekarang tiba-tiba satu kluster di hospital. Doktor masih tak tahu bagaimana pesakit ini mendapatnya, orang pertama, pasangan pertama yang mendapatnya lalu menjangkiti kluster mereka. Doktor masih tak tahu bagaimana mereka mendapatnya.

Tapi saya telah beritahu kamu, beri amaran kepada kamu sebelumnya, kamu perlu sentiasa berhati-hati apabila keluar. (Ya, Guru.) Jika kamu perlu keluar. Jika kamu tak perlu, duduklah di rumah buat masa ini. Kamu semua tinggal bersama dalam komuniti, tidak keluar. Kerana kamu takkan tahu kamu mendapat apa apabila kamu keluar. (Ya, Guru.) Seperti pesakit hospital, kerajaan Taiwan (Formosa) perlu mengkuarantin 5,000 orang di dalam hospital. (Ya, Guru.) (Wau!) Kita sakit atau tidak. Doktor, jururawat dan semua orang. (Ya, Guru.) Itu hospital besar dan biasanya dah tiada apa-apa pun selama lapan, sembilan bulan. Dan Taiwan (Formosa) diakui sebagai nombor satu dalam rawatan perubatan dan kemudahan, malah di dunia. Mereka sangat bangga dengan itu. Saya akan rasa bangga juga jika saya orang Taiwan (Formosa). (Ya, Guru.) Ya. Berbanding dengan negara lain seperti England, Amerika, Amerika Selatan atau Perancis, Eropah pun, semua negara dibandingkan, mereka nombor satu. Percaya tak? Keadaan terkawal selama lapan, sembilan bulan, tiada apa-apa yang berlaku, kemudian tiba-tiba, boom! Di hospital macam itu. Masih terurus, dah tentu, tetapi itu suatu kejutan bagi mereka. (Ya, Guru.) Mereka perlu mengkuarantin 5,000 orang di seluruh kawasan sana dan masih mengesan orang yg mereka dekati, mungkin, ya.

Saya dah beritahu kamu banyak kali, sekurang-kurangnya dua kali bahawa ada orang yang asimptomatik. (Ya.) Walaupun mereka membawa virus COVID-19, kita tak nampaknya. Mereka tak tahu akannya kerana mereka asimptomatik. Virus tak menyerang sistem mereka, tak menyerang badan mereka tetapi mereka membawa dan boleh merebakkannya sehingga 70 hari, membawanya ke sana sini. Bayangkan berapa banyak orang boleh dijangkiti, (Ya, Guru.) selama 70 hari.

Jadi kes di hospital ini adalah macam itu. Saya agak, saya rasa, daripada apa yang saya tahu, okey? (Ya, Guru.) Dah tentu, saya tak dapat buktikannya Sesetengah orang yang terlibat dalam pandemik ini, baru ditemui, mereka dalam jenis status asimptomatik. (Ya, Guru.) Oleh itu, mereka pergi ke hospital, tiada apa-apa pun, tak kelihatan sakit, tidak sakit, tak rasa sakit untuk masa yang panjang, jadi mereka rasa tak apa-apa. Biasanya kerajaan mengkuarantin kita dua hingga tiga minggu. Apabila dah pulih, kita boleh keluar. Tetapi orang-orang ini, orang biasa tidak mengkuarantin diri. Begitu pun, mereka sudah teruskan aktiviti hidup selama berbulan-bulan atau mungkin berminggu-minggu, tiada masalah. (Ya, Guru.) Sekarang mereka pergi ke hospital, kemudian simptom mereka muncul. Biasanya selepas kita dijangkiti, sistem kita takkan terjejas atau jatuh sakit sehingga selepas suatu tempoh masa. Jadi mungkin pasangan ini ada virus tersebut tetapi simptomnya belum muncul sehingga mereka di hospital selama tiga hari baru simptomnya muncul, kemudian menjangkiti orang lain. Begitulah, kerana mungkin mereka telah dijangkiti di sesuatu tempat yang lain. Mereka belum tahu, kemudian apabila pergi ke hospital, dah tiba masanya, dah tiba masanya, jadi simptom-simptom muncul. (Ya, Guru.) Kemudian dah terlambat. Kemudian itu bagaimana ia berlaku.

Oleh itu, saya kata kamu takkan dapat secara serius melindungi diri dengan secukupnya. Lindungilah dirimu. Dengarlah panduan kerajaan dan dengar nasihat saya tentang bagaimana menjaga diri apabila keluar dan balik ke rumah lepas itu. (Ya, Guru.) Saya asyik bercakap tentang itu, mungkin kamu rasa bosan. Guru sentiasa bercakap tentang perkara yang sama. Tapi saya tak dapat menekankan dgn secukupnya. Sekarang kamu tahu itu. Sekarang kamu tahu. (Ya, Guru.) Terutamanya varian baharu ini. Ia datang dari Afrika Selatan dan England. Sekarang sudah di merata tempat yang lain juga, banyak tempat di dunia. Varian ini. Kita tak tahu bagaimana ia sampai ke sana. Ia sampai ke sana. Atau mungkin virus bermutasi. (Ya, Guru.) Jadi kerajaan England pun, contohnya, membuat papan iklan di merata tempat, menyatakan bahawa varian ini tersebar dengan pantas sekali, duduklah di rumah.

Duduklah di rumah. Sentiasanya, mereka beritahu orang supaya duduk di rumah. Tetapi ada kes di mana mereka tak boleh duduk di rumah. Ia tak dapat dielakkan. Ada orang yang merupakan kononnya pekerja perlu. Mereka perlu keluar. Meskipun dah terjangkit, mungkin mereka tak tunjukkan apa-apa pun, kemudian mereka akan terus menjangkiti orang lain dan orang lain akan terus menjangkiti orang lain. (Ya, Guru.) Varian-varian baharu tersebar dengan pantas sekali, 70, 80% lebih pantas daripada jenis biasa. Itu apa yang paling menakutkan. Orang menderita di merata tempat kerana sesak nafas. Sesetengah orang malah membunuh diri. Sesetengah kanak-kanak tak tahan. Mereka mati. Mereka membunuh diri juga.

Jika kamu berada di hutan atau sesuatu tempat yang ada ruang, boleh berjalan ke sana sini, meskipun ada vila yang kecil saja, hanya cukup untuk tidur, namun kamu boleh berjalan keluar pada bila-bila saja dalam persekitaran semula jadi, maka kamu rasa berbeza. (Ya, Guru.) Ya. Kerana kamu pergi ke sana untuk tidur pada waktu malam saja. Bilik tidur, vila tidur. Yang selebihnya, kamu bebas untuk pergi ke mana-mana pada bila-bila saja. Kamu ada ruang yang luas di sekeliling kamu. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Maka kamu tak rasa sesak nafas atau klaustrofobik. Tetapi sesetengah orang berada di dalam studio kecil, biasanya mereka berkongsi dengan satu atau dua orang. Mereka saling menjengkelkan dan hanya boleh melihat ke luar tingkap. Dahsyatnya semua ini. Memang dahsyat ini. Ya, ini penderitaan yang tak berhujung bagi semua orang.

Hanya berhenti makan daging dan keadaan akan berubah menjadi lebih baik dengan serta-merta. Tapi mereka tak lakukannya. Ya Tuhan. Berapa banyak lagi yang perlu saya terus bercakap macam ini, seperti robot, asyik berulang. Perkara yang sama dgn cara yang berbeza. Saya juga jemu dengannya. Juga rasa malu, sentiasa perlu mengatakan perkara yang sama dan orang sudah bosan. (Ya, Guru.) Saya... Syurga nak bantu tetapi Mereka mesti ada keadaan untuk bantu. Kita tak mewujudkan keadaan itu. Kita ada keupayaan untuk mewujudkan sebarang keadaan yang sejajar dengan Syurga. (Ya, Guru.) Kemudian kita boleh selaras dengan Syurga untuk menjadikan dunia ini sebuah tempat yang lebih baik, malah Syurga di Bumi.

Tetapi kita tak melakukannya. Saya tak tahu sehingga bila saya akan bercakap tentang perkara ini. Hanya kerana kamu beritahu saya, kamu tanya saya, jadi saya sebutnya secara sampingan. Jika tidak, saya terlalu jemu, tak nak terus katakan perkara yang sama. Tapi kamu jagalah diri. Jaga kepanasan badan. (Ya, Guru.) Apabila terlalu sejuk, ia boleh serang kita juga, seperti selesema dan sebagainya. (Ya, Guru.) Jaga kepanasan badan. Kekalkan kepanasan normal, tak terlalu panas sehingga berpeluh. (Ya, Guru.) Baiklah. Soalanmu saya telah jawab, kan? (Ya, terima kasih banyak-banyak, Guru.)

Kamu tak perlu tanya Syurga lagi. Syurga juga geleng kepala. Kamu boleh baca berita, maka kamu tahu ia telah menjadi berapa serius. (Ya, Guru.) Kami bantu apa yang boleh saja, Syurga dan saya, pada bila-bila keadaan membenarkan, kerana di dunia ini, ada hukum karma, bagi Guru dan anak murid pun. (Ya, Guru.) Kita tak boleh pergi tanpa karma sama sekali. Kita tak boleh wujud tanpa karma. Jadi kita perlu ada karma untuk wujud di dunia ini. Itu syarat untuk wujud di planet ini. Tetapi itu karma yang berlainan. Tetapi jika kita teruskan, seperti orang terus membunuh haiwan, saling membunuh dan sebagainya, karma ini takkan hilang. Takkan hanya sekadar cukup untuk kita terus hidup. Ia akan buat orang menderita. (Ya, Guru.) Macam itu, seperti pandemik atau banyak bencana berlaku di seluruh dunia hari ini. (Ya, Guru.)

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (2/3)
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android