Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Perbezaan Antara Agama Buddha dan Kristian, Bahagian 3 daripada 15

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, Mahaguru Ching Hai jelaskan bahawa kedua-dua Nabi Isa (vegetarian) dan Buddha (vegan) ialah Guru bermakrifat yang mengajarkan makrifat, dengan inti pati yang sama. Namun begitu, disebabkan oleh keadaan yang berbeza, termasuk tempoh pengajaran Buddha yang lebih panjang dan rekod pengalaman anak murid-Nya, terdapat khazanah ajaran yang lebih kaya yang ditinggalkan dlm agama Buddha drpd agama Kristian.

(Izinkanlah saya dengan besar hatinya mempersilakan Mahaguru Ching Hai berkhutbah kepada kalian sekarang. Guru Ching Hai, terima kasih.)

Kita tak pernah ada begitu ‘banyak’ orang dalam audiens di Amerika. Memang sangat sedikit orang. Kita tidak biasa dengan audiens yang sedikit macam ini sebelumnya. Macam mana pun, selamat datang, namun begitu. Kita akan jayakannya bersama-sama, tidak kira sama ada orang yang datang adalah begitu sedikit. Khutbah akan diteruskan dan ia akan beri manfaat kepada orang selepas hari ini. Sesetengah khutbah yang dicetak dalam buku saya diberikan dengan kadangkala lima atau enam orang anak murid yg dekat saja bukan audiens yang besar tetapi ia beri manfaat kepada banyak orang selepas itu. Jadi kalian hanyalah suatu alasan untuk saya mengatakan sesuatu.

Sesetengah khutbah saya yang dicetak dalam buku sebenarnya bukan untuk audiens yang besar tetapi dengan sebilangan kononnya anak murid saya, jika saya boleh panggil mereka sebagai anak murid. Saya tak tahu apa nama lain untuk orang-orang ini, kawan atau rakan sekerja saya. Dalam bahasa manusia, ada banyak istilah untuk banyak benda. Saya rasa malu-malu panggil mereka sebagai anak murid tapi saya tak tahu sama ada terdapat nama lain. Jadi kononnya anak murid ini catatkan semua khutbah saya yang dimaksudkan untuk mereka saja – untuk minda orang yang maju – dan mereka juga catatkan dan bawanya kepada orang ramai. Kadangkala ini menimbulkan banyak gangguan, masalah untuk saya. Kerana kadangkala apa yang boleh kita katakan kpd satu orang, kita tak boleh katakan kepada orang lain. Contohnya, perkara yang dimaklumkan oleh Doktor Mai tadi ini hanyalah untuk dia seorang saja, kerana dialah yang tanya segala soalan ini. Tapi tak apa, memandangkan dia sudah maklumkannya kepada kalian, saya akan akur juga. Saya akan buat sebaik yang boleh daripadanya juga.

Ini jenis soalan untuk individu, seperti apakah saling kaitan antara agama? Dan apa itu segala kata-kata daripada Guru-guru masa lalu ini? Apakah maksud sebenarnya? Tetapi semua orang juga harus merenungkan soalan-soalan ini, bukan hanya Doktor Nguyễn, saya sendiri atau sekumpulan kecil individu saja. Tetapi oleh sebab topik atau soalan ini terlalu kontroversial, jadi kadangkala saya teragak-agak untuk bincangkannya di khalayak ramai dan hanya beritahunya kepada mereka yang benar-benar berminat dengan perkara sebegini. Jadi biasanya apabila saya pergi kepada audiens Kristian, saya akan hanya bercakap tentang agama Kristian, gunakan istilah Kristian. Apabila saya bercakap, berucap kepada kumpulan Âu Lạc (Vietnam), Cina atau sesuatu, saya lebih suka bercakap tentang agama Buddha saja. Jadi dah tentu, jika saya bertemu dgn kumpulan Hindu, saya akan bercakap tentang agama Hindu.

Jadi mungkin saya tanya kalian, apa yang ingin kalian dengar hari ini? Ada apa-apa yang istimewa? (Makrifat.) Makrifat? Makrifat, sebenarnya kalian tak dapat ‘dengarnya’. Kalian mesti alaminya. Perlukan sedikit masa untuk menghangatkan suasana. Jadi bersabarlah. Juga, jangan berjalan keluar di tengah-tengah khutbah supaya kalian tiada separuh daripada tanggapan saja, kemudian mungkin berpaut pada ayat-ayat terakhir, kemudian ada tanggapan yang salah tentang pengkhutbah. Apa yang kita dengar, kita harus dengar seluruhnya, kemudian kita dapat memahami impak khutbah itu. Saya dapati sesetengah orang kadangkala hanya dengar satu atau dua ayat saja yang kedengaran sangat provokatif, kemudian berkata, “Itu saja. Saya tak sukanya.” Kemudian mereka berjalan keluar, tidak memahami apa yang akan datang selepas itu.

Sekarang, ya, silakan. (Dalam sesetengah fikiran daripada Mata Pisau Cukur, ada dinyatakan bahawa adalah senang untuk menjadi orang suci di gunung dan ia memang tidak jawab itu dalam novel tersebut. Adakah Guru rasa… berapa penting persekitaran kita?) Ya. (Dalam kerohanian.)

Saya faham. Kalian telah dengar kata-kata pelajar saya sendiri. Mereka ialah jurutera atau sesetengah drpd mereka ialah doktor, pakar perubatan pekerja, pemandu teksi atau banyak jenis jawatan sosial. Mereka bekerja dalam kehidupan harian dan juga beramal. Bagi saya pula, saya seorang biksuni dan nikmati kehidupan merantau untuk masa yang sangat singkat saja. Takdir saya bukanlah saya boleh nikmati kehidupan biksuni yang senang di gunung atau biara untuk masa yang panjang. Jadi kalian lihat seperti saya sekarang, saya bergaul dengan segala jenis orang dan menjalani kehidupan yang sangat aktif. Saya pergi ke banyak negara, bercakap dengan banyak orang dan setiap hari bertemu dengan orang-orang yang berlainan.

Kita perlukan gunung kadangkala hanya untuk menyegarkan jiwa kita, badan kita, kemudian mengumpulkan tenaga, kemudian kita perlu keluar dan memberi lagi. Jadi menjadi biksu atau tidak menjadi biksu adalah sama saja. Jika kita ialah pengamal di rumah, kadangkala kita harus pergi ke gunung, biara atau tempat kediaman Guru kita untuk amalkan ketenangan, semangat bersenyap bagi menyegarkan diri tetapi lepas itu kita tak boleh sentiasa berada di sana, jadi tiada bezanya.

Jadi sekarang mari kita masuki sesuatu yang ingin saya beritahu kalian. Jadi sekarang apa yang ingin saya beritahu kalian hari ini adalah: “Apakah perbezaan antara agama Buddha dan Kristian?”

Sekarang ke mana-mana pun saya pergi, saya beritahu orang, “Tiada perbezaan antara agama Buddha dan Kristian.” Pada asasnya, tiada, tetapi ada sedikit perbezaan. Pada asasnya apabila Nabi Isa dan Buddha bercakap tentang makrifat, tiada perbezaan. Tetapi jika kalian baca kitab Buddha, ada banyak perkara yang berlainan. Agama Buddha menawarkan khazanah yang lebih kaya. Itu saja.

Jika Nabi Isa dibenarkan hidup untuk masa yang lebih panjang dan bukan tiga tahun setengah saja, mungkin Baginda akan beritahu kita tentang banyak kononnya Alam Hidup – banyak tahap pencapaian seperti yang dilakukan oleh Buddha. Jadi itu perbezaan antara agama Kristian dan Buddha. Agama Kristian ada satu Bible saja tetapi saya tak kata bahawa agama Kristian tiada inti pati di dalamnya. Inti patinya sangat baik dan segalanya ada di sana. Cuma sesetengah orang berminat untuk kaji agama Buddha kerana kitab Buddha begitu luas – begitu banyak jenis pengalaman dan makrifat dalaman yang tidak sempat disebut oleh Nabi Isa.

Jadi banyak orang salah faham dan berfikir bahawa Nabi Isa tidak mendapat pencapaian setinggi Buddha. Oleh sebab Buddha telah melalui banyak peringkat kesedaran yang berlainan, jadi Baginda temui banyak kononnya Alam Hidup dalaman. Baginda beritahu anak murid-Nya. Dan juga, sesetengah anak murid Buddha telah pergi ke jenis Alam Hidup ini dan menulisnya. Oleh itu, kita ada khazanah kitab Buddha yang sangat kaya, manakala dalam agama Kristian, disebabkan oleh penindasan yang berleluasa pada masa itu, dan juga hayat Nabi Isa yang singkat, kita tiada banyak catatan tentang pencapaian anak murid-Nya dan Guru itu.

Jadi sekarang saya akan bincangkan salah sebuah kitab Buddha yang menggambarkan salah satu pengalaman dalaman anak murid Buddha. Kitab ini dipanggil ‘Sutra Buddha Amitabha’.

Sutra Buddha Amitabha. Sutra bermaksud ‘kitab’. Dalam kitab Buddha itu, pengalaman salah seorang anak murid Buddha digambarkan. Anak murid itu ialah permaisuri India tetapi dipenjarakan. Ketika di dalam penjara, baginda ingin sekali berjumpa dengan Gurunya, iaitu Buddha – Buddha Shakyamuni negara India. Sekarang apabila baginda begitu inginkannya, Guru itu muncul kepadanya. Guru itu bukan muncul dalam badan fizikal tetapi dalam bentuk badan cahaya, apa yang kita panggil badan cahaya atau badan jelmaan.

Jelmaan. Badan jelmaan. Mana-mana jenis Guru yang telah capai tahap pencapaian yang sangat tinggi dapat jelmakan banyak badan pada masa yang sama untuk muncul kepada anak murid di tempat-tempat yang berlainan.

Photo Caption: “Kasih Sayang Sejati Dapat Melangkaui Halangan Duniawi”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (3/15)
1
Kata-kata Hikmah
2026-06-08
1292 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2026-06-09
892 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2026-06-10
802 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2026-06-11
620 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-11
654 Tontonan
Filem Pendek
2026-06-11
472 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-06-11
620 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-11
822 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-10
1874 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-10
255 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-06-10
802 Tontonan
Gaya Hidup Sihat
2026-06-10
277 Tontonan
Sains dan Kerohanian
2026-06-10
296 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun