Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Raja Mara Berkongsi 10 Peraturan Dunia Fizikal, Bahagian 5 daripada 5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Nombor lapan (daripada peraturan Raja Mara): “Jangan suka membunuh janin.” Anda dah tahu. Manusia bunuh bayi sendiri di dalam rahim atau jika sudah dilahirkan di luar pun jika mereka ada sesuatu yang mereka tak suka atau menyusahkan dari satu segi jika membesarkan bayi itu atau biarkan janin itu membesar. Manusia bunuh 73 juta janin dan bayi yang tidak berdosa setiap tahun. Itu 200,000 setiap hari – bilangan yang lebih besar daripada mana-mana peperangan dapat capai. Jumlah itu lebih besar daripada mana-mana peperangan boleh akibatkan.

Nombor sembilan: “Jangan suka mencemarkan air.” Itu kita tahu. Banyak syarikat, banyak industri salurkan air kotor, air beracun ke dalam mana-mana air, mana-mana laluan air dan lain-lain. Seperti kisah yang dulu telah saya ceritakan ketika saya sewa rumah di Xindian bersama berpuluh-puluh biksu & biksuni. Kami tiada tempat tinggal, jadi kami... Mereka potong semua rumput yg bertumbuh melitupi rumah dan jalan, jadi kami tinggal di sana untuk seketika. Apabila saya keluar, saya lihat seluruh anak sungai berwarna merah, jadi saya kata, “Oh! Apa jenis anak sungai ini?” Biksu atau biksuni pada masa itu yang mengikut saya, tinggal di sana bersama saya berkata, “Guru, ini darah daripada pembunuhan orang-khinzir di hulu sungai sana.” “Oh...” kata saya, “...tak hairanlah saya begitu kerap dengar mereka tangis.” Saya tak dapat kata apa-apa lagi. Saya… air mata saya mengalir ke bawah. Jadi itu salah satu cara mencemarkan air. Sebarang jenis pencemaran lain yang diwujudkan oleh syarikat yang buruk dan tidak bertanggungjawab, mereka tak pedulikan kesan air tercemar yang mengalir di mana-mana saja hari ini. Banyak laluan air, sumber air kita tidak bersih lagi, tidak sesuai untuk diminum pun. Anda tahu akan itu. Anda boleh buat kajian di internet dan sendiri mengesahkannya.

Nombor sepuluh: “Jangan suka mengikut jalan jahat.” Oh, kita boleh bercakap selama-lamanya! Kita boleh senaraikan ini, senarai panjang, selama-lamanya. Apa-apa yang tidak baik, jangan lakukan. Apa-apa yang baik, lakukan dengan serta-merta jika boleh. Ia merupakan nasihat agama Buddha. Anda juga boleh berkata bahawa ini pengetahuan Maya tentang perkara yg boleh memudaratkan anda sendiri. Jadi dia sangat baik hati, berkongsinya dengan kita. Anda tak boleh kata ini peraturannya atau apa-apa. Ini pengetahuan universal. Sebagai hakim dunia fizikal ini, dia tahu. Dia perlu tahu. Jadi dia kongsinya dengan kita dan kita berterima kasih kepada dia. Jadi dalam ajaran Buddha kita dan dalam banyak ajaran agama utama yang lain, terdapat senarai pekerjaan yang tak harus anda buat, seperti menyembelih orang-haiwan atau menjual arak, menjual senjata dan sebagainya. Ada banyak cara kita boleh jalani kehidupan dengan tenang, damai, penuh kemurahan, sekurang-kurangnya secara neutral untuk melindungi makhluk lain, tetapi yang terpenting, melindungi diri sendiri supaya kita boleh bebas sekarang dan selama-lamanya meskipun kita tak nak pergi ke Syurga, tetapi kita dapat kembali ke hidup manusia dengan cara yang tenang. Kita dapat hidup, dapat jalani kehidupan yang tenang, mungkin malah kehidupan yang makmur, tidak takut, tiada penyakit dengan tiada kejadian tak menyenangkan yang berlaku kepada kita jika kita memilih untuk hidup mengikut cara mulia, cara baik universal dan tidak mengikut jalan jahat.

Saya tanya dia tentang apa yang dikatakannya mengenai syaitan yang mudaratkan orang dgn banyak cara. Raja Mara kata mereka diwujudkan oleh perbuatan dan fikiran jahat manusia.

Ini sedikit maklumat tambahan tentang orang-burung. Orang-burung, biasanya jika mereka nampak manusia, mereka takut. Itu hanyalah naluri, naluri inheren, tetapi mereka tak takut apabila ingin datang memberitahu saya sesuatu. Mereka kekal berada di satu tempat, tak banyak bergerak, tak bergerak atau tidak terbang, tidak berjalan ke mana-mana – untuk habiskan mesej mereka. Jadi dengan Nama Tuhan, saya ucapkan terima kasih kepada anda semua dalam alam semula jadi, orang-haiwan, malah tenaga penuh kemurahan daripada pokok gergasi purba di sekeliling saya kerana menjadi penawar hati, menjadi sokongan dan memberi kasih sayang untuk kehidupan peribadi saya. Saya ucapkan terima kasih kepada anda. Hingga kini, anda telah banyak membantu saya, berikan banyak sokongan kepada saya, berikan banyak galakan dan sangat banyak kasih sayang kepada saya. Saya harap manusia akan menjadi semakin sedar sepanjang masa untuk melindungi anda semua, memberi ruang kepada anda, memberi ruang yang mencukupi kpd anda untuk jalani kehidupan anda sehingga Tuhan bawa anda pulang ke Rumah.

Saya ucapkan terima kasih kpd anda atas segala kasih sayang yang anda berikan kepada saya, seperti tiga hari yang lalu pada waktu pagi. Oh! Bukan, minta maaf, petang. Pada waktu pagi, anda menciap, bercakap lalu pergi dari situ. Pada waktu petang, sesetengah drpd anda kembali ke depan khemah saya dan beritahu saya, “Janganlah terlalu risau. Janganlah terlalu sedih. Keamanan akan datang. Tuhan kasihi Engkau.” Sangat pendek. Mereka tak banyak bercakap dengan saya kerana mereka tahu tidak perlu, tetapi mereka banyak bercakap sesama mereka apabila mereka saling berkhutbah tentang Kasih Sayang Tuhan serta tentang menjadi muhsin dan baik hati. Saya tanya mereka bagaimana dengan jika mereka perlu makan ulat, beluncas. Mereka kata mereka memilih ulat kecil dan ulat ini tiada kesakitan. Mereka baru dilahirkan. Mereka tiada kesakitan, jadi mereka boleh makan mereka untuk bantu menjaga kesihatan pokok, tuaian atau buah. Mereka lakukannya sebagai kerja juga, bukan hanya untuk beri makan kepada diri sendiri dan tiada karma dengan berbuat demikian, jadi saya begitu gembira untuk mereka.

Saya harap anda semua, makhluk dalam alam semula jadi, pokok atau makhluk hidup seperti orang-burung, -tupai, -rusa dan lain-lain yang datang melawat saya atau tidak melawat saya di tempat lain, alami evolusi yang baik pada masa depan, dengan Nama Tuhan. Saya sayangi anda semua dan berterima kasih kepada anda semua. Kita, saya sendiri amat bersyukur kepada Tuhan kerana beri saya begitu banyak berkat, begitu banyak pengetahuan, begitu banyak kasih sayang, malah melalui orang-burung, -tupai, -labah-labah dan mana-mana makhluk lain di sekeliling saya di dalam hutan, di dalam hutan purba ini.

Oh! Seperkara lagi, saya agak sibuk dan belum begitu tetap kerana saya perlu berpindah. Belakangan ini, saya perlu begitu kerap berpindah demi keselamatan dan juga atas sebab spiritual, saya perlu memindahkan khemah tetapi saya terasa itu rumah saya juga. Saya tak kisah terus hidup macam ini selama-lamanya. Apa-apa yang Tuhan hendaki saya keluar dan lakukan kemudiannya, mungkin saya akan buat begitu, tetapi saya tak kisah hidup macam ini – lebih tenang dan lebih puas kecuali penderitaan yang perlu saya rasai daripada karma dunia. Itu sangat besar. Kadangkala kita tak dapat gambarkannya pun tetapi saya begitu senang hati dengan saya masih hidup di sini. Walaupun saya menanti-nanti hari saya boleh meninggalkan dunia ini, namun saya senang hati dgn saya masih hidup di sini untuk bantu anda, sesiapa saja yang boleh, lakukan Kehendak Tuhan, membantu dunia dengan apa-apa saja cara dan sampai apa-apa saja tahap yang boleh. Saya bersyukur kepada Tuhan atas itu.

Saya ucapkan terima kasih kepada anda semua sekali lagi, anak murid TUHAN saya yang suci, menawarkan bantuan anda, masa anda, kebolehan anda, bakat anda. Saya begitu hargai kebaikan anda, sifat mulia anda, roh anda yang luar biasa tinggi, kemahiran dan bakat anda. Saya tahu malam anda yg tak dapat tidur untuk menepati tarikh akhir. Saya tahu anda bermeditasi lebih daripada yang anda mampu. Saya tahu kadangkala anda melangkau hidangan biasa untuk menyiapkan kerja dan lebih banyak lagi untuk Supreme Master Television dan lain-lain. Saya buat begitu juga, hampir, lebih atau kurang, atau lebih, tetapi kita bekerja bersama untuk tujuan baik, untuk tujuan mulia kita bersukarela! Saya begitu bangga dengan anda. Saya begitu berterima kasih kepada anda. Saya begitu bersyukur kepada Tuhan kerana izinkan anda bekerja bersama saya pada waktu susah dunia ini. Semoga anda diberkati selama-lamanya dan orang tersayang anda dilindungi juga. Saya kasihi anda selama-lamanya. Saya harap anda dapat rasai kasih sayang saya sepanjang masa, bukan kadangkala saja. Tapi tak apa, anda tahu akannya. Anda tahu saya kasihi anda, anda semua.

Saya berterima kasih kepada anda semua yang juga turun ke jalanan untuk menunjuk kemahuan anda, hasrat anda bahawa kita harus hidup dengan pemurah, bersyukur di planet ini dan tidak melakukan sebarang jenis pembunuhan atau rompakan dengan sebarang cara. Terima kasih atas itu. Saya berterima kasih kepada anda semua yang habiskan masa anda, harta anda untuk bantu orang lain dari segi rohani, mental, psikologi, emosi. Anda juga membantu orang-haiwan yang tak berdaya dengan sebarang cara yang boleh. Tuhan senang hati selama-lamanya apabila anda buat perkara yang membantu dan beri manfaat kepada makhluk lain. Saya jamin kpd anda bhw pada bila-bila anda beri manfaat kepada makhluk lain, anda akan mendapat ganjaran sbg balasan. Meskipun anda tidak menyedarinya, atau menyedarinya, meskipun anda hasratkannya atau tidak hasratkannya, itu cara berfungsi alamiah di Alam Semesta. Saya begitu bangga dengan anda kerana mengikut jalan yang betul, kepercayaan anda begitu teguh cara amalan anda adalah stabil dan kebanyakan daripada anda capai kemajuan yang diingini. Dengan Nama Tuhan, semoga anda selamat sejahtera. Dah tentu, saya bersama anda 24 jam setiap hari, anak murid Tuhan saya. Saya sentiasa kasihi anda.

Seperkara lagi, jika sesiapa dengar, saya juga ucapkan terima kasih kepada anda semua yang bukan anak murid saya atau anak murid mazhab lain yang berusaha untuk meluangkan masa yang berharga atau berkongsi kesejahteraan, perlindungan bersungguh-sungguh dan keupayaan anda dengan orang lain di alam-alam yang berlainan seperti alam haiwan, saya ucapkan berbanyak terima kasih. Semoga Tuhan mengurniai anda dengan segala benda baik yang anda hasratkan, menaikkan status anda dari segi rohani dan melindungi roh anda supaya suatu hari nanti anda akan kembali ke tempat yang anda layak.

Kami bersyukur kepada Engkau, Tuhan. Amin. Di dunia ini, masih ada orang baik yang berusaha gigih untuk kebaikan makhluk lain di planet ini. Itu niat yang paling mulia dan akan mendapat ganjaran yang paling banyak, paling tinggi. Saya harap kita semua tahu akan Kasih Sayang Tuhan, tahu akan Kasih Sayang Tuhan, tahu akan kewujudan Tuhan dan tahu bahawa Tuhan sentiasa menjaga anda, menjaga anda dan mengabulkan hasrat anda, jadi hati-hati dengan apa yang anda hasratkan. Hati-hati dengan apa yang anda hasratkan. Semoga planet kita terus wujud, terus makmur, terus ada keamanan, terus mendapat berkat, terus hidup dengan cara yang menyenangkan Tuhan, menyuburkan hati nurani kita, melindungi roh kita dan menaikkan status spiritual kita dalam penaikan Alam Semesta. Semoga Tuhan kasihi dan berkati kita semua selama-lamanya. Amin. Syukur kepada Engkau, Tuhan.

Photo Caption: “JALAN Menaik ke SYURGA Dibarisi SENI HIDUP KASIH SAYANG”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (5/5)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-05-31
2847 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-01
2229 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-02
2051 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-03
1634 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-04
1351 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-06
2 Tontonan
Lagu, Gubahan, Puisi dan Persembahan Mahaguru Ching Hai (vegan)
2026-06-06
304 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-06
425 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-05
869 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-05
1123 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-04
819 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-04
454 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun