Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Pendedahan Syurga tentang Peristiwa Dunia pada Masa Depan, Bahagian 5/5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Roh takkan mati. Cuma roh manusia atau orang-haiwan masih terperangkap di dlm banyak lapisan kononnya badan. Jadi meskipun badan fizikal dah tiada, badan astral masih wujud dan tetap akan dihukum di neraka secara mengerikan. Anda tak dapat bayangkan hukuman di sana, sesiapa yang terpaksa pergi ke neraka. Tetapi… ya Tuhan. Tetapi mereka tak tahu akannya. Itu masalahnya. Mereka begitu buta… mata tertutup sehingga tak tahu Syurga, tak tahu neraka. Mereka buat apa-apa saja, ingat tiada akibatnya. Hati saya tak dapat terus menahan semua ini. Kerana jika umat manusia dipunahkan beramai-ramai pada masa yang sama, sangat sukar nak bantu roh mereka, sangat sukar nak selamatkan roh mereka jika mrk semua mati beramai-ramai macam itu. Dikatakan bahawa mereka akan “dipunahkan”. Itu kata-kata Syurga, bukan saya. “Dipunahkan”. Tujuh puluh dua peratus, ya Tuhan. Maksud saya, separuh pertama, kemudian separuh seterusnya akan datang Itu saja! Selamat tinggal, planet Bumi, 2047, kita semua akan mati!

Itu bukan soal mati. Anda, orang terinisiasi, akan pergi ke Syurga tetapi orang lain akan menderita di neraka. Ya Tuhan! Oh, saya begitu banyak berdoa! Tetapi saya tak tahu sama ada apa-apa akan membantu lagi.

Situasi ini adalah seperti apabila doktor dan jururawat ingin membantu pesakit tetapi pesakit tidak buat apa-apa pun yang patut dibuatnya untuk menjadi sembuh. Pesakit juga perlu bekerjasama dengan kakitangan perubatan untuk sembuh. Dia perlu makan ubat yg dipreskripsikan, mempercayai doktor, sanggup bekerjasama untuk melawan bersama doktor bagi mengalahkan penyakit yang merosakkan badannya. Kita tiada begitu banyak kerjasama itu daripada orang di dunia. Orang-haiwan tak dapat buat banyak tetapi orang di dunia dapat.

Mereka diberi segala keupayaan, kecerdasan dan alat untuk berdamai sesama mereka sendiri dan dengan orang-haiwan yg merupakan penghuni bersama kita tetapi mereka tak melakukannya. Mereka tak melakukannya. Sesetengahnya tetapi peratusannya begitu rendah.

Hanya makan ubat. Hanya menjadi vegan, ya Tuhan. Itu bukan soal Tuhan atau kerohanian pun. Telah terbukti secara saintifik bahawa menjadi vegan akan menyelamatkan anda menyelamatkan nyawa anda, menyelamatkan orang tersayang anda dan menyelamatkan planet anda. Tolong menjadi vegan, bertaubat, berdamai dan berbuat baik.

Semua maklumat mengenai bukti saintifik perubahan iklim dan penyelesaiannya terdapat dalam buku Mahaguru Ching Hai, ‘Daripada Krisis kepada Kedamaian’. Muat turun secara percuma di: Crisis2Peace.org

Jadi simpan apa-apa saja yang boleh dan menjadi seberdikari yang boleh. Kerana mungkin anda perlu berada dalam keadaan itu, dalam semangat sendiri menanam, sendiri menuai dan menjaga diri sendiri itu supaya anda dapat terus hidup dalam sesetengah keadaan. Orang di dunia begitu menggila. Anda boleh bayangkan ada orang gila sebegini di Kremlin. Di seluruh negara, ada begitu banyak pegawai tentera, begitu banyak orang kuat tetapi mereka tak dapat kalahkan satu orang gila pun. Orang terus mengikut dia dan mati sebanyak ratusan ribu di negara asing, di Ukraine (Ureign), contohnya. (Ya, Guru.) Itu bagaimana sesuatu berlaku. Seperti Hitler pun, seluruh negara juga mengikut dia sehingga dia jatuh. (Ya.)

Jadi apa-apa pun boleh berlaku di dunia gila ini disebabkan oleh karma. Jadi bersedialah, bersedia, kalau saya gagal juga. Maksud saya, kalau kumpulan itu, kumpulan kami, kumpulan Syurga gagal disebabkan karma yg terlalu besar. (Faham, Guru.)

Tetapi oleh sebab Syurga juga beritahu saya, “Jangan putus harapan untuk menyelamatkan dunia-Mu,” jadi saya kekal menaruh harapan terhadap itu. Walaupun lemah, seperti api kecil, namun boleh merebak jadi api yang lebih besar. Contohnya, anda hanya ada sebatang lilin kecil tetapi jika anda ada kayu, daun dan benda kering, benda boleh bakar di taman, anda boleh gunakan lilin itu untuk hidupkan api besar. (Ya, Guru.)

Jadi saya biarkan api itu kekal hidup. Kamu harus begitu dan anak murid harus begitu juga. Kita tidak sebanyak seluruh dunia tetapi kita mesti cuba. Kita mesti ada kepercayaan kpd Tuhan, keadilan, kesucian, kebaikan dan kasih sayang tanpa syarat kita kepada manusia dan orang lain, makhluk lain di planet ini. Kita berdoa dan bermeditasi sebanyak yang boleh. (Ya, Guru.) Tiada apa-apa sepenting meditasi dan doa anda terutamanya sekarang ini. Semua orang harus ingat akan itu.

Masa anda adalah berharga, lebih berharga sekarang drpd sebelumnya Tolong jangan abaikan tanggungjawab anda seperti berdoa untuk dunia, bermeditasi untuk diri sendiri dan dunia juga. Kita memang berkongsi pahala, berkat meditasi yang Tuhan kurniakan melalui kita. Jadi apa-apa yang kita buat dgn spiritual, dengan ikhlas akan membantu dunia. Maksud saya, mungkin bukan seluruh dunia kerana sekarang waktu pembersihan sebenar. Sekarang sepatutnya Zaman Keemasan tetapi tak terlalu banyak orang layak hidup di dalamnya. Jadi itu bagaimana dunia boleh musnah. Dunia sedang memunahkan umat manusia. Itu apa yang Mereka beritahu saya. (Wau!) Bagaimanapun, saya harap saya tersilap. Lebih-lebih lagi, saya harap kita akan menang, orang Kuasa Positif akan menang dengan Berkat Tuhan, Rahmat Tuhan dan Belas Kasihan Tuhan. (Ya, Guru.) Amin. Doakanlah itu. (Ya, Guru. Kami akan berdoa macam itu. Terima kasih, Guru.) (Kami akan berjuang hingga akhir bersama Guru.) Ya. Apa yang kamu buat adalah berperang juga – tanpa senjata. Kita tak perlukan sebarang senjata. Kita tak mahukan itu. (Ya, Guru.)

Dunia berbelanja dengan menggila – berbilion-bilion, bertrilion-trilion sepanjang masa sekarang hanya untuk membuat senjata bunuh dan bukan membelanjakannya untuk meningkatkan kehidupan orang serta bantu orang miskin dan susah. Berapa banyak orang akan mendapat manfaat daripada itu jika peperangan tak pernah berlaku, jika semua senjata ini tak pernah dikeluarkan dan semua wang itu disalurkan kepada orang susah? Maka kita takkan ada sebarang kemiskinan di dunia ini pertama-tamanya. (Ya, Guru.) Tetapi mereka miskin. Ya Tuhan. Mana-mana negara, negara paling kaya pun, ada orang tak berumah dan orang miskin juga.

Tetapi mereka belanjakan berbilion-bilion malah bertrilion-trilion hanya untuk terus membuat senjata pembunuh, pemusnah ini. Mengapa begitu? Dunia kita indah. Kita tak perlukan apa-apa kecuali apa-apa yang Tuhan dah berikan kpd kita. Kita ada secukupnya untuk semua orang. Mengapa terus membunuh? Mengapa bertempur? Jadi mereka pasti dah gila atau dirasuk syaitan. (Ya, Guru.) Macam itulah. Tidak masuk akal, kan? (Tidak, Guru. Tak masuk akal sama sekali.) Tiada orang yang boleh percaya sekarang, pada abad ke-21, mereka masih bertempur, masih membunuh tanpa rasa sesal, tanpa taubat, tanpa kesedihan, apa pun! Mereka tak berhati perut. Mereka tiada kasih sayang. Mrk hanya ada syaitan dlm diri mereka. Itu bagaimana mereka dapat lakukannya. Atau apa lagi? Boleh kamu jelaskannya kepada saya? Boleh tak? (Tidak, Guru.)

Kita akan berjuang hingga akhir. (Ya, Guru.) Ya. Seperkara lagi saya nak katakan kepada anak murid saja atau sesiapa saja yang dengar: Tolong jangan kisah, jangan peduli – hanya menjadi mulia, baik, dan meskipun anda mati, itu hanyalah menukar pakaian. Tetapi jika anda tidak mulia, tidak berhemat, tidak bermoral, maka anda harus bimbang kerana neraka akan menunggu untuk membersihkan anda. Itu mungkin mengambil masa selama banyak dekad atau malah milenium. Jadi pastikanlah bahawa anda layak mendapat Belas Kasihan dan Berkat Syurga. Itu saja yang harus kita bimbang. Jadi meskipun kita mati, itu hanyalah menukar pakaian. Anda akan baik-baik saja.

Roh takkan mati, hanya badan berubah, jadi jangan terlalu takut. (Okey, Guru.) Hanya jalani kehidupan anda seperti biasa hanya lebih banyak berdoa, bermeditasi dan membantu orang lain. Itu saja yang boleh anda buat untuk waktu ini dalam sejarah kita. (Faham, Guru.) Jangan terlalu risau. Semua ini boleh berubah. Kami sedang mengusahakannya. Syurga dan diri kecil saya buat apa yang kami boleh supaya peristiwa 2027-2031 ini tidak berlaku seperti yang sepatutnya berlaku. (Faham, Guru. Terima kasih, Guru.) Tetapi jika ia berlaku, maka ia berlaku. Roh kita takkan mati, terutamanya bagi orang terinisiasi, anda akan mendapat pembebasan, pergi ke Alam Tim Qo Tu dan anda akan gembira. (Terima kasih, Guru.)

Meskipun anda tak cukup tinggi utk pergi ke sana, anda boleh pergi ke Syurga yang lebih rendah, kemudian perlahan-lahan menaik ke atas, orang terinisiasi. Orang terinisiasi saya. Saya tak tahu akan orang terinisiasi lain. Saya hanya boleh berjanji bahawa orang terinisiasi saya sendiri boleh pergi ke Alam Tim Qo Tu, cepat atau lambat. (Terima kasih, Guru.)

Baiklah, sebarang komen atau soalan lain? Apa-apa saja? (Terima kasih, Guru, kerana berkongsi. Kami harap kejadian ngeri itu tidak akan berlaku, Kuasa Positif akan menang, Guru akan menang dan umat manusia akan terselamat. Kami berdiri bersama Guru utk menang.)

Tuhan rahmati kamu. Saya berterima kasih kepada kamu kerana rajin bekerja untuk tujuan mulia. (Terima kasih, Guru. Kami kasihi Guru.) Ini apa yang boleh kita buat untuk bantu makhluk lain, diri sendiri, saudara-mara, generasi-generasi kita – sesiapa saja yang boleh. Semoga Tuhan rahmati kita semua. Amin (Amin.) Hingga kali seterusnya, sayang. (Terima kasih, Guru. Kasihi Guru. Jagalah diri, Guru.)

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (5/5)
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android