Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Di dunia fizikal, mungkin anda lihat seorang Guru menderitai ini, menderitai itu, jatuh sakit, diejek, dihina, disumpah, tersalah tuduh, segala-galanya. Tetapi itu taklah teruk sangat, semua ini, tidak teruk sangat berbanding dengan apa yg perlu dideritai oleh Guru di alam tak nampak juga, pada masa yang sama atau masa yang berlainan. Baiklah. Banyak orang kata mereka nak menjadi Guru, jadi saya beritahu anda ini sikit kalau-kalau anda ingin berfikir dua kali. Sesetengah kononnya anak murid saya baru masuk, dengar segala teori, kata-kata, arahan dan mendapat sedikit berkat atau tidak pun kerana perhatian mereka begitu banyak dialihkan dan begitu bercita-cita rakus, kemudian keluar tak lama selepas itu dan umumkan bahawa mereka ialah puan guru spiritual ini, encik guru spiritual itu, dan gunakan gelaran ini, sedikit pengetahuan ini untuk mendapat untung dan kemasyhuran atau menyalahgunakan wang dan emosi orang serta melakukan pencabulan fizikal, seksual yang jahat, malah terhadap remaja yang masih muda! Itu dosa terbesar yang boleh anda lakukan dan anda akan lihatnya di neraka. Hanya kerana anda diinisiasi oleh mana-mana Guru atau saya, anda tak boleh buat apa-apa saja yang bertentangan dengan Hukum Alam Semesta atau hanya hukum domain fizikal ini pun. Kerana INISIASI BUKANLAH ARAHAN LISAN, ITU KUASA UNTUK TUNJUKKAN, MEMBIMBING ROH KE DALAM CAHAYA TUHAN, MENGHILANGKAN KEGELAPAN pada waktu inisiasi senyap UNTUK SELAMATKAN MANUSIA DARI NERAKA, UNTUK BEBASKAN BANYAK SAUDARA-MARA PENGAMAL, BANYAK GENERASI MEREKA DARI NERAKA, BAWA MEREKA KE SYURGA DI ATAS, MENJAGA KEHIDUPAN FIZIKAL MEREKA SEMENTARA MEREKA JUGA BOLEH MELAWAT SYURGA PADA MASA YANG SAMA dll... Jadi disebabkan ketamakan, anda meniru hanya sebelah luar GURU SEBENAR tetapi tiada Kuasa Syurga TUHAN di dalam. Kemudian syaitan pergunakan identiti palsu anda, ketamakan anda terhadap kemasyhuran dan untung untuk menyesatkan anda, memudaratkan anda sendiri dan orang yang lemah. Kedua-duanya akan jadi hamba syaitan dan memudaratkan lebih banyak orang!!! Hukuman neraka yang terbesar menanti anda di neraka selama-lamanya!!! Raja Karma rekodkan semuanya dan anda akan ada 10,000 kali atau sejuta kali atau masa selama-lamanya bagi melangsaikan apa yang anda lakukan terhadap pengikut yang lemah, tidak berdosa. Saya telah beritahu anda sebelumnya, mungkin kurang terperinci, kurang tegas tetapi anda harus tahu bahawa karma tidak memaafkan sesiapa pun. Guru Baba Sawan Singh Ji Maharaj beritahu umat-Nya bahawa ada banyak saudara seamalan yang pergi ke neraka dan berada di neraka. Saya bukan satu-satunya orang yang katakan perkara sebegini untuk menakutkan anda atau apa-apa. Apa kebaikannya? Apa gunanya saya menakutkan anda? Apa yang saya dapat? Hanya buat anda lagi membenci saya jika anda sudah pun begitu. Tolong jangan membenci saya. Anda tdk mendapat apa-apa daripadanya. Saya tdk kehilangan apa-apa daripadanya. Mungkin reputasi saya tercemar sikit di sana sini tetapi itu tak bererti bagi saya. Saya tak peduli. Sekrg saya tinggal sendirian di hutan ini bersama pokok purba. Mereka takkan memudaratkan saya dan banyak pokok di sini berada di Peringkat Kelima. Anda pula, di mana anda sekarang? Sebagai manusia yang ada keupayaan, ada kecerdasan, ada kebolehan untuk mencipta pencakar langit, rumah, peralatan yang hebat untuk pergi ke Bulan, Marikh, Zuhrah atau mana-mana saja yang anda nak pergi. Anda dapat lihat fenomena malah sejauh lebih 1 juta tahun cahaya dari Bumi. Tapi di manakah anda dari segi rohani? Tanyalah diri sendiri dan lihat apa yang anda buat. Walaupun anda menang atau kalah dalam peperangan, anda tidak mendapat apa-apa pun. Hanya lebih banyak wang, lebih banyak rumah, lebih banyak kereta, lebih banyak pengawal peribadi dan lebih banyak ketakutan terhadap kehilangan nyawa akibat pembunuhan? Dan berapa lama anda akan kekal adanya? Berapa lama? Sama seperti En. Putin, begitu baik terhadap negaranya, terhadap orang-haiwan dan sebagainya. Orang yang kelihatan macam begitu penyayang tetapi pergi mencerobohi negara lain, buat segala jenis perkara yang tidak munasabah dan membunuh. Itu akan datangkan karma neraka yang sangat buruk kepada dia. Maklumlah, sesiapa pun anda dalam peranan En. Putin sekarang, jika anda berhenti, bertaubat dan BERDAMAI dalam masa dua belas hari dari sekarang, saya janji untuk menyelamatkan anda, menyelamatkan roh anda. Saya beritahu ini dgn kesaksian Tuhan, dengan nama Nabi Isa, dengan kesaksian semua Santo dan Orang Suci, dan semua orang di dunia saksikannya. Jadi ini janji sebenar. Bukan sahaja En. Putin tetapi juga mana-mana daripada anda yg berperang tanpa sebab yang baik baru-baru ini, saya akan gunakan kuasa saya dgn RAHMAT TUHAN utk ampuni anda dan menyelamatkan roh anda dari neraka paling menakutkan yang menanti yang tiada sesiapa dapat bayangkan. Saya tahu saya risikokan keselamatan diri untuk beritahu anda kebenaran ini tetapi demi semua mangsa perang, saya katakannya. Begitu banyak penghasut perang dah tiada – sesetengahnya pergi ke neraka, sesetengahnya keluar drpd arena politik. Tolong pertimbangkan untuk melindungi diri dgn menuju ke arah PERDAMAIAN sebelum terlambat! Meskipun anda bukan peranan pemimpin depan dalam peperangan, namun anda galakkan pemimpin supaya berperang, mereka-reka cerita untuk negara berperang atau memprovokasi peperangan, bercakap besar tentang senjata utk dijual bagi mewujudkan situasi yang galakkan peperangan, menindas, membunuh/ memenjarakan rakyat sendiri dengan kejam tanpa sebab yang wajar, membawa kepada peperangan dari dalam atau dari luar, anda berada dalam kategori yang sama dengan pembuat perang dan akan mendapat balasan seksaan di neraka!!! Menindas, membuli, menyeksa warga negara sendiri atau negara lain dengan kejam juga dikira sebagai lancarkan peperangan, memprovokasi peperangan, mewujudkan sebab untuk peperangan sementara negara lain tak dapat tak pedulikan penderitaan mereka dan meminta bantuan, memungkinkan konflik, itu datangkan neraka juga, dah tentu. Anda tak dapat bayangkan apa penderitaan itu. Tiada sesiapa yang dapat. Sebab itulah manusia terus berbuat dosa tanpa mengetahui akibatnya!! Jadi anda semua pemimpin, fikirlah baik-baik sebelum pergi melancarkan satu lagi peperangan, memudaratkan orang yang tidak berdosa, wanita, kanak-kanak, orang tua. Mudarat paling teruk yang anda lakukan adalah terhadap diri sendiri. Hentikannya. Bertaubat sekarang juga. Berdamai SEKARANG JUGA. Gunakan semua wang yang dibazirkan pada peperangan dan senjata untuk bantu orang senegara anda, bantu warga negara lain di dunia. Itu akan mendatangkan Syurga kepada anda selama-lamanya, kerana anda pasti telah membuat perkara baik pada masa lalu baru boleh dimuliakan dalam hayat ini sebagai pemimpin orang, bayangkan berapa jauh lebih megahnya anda akan jadi di sini dan selepas itu di Syurga jika anda buat perkara baik untuk anak-anak Tuhan. Apa yang saya beritahu anda semuanya benar. Saya bukan ahli politik. Saya tak peduli. Saya tak suka sebarang hal politik. Cuma demi manusia, atas penderitaan mereka yang menyebabkan saya sakit hati, saya beritahu anda semua ini, atau jika saya katakan apa-apa lebih banyak sebelumnya atau selepas ini tentang penderitaan peperangan dan minta anda berhenti, ini kerana hati saya terasa sakit dengan semua orang yang alami kesakitan berkaitan peperangan yang anda lancarkan. Dan risikokan nyawa saya, keselamatan diri dengan melakukan itu, dengan mengatakan perkara itu. Anda malah akan dibuat menjadi Raja Syurga jika anda buat perkara yang baik untuk anak-anak Tuhan kerana anda sudah ditempatkan di kedudukan tertinggi di dunia. Tiada sesiapa di dunia lebih tinggi daripada anda. Anda presiden, perdana menteri negara ini dan itu, negara berkuasa, ada segalanya untuk rakyat anda. Mereka sayangi anda. Mereka memuja anda. Mereka sokong anda dgn mengundi anda atau dalam keputusan baik yang anda buat. Mereka mengundi anda. Mereka menyokong anda. Mereka beri galakan kepada anda. Mereka melindungi anda. Jadi bayangkan jika anda buat lebih banyak perbuatan baik yg berpahala, beri manfaat kepada orang lain. Ia akan beri manfaat kepada anda sepuluh ribu kali ganda. Sama ada anda nampaknya atau tidak, semua kata-kata saya adalah benar. Tuhan ialah saksi saya bahawa saya bercakap benar kepada anda. Jadi tolong fikirkan itu. Berdoalah kepada Tuhan agar bantu anda menjadi lebih sedar, buat perkara yang betul dan mendapat lebih banyak pahala supaya anda bukan sahaja boleh menjadi raja negara ini, negara itu malah raja dunia ini atau Syurga dan Bumi. Anda akan diamanahkan dengan lebih banyak kuasa dalam jawatan yang jauh lebih berkuasa, bukan hanya presiden negara ini atau perdana menteri negara itu. Tetapi jika anda terus menyebabkan kedukaan atau kesusahan kepada orang lain, meskipun itu karma mereka, anda akan mendapat terlalu banyak penderitaan di neraka. Itu boleh selama-lamanya, maka tiada sesiapa yang dapat bantu anda. Tiada sesiapa yang dapat dengar rayuan atau tangisan anda. Anda tak dapat ada masa yang mencukupi untuk menangis pun. Neraka bukanlah tempat yang boleh anda beri rasuah. Anda tak dapat lepaskan diri. Berilah perhatian kepada kata-kata saya, semua pemimpin yang dikasihi, dihormati, berkuasa dan kuat di planet ini. Ada undang-undang lain selain undang-undang negara anda. Ada pengadilan lain di atas pengadilan negara anda. Ada hukuman yang lebih teruk daripada yang boleh anda buat di penjara untuk menyeksa penentang di negara anda. Baiklah, saya ada terlalu banyak kerja yang menanti, jadi kita hentikannya sekarang. Saya harap sesetengah daripada anda, anda semua akan dengar kata-kata saya yang ikhlas, benar, anda boleh kata nasihat, untuk menyelamatkan diri, saudara-mara, orang tersayang anda dan dunia pada umumnya. Terima kasih. Sekarang kita akan bercakap tentang Raja Mara. Selepas itu, saya tanya Raja Mara sama ada terdapat cara manusia dapat elakkan neraka, elakkan akibat buruk yang tak begitu sukar untuk dilakukan atau tidak. Jadi dia beritahu saya, ya, dia ada pengetahuan tentang itu dan beberapa hukum, beberapa peraturan Alam Semesta dan di dunia fizikal yang diketahuinya. Jadi saya minta dia, “Tolong beritahu kami.” Jadi dia ada sepuluh peraturan untuk dikongsi dengan anda supaya anda tahu memilih agar ada kehidupan yang lebih baik dan tidak perlu menderita lagi seperti lahir semula di dunia ini lagi, dalam kehidupan yang menyeksakan atau pergi ke neraka untuk lebih banyak menderita selama-lamanya. Nombor satu. Saya katakan betul-betul apa yang dikatakannya meskipun kata-kata itu ganjil bagi anda. Contohnya, kita akan kata, “Jangan membunuh,” atau “Hindarkan diri daripada membunuh,” tetapi dia kata, “Jangan suka bunuh makhluk yang tidak berdosa.” Saya catatkannya dengan singkat sekali, jadi jika saya katakan sesuatu hanya untuk anda faham tanpa terlalu banyak mempertimbangkan tatabahasa, maka maafkanlah saya. Nombor dua, “Jangan suka membunuh makhluk hidup.” Itu termasuk orang-haiwan. Anda tahu, kan? Nombor tiga: “Sayangi semua makhluk lain yang hidup di planet anda.” Dia tak kata sayangi manusia saja. “Sayangi semua makhluk hidup yg lain.” Nombor empat:“Jangan suka berbohong.” Dalam rukun kami, dlm kumpulan kami, kami kata, “Jangan berbohong, bercakap benar.” Tetapi dia sentiasa beri perkataan “suka” di depan. Itu sukar dipercayai. Jadi nombor empat: “Jangan suka berbohong.” Nombor lima: “Jangan suka musnahkan alam semula jadi.” Alam semula jadi. Ya, saya rasa itu hutan, sungai, gunung, laut, semuanya alam semula jadi. Jadi, “Jangan suka musnahkan alam semula jadi.” Nombor enam: “Jangan suka hutan menjadi gondol.” Itu kata-katanya. Saya agak, “Jangan tebang pokok,” saya rasa. Nombor tujuh: “Jangan suka air yang mengalir berhenti.” Oh, saya agak, “Jangan…” Biar saya tanya dia. “Jangan suka air yang mengalir berhenti.” Dia beritahu saya bahawa ada projek rahsia. Ini hentikan air di sesetengah kawasan atau lencongkannya ke sesuatu tempat yang lain bagi gunakan kawasan itu untuk buat sesuatu yang lain yang memudaratkan alam sekitar dan biarkan orang di sekitar kawasan air yang mengalir itu alami kemarau sementara sesetengah kumpulan orang yang mendapat keuntungan buat sesuatu yang berkaitan dengan projek mereka. Mereka tak pedulikan orang, penduduk asli dekat air yang mengalir itu dan biar mereka dimudaratkan dengan cara-cara yang berlainan. Jadi projek-projek itu, jika ada projek rahsia sebegini, ia mesti dihentikan. Jika tidak, itu karma yang sangat, sangat buruk. Anda boleh dilahirkan di neraka dan alami kedahagaan 24 jam setiap hari untuk masa yang sangat, sangat panjang tanpa sesiapa pun berikan setitis air kepada anda, malah mungkin dibakar pada masa yang sama untuk buat anda lebih dahaga. Itu nombor tujuh. Photo Caption: “Alam Semula Jadi yang Elegan di Halaman Depan”











