Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Cara Berhubung dgn Tuhan dlm Masa Kurang drpd Seminit, Bahagian 1 drpd 6

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Syukur kepada Yang Maha Berkuasa. Salam sejahtera kepada semua anak tersayang Tuhan – manusia, orang-haiwan, pokok, tumbuhan, batu, gunung, sungai – semua makhluk di planet megah yang kita masih ada dan berpaut padanya ini. Selamat sejahtera kepada anda pada Tahun Baharu Qamari ini. Semoga semua impian mulia anda menjadi kenyataan. Semoga hidup anda seselesa yang diperlukan. Kadangkala kita tak dapat ada segalanya yang kita mahukan tetapi kita akan ada apa yang kita perlukan. Itu dah cukup. Musim bunga sentiasa datang, sama seperti musim-musim lain. Kita menyediakan diri dan menjaga diri dengan sewajarnya.

Tapi walaupun musim bunga masih datang tahun ini, menurut segala laporan ini tentang cuaca luar biasa dan tak pernah berlaku dahulu di seluruh planet kita, kita tak dapat sentiasa banyak bersedia. Tapi kita sentiasa boleh ingat supaya berdoa kepada Tuhan, memuji Tuhan dan bersedia dalam Kasih Sayang-Nya untuk apa-apa saja yg mungkin berlaku di domain fizikal ini. Apa-apa pun yang berlaku, ingatlah akan Tuhan, ingat akan semua Guru yang telah berkati planet kita dan menawari kita begitu banyak, begitu banyak Berkat, Rahmat, Kasih Sayang dan Perlindungan. Mereka sentiasa di sekeliling kita, malah mereka yg banyak daripada kita tak nampak. Tuhan sentiasa di sekeliling walaupun mata fizikal tak dapat buktikannya. Adalah penting kita ingat akan Tuhan. Maka Tuhan akan, melalui Guru-guru, membawa kita pulang ke Kerajaan yang telah kita putus hubungan melalui kelupaan kita tentang Asal kita sendiri,

juga melalui gangguan tenaga negatif di sekeliling planet ini dan kekeliruan yang disebabkan oleh banyak kononnya guru spiritual yang jahil kerana mereka asyik mengatakan perkara tetapi tidak memahami maksudnya. Mereka mengatakan perkara yang mereka ulang daripada buku atau orang lain tetapi mereka sendiri tidak menyedari bahagian penting itu, iaitu makrifat, kesedaran tentang Tuhan di dalam diri kita.

Kerajaan Tuhan berada di dalam. Jadi jika kita tidak sedarinya di dalam, maka kita tak dapat sedarinya di luar. Itu paradoksnya. Kita sentiasa bergantung kepada segala benda luaran yang bersifat fana untuk menilai apa itu Tuhan, apa itu Syurga atau apa itu diri kita tetapi itu tidak benar.

Kebenaran tidak didedahkan kepada orang ramai tetapi kepada sebilangan kecil orang, malangnya. Sebilangan kecil orang ini berusaha gigih. Mereka ingin sekali pulang ke Rumah, ingin sekali mengenali Tuhan. Sebab itulah Tuhan dedahkan kepada mereka Kebenaran di dalam diri mereka, Kerajaan di dalam diri mereka. Begitu senang untuk menyedari Kerajaan kita sendiri di dalam diri kita tetapi malangnya agak banyak manusia dan makhluk lain juga tidak menyedari itu. Itu sesuatu yang menyedihkan. Kebanyakan makhluk di planet ini atau mungkin banyak planet yang lain ada roh di dalam diri mereka. Roh mengandungi segalanya yang anda perlukan: kebijaksanaan, kekuatan, kesedaran bahawa kita agung, bahawa kita sebahagian daripada Tuhan, bahawa kita makhluk yang dihargai dan Tuhan begitu kasihi kita. Tetapi masalahnya, begitu senang bagi kita terlepas perhatian.

Bercakap tentang itu, saya berfikir betapa menakjubkan, betapa mudah, betapa senangnya untuk mengenali Tuhan, mengetahui jalan pulang ke Rumah dengan hanya amalkan Kaedah Quan Yin. Kaedah Quan Yin tidak perlukan anda mengetahui banyak tentang apa-apa, tentang pengetahuan duniawi, tentang pengetahuan spiritual, tentang segala khutbah atau ajaran dari masa dahulu pun, atau khutbah dan arahan Guru masa sekarang dan masa depan pun. Kita hanya perlu cari seorang Guru bermakrifat agung, atau Kawan, anda boleh panggil Mereka, dan ditransmisi daripada roh kepada roh cara mengenali diri sendiri ini, cara mengetahui bagaimana pulang ke Rumah ini, dengan bimbingan Guru itu, dah tentu. Itu saja yang anda perlukan.

Apa yang anda perlukan ialah seorang Guru bermakrifat sepenuh yang agung. Apa-apa yang Dia beritahu anda semuanya benar dan dengan bahasa yang sangat mudah. Anda tak perlu miliki kecerdasan yang begitu tinggi atau jenis keupayaan ingatan yang baik untuk mempelajarinya. Ia begitu mudah. Seluruh proses hanya mungkin beberapa minit saja. Itu saja yang perlu anda tahu. Dalam masa arahan selama beberapa minit ini, Guru akan mentransmisikan seluruh Kebijaksanaan Alam Semesta kpd anda. Kebijaksanaan itu juga terdiri daripada perlindungan, kesejahteraan, kegembiraan, kebahagiaan dan Kehadiran Tuhan dlm kehidupan anda.

Sangat mudah. Apa yang perlu anda tahu terkandung dalam masa beberapa minit, tidak lebih daripada itu, malah kurang daripada itu. Kurang daripada satu minit untuk segalanya yang perlu anda tahu, kemudian anda dalam perjalanan dengan bimbingan dan penemanan Guru bermakrifat agung yang mengetahui dunia ini dan banyak alam di luar dunia ini serta mengetahui Rumah di mana, Tuhan di mana kerana Guru itu, Guru bermakrifat sepenuh, sudah mengenali Tuhan, sudah bersatu dengan Tuhan. Jadi segalanya yang perlu anda tahu, segala pengetahuan tentang seluruh Alam Semesta mengambil masa satu minit saja, malah kurang daripada satu minit. Tetapi arahan untuk beritahu anda cara mendapat satu minit itu mungkin ambil masa setengah jam, satu jam untuk memeriksa sama ada anda lakukannya dengan betul, sama ada anda faham. Kemudian anda dalam perjalanan.

Ya Tuhan, boleh berapa lebih mudah lagi berbanding dengan sistem yoga dan meditasi rumit yang anda dengar, lihat, pelajari atau dapat iklan di mana-mana saja hari ini di internet. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah habiskan masa mungkin setengah jam untuk mengetahui nak bermula di mana. Itu saja. Kemudian cara untuk mendapat pengetahuan padat dalam masa kurang daripada satu minit ini, maka anda dalam perjalanan dengan Guru sentiasa bersama anda, membimbing anda, membantu anda, melindungi anda. Anda akan sampai ke Rumah jika anda mematuhi arahan Guru, malah kurang daripada satu minit untuk anda memahami dan mengerti perkara pentingnya. Kurang daripada satu minit untuk anda mengetahui cara menyedari diri sendiri, cara menyedari Tuhan dan cara pulang ke Rumah dengan selamat.

Lima Rukun yang saya berikan kepada anda untuk dipatuhi pun hanyalah untuk dunia ini saja. Setelah anda berada di dalam, setelah anda ada kebijaksanaan, anda tak perlukan itu pun kerana alam di dalam ialah alam sebenar di mana tiada peraturan, tiada kerunsingan, tiada sebarang jenis kewajipan kerana anda akan berada di Rumah. Anda dlm perjalanan pulang ke Rumah. Sebelum anda pulang ke Rumah pun, anda dlm perjalanan pulang ke Rumah. Anda sudah dilindungi, dikasihi, gembira, bermakrifat sampai tahap tertentu, dah tentu, sehingga anda mendapat makrifat sepenuh.

Begitu mudah sehingga saya berfikir, “Ya Tuhan, sekurang-kurangnya manusia terlepas begitu banyak.” Itu hanya cara mahir kurang daripada satu minit, kurang daripada satu minit untuk memperoleh seluruh Kasih Sayang Alam Semesta, Kebijaksanaan Alam Semesta – malah segalanya yang lain yang ingin anda tahu atau miliki. Itu malah akan bantu anda dalam hayat ini supaya anda mendapat apa-apa saja yang anda perlukan. Perlu, bukan cari. ‘Perlu’ bermakna kita ada secukupnya utk menampung rumah ibadat fizikal ini supaya kita boleh gunakannya bagi meneruskan perjalanan spiritual untuk pulang ke Rumah. Begitu mudah sehingga banyak orang takkan mempercayainya. Tetapi telah terbukti bahawa ia berkesan, berjaya bagi berbilion-bilion orang yang cukup bertuah ditransmisi Kebijaksanaan Alam Semesta ini dan gunakannya setiap hari untuk manfaat spiritual dan fizikal. Apabila anda jalankan amalan spiritual, Tuhan juga menjaga keperluan anda dari segi fizikal, jadi anda ada segalanya yang anda perlukan, memang.

Photo Caption: Masa Tidak Menunggu Sesiapa Pun!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (1/6)
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android