Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Halo, semua orang tersayang. Adalah baik cakap dgn anda sekali lagi dan tahu bahawa anda ada di sana, bahawa kita boleh menjadi kawan. Sesetengahnya sudah pun kawan. Halo, kawan. Kawan masa depan – halo, kawan masa depan. Ada beberapa berita baik yang ingin saya kongsi dengan anda terutama anak murid Tuhan saya sendiri, kawan taat dan pembantu hebat untuk Supreme Master Television supaya anda boleh nikmatinya, seluruh dunia boleh nikmatinya. Sekarang, tanya saya apa berita baik itu. Saya ada berita baik dan berita buruk. Jadi berita baik dulu. Berita baik sentiasa buat kita gembira.Berita baiknya adalah lima hari yg lalu, kita ada satu lagi kemenangan ke atas satu lagi alam yang tidak menyenangkan. Ia dipanggil ‘alam ganggu keamanan’, bermakna alam yang mengkhusus dalam mengganggu orang lain dan alam lain. Alam itu hampir seperti alam lawan yang baru kita lenyapkan. Alam ini tiada roh juga. Entiti di sini tiada roh. Mereka ada 958,922 entiti termasuk pemimpin dan makhluk bawahan. Mereka tiada roh. Lebih senang untuk hapuskan jenis alam ini kerana ia dalam bentuk seperti astral, bermakna mereka tiada badan fizikal yg boleh disentuh seperti apa yg kita ada di dunia fizikal ini. Begitu pun, saya kata senang, bermakna apa? Bermakna lebih senang daripada sinitetapi tak bermakna begitu senang sepenuhnya. Saya harap begitu senang. Begitu pun, dengan Rahmat Tuhan, Kehendak Tuhan dan banyak pembantu seperti Baginda Raja Karma, bermakna raja yang uruskan karma semua makhluk, dan Baginda Raja Keselamatan. Kita ada begitu banyak raja di alam semesta. Saya tak cukup masa untuk menulis semuanya untuk anda. Lagipun, saya tak rasa perlu sangat. Kebanyakan daripada raja ini baik hati. Mereka sangat hormati dan sayangi saya kerana saya merupakan Raja Semua Raja Semua Raja Semua Raja, juga kerana saya merupakan Raja Roda Dharma Putar, jadi saya juga berkuasa untuk menghapuskan sesetengah alam apabila ia membuat kacau dan ganggu dunia lain di sekelilingnya terutama apabila ia ganggu dunia ini kerana dunia ini ada pertahanan yang kurang, lebih tidak berdaya walaupun orang, makhluk di dunia ini ada begitu banyak kuasa, begitu banyak kuasa,sebanyak multigazilion, multigazilionwan, tetapi mereka tak tahu bahawa mereka adanya kerana sama ada mereka terlalu muda, seperti bayi atau kanak-kanak yang tak boleh ada sebarang kuasa ke atas harta benda yang sangat banyak, kekayaan wang yang sangat besar, atau mereka tidak dibuat untuk menyedarinya, atau mereka sengaja dibuat untuk tidak menyedarinya, seperti manusia kita di dunia ini, jaring maya ditebarkan ke atas mereka, jadi mereka tak berapa ingat mereka datang dari mana sebenarnya dan mereka ialah apa sebenarnya sebagai makhluk agung, anak Tuhan.Usah risau tentang itu. Sesetengah daripada mereka nak tunggu selama bereon-eon baru menyedari itu. Tidak kira berapa banyak kita beritahu mereka, mereka takkan faham dan takkan mahu menerimanya. Sukar bagi mereka. Jadi kita perlu biarkannya saja. Masih ingat ada sebuah filem yg berjudul ‘Kota Astral: Perjalanan Spiritual’ di mana seorang doktor meninggal dunia, kemudian pergi ke alam lain yang penuh dengan makhluk yg sangat tidak mesra, jahat dan suka berlawan di alam gelap Astral.Peringkat Astral ada lebih 120 domain yang berlainan, tergolong dalam kesedaran Peringkat Astral. Sesetengahnya sangat buruk, spt neraka, sesetengahnya ialah syurga rendah, sesetengahnya lebih tinggi, sesetengahnya berkuasa ajaib, penuh dengan kebolehan ajaib, sesetengahnya seperti bidadari dan sesetengahnya baik hati. Alam Astral berada di sebelah dunia kita, jadi kadangkala makhluk Astral boleh datang dan pergi ke planet kita dan membuat kacau atau berbuat baik, bergantunglah. Oh! Saat, bateri saya dah lemah. Saya akan kembali sekejap lagi.Kita telah mengatasi banyak halangan dan menangi banyak pertempuran tetapi dunia ini ialah tempat yang rumit dan kita tak dapat sentiasa menang atau belum dapat menang dgn secukupnya. Tetapi akan tibanya hari kita ada lebih banyak kuasa untuk mengatasi segala halangan dan ilusi maya ini.Masih ingat lama dahulu, saya beritahu anda bahawa alam syaitan ghairah, bersama raja mereka, tinggalkan medan pertempuran, bermakna mereka tak berlawan dengan manusia lagi atau makhluk lain di planet ini. Mereka bersara dan pergi ke pergunungan Afrika. Masih ingat? Itu satu alam. Banyak bulan selepas itu, satu lagi alam juga meninggalkan medan pertempuran ini. Mereka pergi ke alam yang melangkaui kesedaran Peringkat Ketiga, bermakna jadi bebas selama-lamanya. Mereka pergi ke sana. Alam-alam lain, saya… tak apa, sesetengahnya lebih kecil dan sesetengahnya lebih besar. Itu perlukan usaha dan masa.Apa yang mengejutkan, alam yang paling berkuasa dan paling sukar dihadapi ialah dunia manusia, dunia kita, dunia anda, penuh dengan manusia. Kemudian manusia kadangkala juga buat kesilapan dan semakin merosot kepada sifat yang mereka terlalu banyak berpaut atau terjebak, seperti di alam rendah, alam orang-haiwan, kemudian menjadi orang-haiwan, kemudian berulang-alik secara berterusan dan sebagainya. Jadi sukar untuk menaikkan mereka semua sekali gus, semuanya sekali gus, sukar macam itu. Tetapi kita capainya. Kita menang walaupun itu pertempuran yang sangat menggerunkan dan meletihkan.Entiti alam gangu keamanan adalah lebih kuat daripada alam suka berlawan. Alam suka berlawan, umumnya mereka juga berlawan sesama sendiri. Mereka ada hutang piutang karma atau sesuatu, dan itu mentaliti mereka, sifat mereka, bentukan mereka. Getaran mereka ialah getaran makhluk suka berlawan. Jadi mereka sentiasa saling berlawan, kemudian juga berlawan dengan sesiapa saja yang berdekatan seperti dunia kita, berdekatan.Dunia kita sangat dekat dengan alam Astral. Oleh itu, banyak sifat alam suka berlawan Astral atau alam neraka juga banyak mempengaruhi planet kita, mempengaruhi keadaan mental, fizikal, psikologi dan emosi manusia dan makhluk lain di dunia ini. Sekarang semakin kurang makhluk yang menyusahkan dan alam yg menyusahkan yg pengaruhi dan kadangkala membuli planet kita, kadangkala beri pengaruh yang buruk, kadangkala menyihir orang, orang-haiwan, malah pokok dan batu di dunia kita.Kadangkala pokok tidak mahu tetapi orang berlalu, dahannya patah dan jatuh pada orang itu, mencederakan atau membunuh dia. Sesetengah orang-haiwan kadangkala tak nak berlawan dengan manusia, mereka sangat hormati manusia tetapi entiti jahat masuki jiwa atau diri mereka dan buat mereka melakukan perkara yang memudaratkan manusia, bertentangan dengan kehendak mereka. Kerana sesetengah orang-haiwan tiada begitu banyak keazaman. Walaupun orang panggil manusia sebagai ‘ciptaan tertinggi’, yg paling berkuasa drpd semua makhluk, mereka tetap lemah, jadi kadangkala mereka mengalah kepada makhluk jahat yang lain. Kemudian kita panggil manusia ini sebagai kena rasuk atau kena sihir, atau mereka kalah kepada syaitan atau mungkin mereka menjual diri kepada syaitan.Photo Caption: Musim Bunga Roh Sentiasa ialah Musim Terbaik!