Alam semula jadi telah hantar amaran kecemasan merah! Bencana yang kian meningkat berlaku di seluruh dunia! Kejadian ini berlaku pada September 2026: Indonesia: Setakat 2 September, kebakaran hutan telah bakar kira-kira 400 hektar di sekitar Nusantara, ibu kota baharu yang sedang dibina di Pulau Kalimantan. Kebakaran terbesar di taman hutan Bukit Suharto, kira-kira 50 kilometer dari pusat bandar, ialah kebanyakan daripada jumlah itu. Pihak berkuasa telah menjalankan operasi pengeboman air dan pembenihan awan. Kebakaran telah bakar 73,311 hektar di enam wilayah di Pulau Kalimantan dan Pulau Sumatera. (Channel News Asia) Gunung Berapi Anak Krakatau meletus pada 5 September, memuntahkan abu setinggi kira-kira 15 kilometer dari paras laut. Amaran kebangsaan kekal berada pada Tahap III, menunjukkan potensi letusan atau bahaya gunung berapi yang lain dengan zon larangan 3 kilometer di sekeliling kawah aktif. (Watchers) Jepun: Amaran kecemasan peringkat tertinggi untuk hujan lebat dan banjir telah dikeluarkan untuk beberapa bahagian wilayah Aichi dan Gifu termasuk bandar Nagoya pada 8 September selepas hujan yang pecahkan rekod membanjiri jalan raya dan bangunan. Agensi Meteorologi Jepun mencatatkan 104.5 milimeter hujan di Nagoya dalam masa satu jam sementara pihak berkuasa beri amaran tentang peningkatan risiko banjir di sungai dan menggesa penduduk di kawasan yang terpengaruh supaya berpindah ke lokasi seselamat mungkin. (Japan Times) Taufan Dujuan membawa hujan sebanyak 600 milimeter ke Ōshima, Kepulauan Izu dalam masa 24 jam pada 21 September, menyebabkan agensi itu mengeluarkan amaran tanah runtuh Tahap 5, amaran tahap tertingginya. Banjir dan tanah runtuh mempengaruhi Wilayah Chiba dan hampir 45,000 pelanggan tenaga elektrik terputus bekalan elektrik. (Watchers) India: Banjir mempengaruhi lebih 3.4 juta orang di 13 daerah di negeri Bihar menjelang 8 September dan sekurang-kurangnya 20 orang terkorban. Sungai Ganga melepasi rekod paras tertinggi di Gandhi Ghat, Pandarak dan Sultanganj. (Watchers) Ribut kencang melanda Itali pada 9 dan 10 September. Kerajaan wilayah Friuli Venezia Giulia melaporkan 203 milimeter hujan dalam 24 jam di Lignano Sabbiadoro, 135.4 daripadanya dlm tiga jam pertama. (Watchers) Sepanyol: Kebakaran hutan yang marak dekat Benahavís pada 13 September telah mencederakan tiga orang dan memaksa pemindahan pembangunan perumahan yg berdekatan. Pihak berkuasa Andalusia mengurung kira-kira 9,500 orang penduduk bandar itu di dalam rumah. (Telegraph) Hujan mencecah 300 milimeter di antara 11-13 September di 24 buah bandar, memuncak pada 452.1 milimeter di bandar Wanning [Pulau Hainan]. (VietnamPlus) Croatia: Kebakaran hutan memaksa hampir 700 orang berpindah melalui laut dari kawasan Milna di Pulau Brač semalaman pada 12–13 September. Bot pengawal pantai, penyelamat, pelancong dan persendirian menyertai operasi ini. (Daily Mail) Âu Lạc (Vietnam): Bandar Vinh mencatat 399 milimeter hujan dalam lapan jam pada 19 September, hujan September yang paling lebat di bandar itu sejak rekod bermula pada 1985, melebihi rekod harian 387.9 milimeter yang dicatat pada tahun itu. (VnExpress) Colombia melawan 18 kebakaran hutan aktif di tengah-tengah kemarau teruk dan suhu yang pecahkan rekod yang dikaitkan dengan El Niño. Pada 20 September, dekat bandar pelancongan bersejarah Villa de Leyva, kebakaran bakar sekurang-kurangnya 80 hektar hutan asli, menyebabkan pihak berkuasa mengerahkan pesawat, helikopter tentera dan anggota bomba tambahan. (Al Jazeera) DAN LAIN-LAIN…
Wahai Guru! Wahai Guru Semua Guru, Ibu bapa Semua Ibu bapa, Kasih Sayang Semua Kasih Sayang. TUANKU, TUANKU, kami tak dapat lakukannya tanpa Engkau. Tolonglah mereka menjadi bermakrifat, berdamai, saling berdamai dan berbelas kasihan – seperti melindungi orang-haiwan, melindungi alam sekitar, saling melindungi dengan Nama TUHAN – saling berdamai. Wahai TUANKU. Mereka telah diracun dan dikawal oleh maya dan kuasa negatif, satu demi satu. Mereka suka memiliki planet ini tetapi cara mereka melakukannya bukanlah cara yang betul. Mereka tiada roh, itu sebabnya, TUAN. Itu sebabnya. Engkau tahu akannya. Baiklah, aku perlu masuk ke dalam khemah dalam sekarang untuk meneruskan meditasi. Sekarang sangat sejuk, TUANKU, sama seperti semalam, kira-kira 10 darjah, lebih sikit, 10 lebih darjah Celsius dan aku rasa sejuk sikit di beranda sekarang. Syukur kepada Engkau kerana kasihi wanita musang itu. Syukur kpd Engkau kerana lindungi dia, sama ada dalam bentuk asalnya sekarang atau bentuk asal sebenar yang dapat dijelmakannya sekarang kadangkala. Dia sangat gembira. Dia bersyukur atas Rahmat-Mu, TUAN. Engkau tahu akan itu. Aku bersyukur kepada Engkau kerana mengasihi dan lindungi dia, TUANKU. Aku cintai Engkau. Kami begitu cintai Engkau. Orang-musang itu berkata dia sangat cintai Engkau. Sekarang dia tahu akan kesilapannya. Tolong berikan lebih banyak Berkat kepada dia, TUANKU. Adalah berbahaya bagi dia jika dia menjadi manusia dan tak tahu bagaimana melindungi diri tetapi dia tak nak menjadi orang-musang lagi. Sebab itulah dia datang cari aku dan dengan Rahmat dan Kuasa-Mu, aku dapat bantu dia. Kami berdua bersyukur kepada Engkau. Selamat malam, TUANKU. Aku terlupa, Engkau tak pernah tidur. Cuma tabiat. Aku pergi berehat dan bermeditasi. Cintai Engkau, TUANKU. Semoga Engkau diberkati, TUANKU. O ya! Kami terlupa. Aku terlupa ucapkan syukur kpd Engkau atas cahaya di hujung terowong. Itu juga disebabkan oleh rundingan damai Presiden Trump. Sekarang Rusia akan bawa minyak ke dalam Amerika Syarikat dan mengagihkannya ke seluruh dunia supaya komunikasi, pengangkutan, barang keperluan akan diisi semula dan menjadi banyak semula – tahulah, minyak. Disebabkan oleh peperangan dengan Iran, mereka membunuh orang di Selat Hormuz. Oh! Aku tak tahu banyak tentang kawasan itu, TUAN, tetapi di mana-mana pun, di mana-mana ada peperangan, tidak baik. Sekarang kelihatan macam kita ada lebih banyak keamanan. Sekurang-kurangnya orang ada minyak supaya mereka boleh meneruskan pengangkutan dan perjalanan, bawa makanan dan barang keperluan dari negara ke negara dan membuat kehidupan menjadi lebih normal sikit semula. Itu hal besar, TUAN. Itu sangat besar. Jika tidak, orang di banyak tempat yang berlainan akan kelaparan kerana kebanyakan orang berpendapatan sederhana atau miskin. Mereka tidak mampu beli barang jika semua harga melambung naik macam itu disebabkan oleh kekurangan bahan api. Kerana jika tiada bahan api, maka tiada barang yang boleh dibawa ke negara-negara yang berlainan untuk memenuhi keperluan orang. Jadi kami memang bersyukur kepada Engkau atas itu. Aku bersyukur kepada Engkau, TUAN. Aku tak tahu bagaimana nak bersyukur kepada Engkau lagi. Kami tak dapat bersyukur kepada Engkau dengan secukupnya. Tetapi mengetahui bahawa kami syukur kpd Engkau dgn ikhlas, TUAN… Aku pasti orang sangat gembira dan bersyukur sekarang. Banyak orang akan berlutut di atas lantai, berlutut untuk ucapkan syukur kepada Engkau. Aku tahu aku ikhlas. Jadi jika aku ikhlas, mengapa semua orang yang lain takkan ikhlas, TUAN? Kami semua bersyukur kepada Engkau. Kami cintai Engkau. Syukur kpd Engkau kerana kasihi kami. Syukur kepada Engkau kerana ampuni semua orang, sebanyak yang dapat mereka sedari. Kami bersyukur kepada Engkau kerana kasihi kami. Syukur kpd Engkau atas pengampunan. Aku tidak kisah apa pun kesusahan yang perlu aku alami asalkan semua orang gembira, mengenali Engkau, mengingati Engkau dan mencintai Engkau. Itu perkara terbaik bagi mereka. Malangnya, tak banyak orang ketahuinya, jadi tolong berikan lebih banyak masa sikit kepada mereka, TUANKU. Menaikkan mereka, TUANKU. Mana boleh mereka ada apa-apa kuasa untuk menaikkan diri ke atas? Mereka semua dah sangat rendah hingga ke dasar. Mereka tak dapat berfikir dengan jelas pun. Mereka tak dapat berfikir dgn logik pun, tak dapat memahami logik yang minimum pun. Seperti jika kita cederakan makhluk lain, kita sendiri akan dicederakan. Jika kita buat makhluk lain menderita, kita sendiri akan menderita. Mereka tidak memahami itu pun, TUAN. Itu begitu asas dan begitu mudah. Nampak tak? Jadi mereka dah jatuh sakit. Mereka ialah pesakit, TUAN. Mereka bukanlah pendosa. Pesakit perlukan ubat, TUANKU, bukan hukuman. Jadi tolonglah kami menghalau entiti negatif supaya orang dapat bebas berfikir di luar cengkaman mereka, di luar kawalan mereka, di luar sistem mereka yang beracun dan kejam. Itu apa yang perlu kita lakukan, TUANKU. Aku tahu Engkau tahu akan semua itu. Aku berkata hanya untuk menenangkan diri dan biar Engkau tahu bahawa kami sedar akan situasinya. Itu sangat menyusahkan dan menggerunkan bagi orang. Tetapi keadaan dah jadi lebih baik disebabkan Rahmat-Mu. Jadi aku hanya nak beritahu Engkau bhw sesetengah manusia memang fahami itu. Mereka bersyukur kepada Engkau. Bukanlah Engkau yang menghukum kami. Itu manusia yang jahil. Mereka saling memudaratkan, memudaratkan semua makhluk dan alam sekitar, ini, itu dan lain-lain. Tiada penghujungnya. Tetapi kelihatan macam keadaan telah menjadi lebih baik. Jadi kami bersyukur kepada Engkau, bersyukur kepada Engkau, bersyukur kpd Engkau atas Rahmat-Mu, Kasih sayang-Mu, Kuasa-Mu, Kebijaksanaan-Mu yang bantu manusia dan semua makhluk nampak Cahaya. Syukur kepada Engkau, TUAN. Semoga Engkau sejahtera, TUANKU. Semoga Engkau rasai sedikit kasih sayang daripada manusia walaupun kasih sayang mereka sangat sedikit. Mereka adanya. Mereka cuma terlupa, TUANKU. Mereka cuma telah dibius, diracun. Mereka macam orang mabuk. Mereka tak nampak banyak. Mereka tak faham banyak. Kami bersyukur kepada Engkau kerana mengampuni, melindungi dan mengasihi kami. Syukur kepada Engkau, TUANKU. Semoga Engkau sejahtera. Semoga Engkau sentiasa sejahtera. Photo Caption: “Bersandar pada GERGASI!”Langkah-langkah Menuju Keamanan dgn Rahmat TUHAN, Bahagian 2 drpd 3
2026-11-12
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Syukur kepada Engkau, TUAN, atas harapan ini. Keadaan telah jadi lebih baik dan keamanan telah menjadi lebih dekat. Ketua Perang, mereka panggil dia Raja Perang, juga cuba bersungguh-sungguh untuk bantu menyelesaikan sebarang jenis peperangan di seluruh planet – Timur Tengah dan Yaman, contohnya, Ukraine (Ureign) dan Rusia, Iran dan Amerika serta Israel dan Gaza. Keadaan akan menjadi lebih baik, kan, TUAN? Perlu begitu, TUAN, kerana banyak sungai telah menjadi kering. Banyak tasik dah tiada air. Banyak sumber air telah dicemari. TUANKU, orang perlu berhenti berperang dan melihat situasi di dunia bahawa mungkin mereka tak dapat terus hidup lama. Jadi mereka perlu berdamai sekarang untuk bawa lebih banyak tenaga kasih sayang ke dalam dunia ini. Jika tidak, hanya akan ada kemusnahan.











