Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, Mahaguru Ching Hai berkongsi pandangan mendalam-Nya tentang penyembuhan spiritual, menjelaskan apa itu makrifat dan bincangkan apa yang berlaku selepas kita menerima inisiasi.(Dalam peraturan bagi persediaan untuk inisiasi, Guru berkata bahawa kuasa spiritual tak harus digunakan untuk menyembuhkan orang lain.) Ya. (Saya seorang pengamal penyembuhan reiki, suatu kemahiran menyembuh. Jika saya menerima inisiasi, adakah saya masih dapat amalkan kemahiran menyembuh reiki dgn selamat tanpa kesan inisiasi yang menyebabkan saya menanggung hutang karma dengan amalkan kemahiran menyembuh reiki?)Penyembuhan Reiki – kamu gunakan tangan (Ya.) dan pancarkan cahaya? (Ya, tenaga langsung ke tangan dan juga ke minda melalui suatu jarak.)Ya, saya memahami proses ini. Menjadi penyembuh adalah berbeza dengan menjadi penyelamat dunia. Jalan yang berbeza. Jadi jika kamu suka menjadi penyembuh, maka lebih baik kamu kekal berada di tempatmu sekarang. Jika kamu ingin menjadi Buddha atau Christ, bukan sahaja menyembuhkan penyakit orang tetapi juga menyembuhkan roh, maka ikut saya. Ini jalan yang berbeza sama sekali.Contohnya, jika kamu nak menjadi doktor, pakar perubatan, maka kamu tak harus bersusah-susah dengan kerja jururawat dan tak perlu buat segala kerja jururawat setiap hari dan bantu mereka hanya kerana mereka membantu pesakit juga, hanya kerana mereka membuat kerja penuh kasih sayang juga. Kamu kata, “Oh! Jururawat begitu sibuk dan membantu pesakit juga. Sekarang saya perlu bantu mereka!” Tidak, kamu perlu teruskan dengan pengajianmu sehingga mendapat ijazah kedoktoran dan menjadi doktor. Jururawat ialah jururawat; doktor ialah doktor.(Oleh itu, mengamalkan penyembuhan reiki akan tidak sesuai? Adakah itu garis halus yang cuba saya fahami di sini?) Ia tidak bantu kemajuanmu untuk menjadi seperti Christ dan ia bukan untuk pembebasan. Kamu sembuhkan penyakit orang saja. Saya menyembuh tanpa sentuh sesiapa pun. Saya tak perlu buat apa-apa pun. Saya tak perlu datang kepada orang itu untuk menyembuh. Itu penyembuhan yang lebih hebat. Takkankah kamu ikut? (Saya tak pasti. Saya ikut Guru dalam itu. Saya tak pasti saya faham...) Oh! Ya, ya, saya faham. Penyembuhanmu ialah kerja yang sangat berbelas kasihan.Penyembuhan Reiki juga disebabkan kasih sayang terhadap manusia yang menderita. Saya faham. Tapi jalan kami lebih tinggi daripada itu. Kita menyembuh tanpa menyembuh. Kita menyembuh tanpa tangan, tanpa kaki, tanpa mata, tanpa melihat pesakit itu pun, tanpa mengenali pesakit itu pun, tanpa pesakit itu mengenali kita pun. Itu penyembuhan terbaik, tertinggi. Jadi sebenarnya apabila kamu ikut saya, kamu ikut jalan penyembuhan juga tetapi tak perlu melakukan trik kecil ini. Kita perlu mengumpulkan kuasa kita sampai maksimum, kemudian kita sembuhkan apa-apa saja. (Terima kasih.) Boleh?Bukanlah saya tiada belas kasihan terhadap manusia. Apa yang saya katakan ialah kita perlu mengumpulkan kuasa kita sampai ke tahap maksimum, kemudian kita dapat sembuhkan sesiapa pun tanpa letak tangan pada mereka pun, tanpa perlu dekati mereka pun, tanpa mengenali pesakit itu pun. (Terima kasih.) Sesetengah orang disembuhkan hanya dengan melafazkan Nama Guru, Guru Hidup tanpa berjumpa dengan Guru itu sama sekali, tak pernah dengar ttg Guru itu sebelumnya tak pernah lihat Guru itu sebelumnya, hanya dengar Nama itu dan percaya kepada Guru itu dan disembuhkan drpd penyakit tak tersembuh Itu jenis penyembuhan tertinggi. Kita perlu mengumpulkan kuasa ini sehingga kemuncak itu, kemudian menjadi penyembuh. Penyembuh roh dan badan.(Saya minta maaf. Daripada apa yang dapat saya kumpulkan, saya cuba memikirkan apa yang lelaki ini risaukan. Saya rasa dia berada di titik membuat keputusan kerana penyembuhan ini mungkin suatu cara untuk mencari nafkah dan…) Tidak, tidak. (…kelihatan macam…) Tidak,mereka bukan lakukan itu utk wang (Oh! Okey.) Mereka bukan lakukan itu untuk wang, setahu saya, kan? (Kami menerima derma.) Oh, tapi itu… Ya, itu bukan mencari duit. Itu bukan punca pendapatan, kan? (Bukan, itu bukan punca pendapatan saya) Betul tu. Biasanya mereka lakukan jenis kerja ini untuk tujuan amal. Jika orang menderma, baiklah. Jika mereka tidak menderma, mereka tak peduli pun. Derma adalah baik untuk pesakit saja, kan? Jadi tak bererti punca pendapatan. (Terima kasih. Ya, itu soalan saya.)Baiklah. Ada apa-apa lagi? Sini, sini, sini, lelaki yang memegang tongkat itu. Kita berdua sama, kan? Saya ada sebatang kayu juga. Mari.(Sekarang nampaknya saya berfikir bahawa TUHAN cari Guru, saya atau kita semua jika kita mahu. Bolehkah kita ada… mungkin tak terlalu banyak Guru tetapi terlalu banyak pendedahan… atau tidak?) Kepada apa? (Kamu maksudkan datang ke merata tempat, berada di merata tempat?) (Mungkin seseorang buat terlalu banyak kerja. Tetapi bergegas kepada semua Santo, semua Wakil TUHAN – bolehkah itu suatu perkara buruk?) Saya tak dapat faham. Dapatkah kamu faham? Tolong jelaskan kepada saya apa yang dimaksudkannya. Adakah kamu bermakrifat? Apa maksud kamu? Tolong buatnya… Betul tak itu? (Berapa banyak adalah terlalu banyak?) Apabila kamu rasa kamu telah jumpai jawapannya dengan satu Guru dan memuaskan rohmu, kamu harus berhenti dan bermeditasi, bersenyap dan mencari Gurumu sendiri di dalam, bukan di luar. (Kemudian mungkin saya akan menjadi lebih jelas sikit. Saya tak suka menjadi jelas tapi mungkin saya akan…) Beritahulah saya.(Suatu kali ketika saya ditunjukkan TUHAN. Di kawasan ini semuanya ialah santo. Mereka telah menjadi biasa dgn cahaya dan suka akan cahaya. Ia dah keterlaluan bagi saya.) Kamu ditunjukkan Cahaya (Syurga dalaman) TUHAN di dalam? Bukan cahaya fizikal? Dan itu keterlaluan bagi kamu? Dalam erti kata apa? (Saya tak nak hilang kawalan.) Kamu perlu lakukan dgn perlahan-lahan. Itu bukan hilang kawalan. Kamu mengembang. (Soalannya mungkin… Tidak, ini bukan soalan. Ini ketakutan.) Oh! mungkin kamu takut kehilangan ego ‘saya’ tetapi kamu mendapat lebih banyak dengan itu. Dalam Bible, ia nyatakan, “Mereka yang kehilangan segala-galanya akan mendapat segala-galanya.”Jadi disebabkan tabiat kita berpaut pada dunia ini dan harta benda di dunia ini, kita takut jika kita kehilangan segala-galanya di dunia ini atau hilang kawalan terhadap dunia ini, maka apa yang akan kita dapat? Itu hanyalah ketakutan hilang harta benda dan terputus hubungan dengan dunia ini. Tetapi kamu akan kembali ke dunia ini. Selepas itu, kamu akan kembali, jadi tak perlu takut. Adalah sukar untuk sampai kpd TUHAN. Adalah senang untuk sampai ke dunia ini. Jadi tak perlu takut. Apa-apa lagi?(Ia melanggar saya apabila saya menekan brek. Di India, di China, dalam budaya-budaya lain, kita boleh berjalan ke sana sini, mengenali TUHAN dan tidak dimasukkan ke hospital negara.) Siapa? Kamu? (Seperti sini. Tidak, saya berkata saja.) Banyak orang berjalan ke sana sini. Mereka kata mereka kenali TUHAN, kemudian orang masukkan mereka ke hospital? Boleh kamu memahami apa yang dikatakannya? (Mereka tidak dianggap tidak siuman, seperti di negara ini, mereka menganggap seseorang yang begitu warak (Ya.) sebagai normal.) Itu apa yang saya faham juga. Tetapi kita tak boleh pergi ke sana sini dan umumkan kepada orang bahawa, “Lihatlah, saya kenali TUHAN. Saya bermakrifat.” Tidak, tak perlu buat begitu. Faham? Orang yang mengenali TUHAN biasanya orang yang sangat normal juga. Tiada apa-apa yang abnormal dengan mereka. Tetapi kadangkala orang menjadi gila dengan amalkan kaedah yang mereka sendiri tidak tahu atau tiada Guru yang cekap. Itu berlaku juga. Apa yang kita panggil ‘kena rasuk’ dalam bahasa Cina. Dirasuk kuasa negatif.Kes ini berlaku juga tetapi kebanyakan orang bermakrifat adalah sangat normal, tetapi sangat berbahaya juga. Ya, betul tu. Sebab itulah begitu berbahaya menjadi seorang Guru kerana kita tak dapat menyembunyikan diri daripada orang ramai. Tugas kita adalah umumkannya kepada orang ramai. Tidak kira berapa malu-malunya kita, kita perlu beritahu mereka siapa kita. Ini memang bertentangan dengan kerendahan diri Mereka, bertentangan dgn sifat pendiam Mereka juga, buat Mereka sangat letih dari segi fizikal dan mental juga, menerima segala jenis seksaan serta ketakselesaan mental dan fizikal disebabkan oleh karma orang yang datang kepada Mereka untuk bantuan. Mereka juga menerima banyak kritikan dan ketakpercayaan daripada orang lain. Jadi Nabi Isa disalib, Buddha hampir dibunuh dan banyak Guru yang lain dibunuh. Ini kerana Mereka berani umumkan di khalayak ramai bahawa Mereka bermakrifat, bahawa Mereka ialah Guru. Dah tentu sangat berbahaya. Tetapi bagi kebanyakan orang, jika mereka tiada misi daripada TUHAN untuk umumkannya, maka hanya beramal secara senyap dan diam-diam di rumahmu, tidak biarkan orang tahu kamu ialah apa, maka kamu tiada bahaya. Boleh? Ya?(Guru, saya ada dua soalan. Yang pertama adalah apa yang Guru jelaskan tadi tentang soalan saya mengenai Syurga, alam indah yang Guru sebut. Guru berkata bahawa seseorang yang tidak bermakrifat tak dapat benar-benar faham apa itu Syurga, tetapi dia akan mengetahuinya selepas mendapat makrifat dan tahu apa itu Syurga. Oleh sebab Guru berkata bahawa Guru boleh tunjukkannya kepada kami, jadi nampaknya Guru boleh biar kami lihatnya Bolehkah Guru biar kami lihatnya?) Esok, esok. (Esok?) Kamu datang untuk inisiasi dan saya akan tunjukkan kepada kamu. (Ke mana harus saya pergi?) Kamu keluar ke sana dan tanya mereka. (Esok.) Saya juga tak tahu di mana. (Oh!) (Guru boleh tunjukkannya esok. Betul tak itu?)Bukan tunjukkan. Apabila kamu datang untuk inisiasi, kamu memang perlu lihatnya. (Oh!) Kamu benar-benar nak pulang ke Syurga. Saya bukan hanya biar kamu lihat, kemudian kamu pulang ke rumah. Bukan macam itu. (Ya.) Saya tidak jualnya dengan murah. Itu untuk orang yang ikhlas. (Datang dengan ikhlas.) Ini bermakna kamu ikhlas nak pulang ke Syurga lepas itu. Itu bukan melihat hari ini, kemudian tinggalkan sini esok. Bukan macam itu, bukan cubanya. Jika kamu benar-benar mahukannya, maka esok semasa inisiasi, kamu akan dapat mengetahui sikit, bukan semuanya. Adalah mustahil untuk mengetahui semuanya dgn begitu cepat. Kamu takkan dapat menahan Cahaya Syurga yang begitu kuat. Kamu perlu dapatkannya secara perlahan-lahan, setiap hari sedikit. (Beransur-ansur menjadi bermakrifat.) Ya. (Jadi bermakrifat secara beransur-ansur.) Kamu akan menjadi bermakrifat sepenuhnya selepas itu. Esok kamu akan menjadi bermakrifat sikit.(Bukankah ada kata-kata sebegini: ‘menjadi Buddha dengan serta-merta’? Bolehkah kita, dengan cepat sekali, dengan serta-merta masuki keadaan bermakrifat?) Dengan serta-merta… nampaknya. Sesetengah orang, ya, tetapi bukan semua orang. Ini bergantung kepada peringkatmu dalam hayat lampau. (Adakah ini bergantung kepada berapa ikhlasnya seseorang?) Ya, berkaitan juga. Tetapi sesetengah orang telah jalankan amalan spiritual hayat demi hayat. Mereka dapat capai peringkat Buddha dengan sekali pandang. (Maka tetap tak dapat…) Namun begitu, taklah begitu cepat. Buddha Shakyamuni pun mengambil masa enam tahun.(Soalan kedua saya adalah… Bagaimana mengendalikan hubungan antara dua ini? Seseorang ingin mendapat makrifat dan juga terlibat dalam kajian atau pekerjaannya?) Ya. (Adakah makrifat bercanggah dengan membaca buku dan membuat kajian? Haruskah kita tumpukan fikiran pada makrifat atau mungkin… Bagaimana mengendalikan dua aspek ini dalam kehidupan harian?) Selain makrifat, kamu masih perlu membuat kajian. (Contohnya, apabila kita jadi bermakrifat, bermakna…) Kamu masih boleh buat pekerjaanmu selepas itu. Bukanlah selepas makrifat, kamu tinggalkan pekerjaan, hubungan perkahwinan dan anak kamu. Bukan. Kamu perlu mendapat makrifat dan juga membuat pekerjaanmu. Dua dunia yang berlainan. Makrifat adalah di dalam. Pekerjaanmu adalah di luar, gunakan tanganmu. (Ini agak abstrak. Contohnya, secara lebih khusus, maksud saya, selepas makrifat, adakah ini bermakna pada waktu malam, kita tak harus memikirkan apa-apa pun? Adakah ini bermakna kita lupa akan perkara yang biasanya kita lihat, buku yang telah kita baca, kemudian kita masuki…) Tidak. Kamu pasti bergurau.Jika saya lupa akan segalanya, mana dapat saya datang ke sini? Mana dapat saya cakap dengan kamu dalam bahasa Cina? Saya lupa akan bahasa Cina juga. Tidak. Kamu akan masih normal. Kamu akan menjadi lagi bijak dan lagi baik daripada sebelumnya. Kamu akan bekerja dengan lagi keras dan menjadi lagi bermanfaat. Itu saja. Okey? (Lebih ceria.) Lebih ceria, ya.(Makrifat ialah… Tadi saya baca buku Guru di mana ia nyatakan seseorang perlu menjadi vegan, maka soalan lain adalah…) Menjadi vegan adalah untuk mengelak daripada tambahkan lebih banyak lagi pada karma sedia ada, dan kembangkan belas kasihan kita. (Yang sebahagian besarnya mengenai kemurahan hati.) Ya! Ini tak bermakna menjadi vegan akan buat kamu jadi bermakrifat. Tidak. (Baiklah. Terima kasih.) Apa lagi? Dia bukan mengetawai kamu. Dia mengetawai jawapan saya. (Ya, ya, ya. Saya…) Jangan malu-malu. Teruskan dengan soalanmu.(Cuma saya…) Kamu tanya dengan ikhlas. Mereka bukan mengetawai kamu. Teruskanlah dengan soalanmu. (Ya. Apa yang saya maksudkan ialah… ‘Makrifat’ ini, konsep ini, istilah ini agak abstrak bagi kami. Dalam fikiran saya, makrifat adalah percaya kepada Buddha atau… tidak percaya kepada yang lain… bidaah. Makrifat bermakna kepercayaan, kepercayaan sepenuh jiwa raga dan sepenuh hati. Bagaimana masuki jalan menuju makrifat? Saya masih tak berapa faham.) Ya TUHAN. Pukul 5? Macam tak percaya. Saya bercakap selama lima jam. Oh, tidak!Untuk menjadi bermakrifat, seseorang harus mengkaji Ajaran Buddha dan memahami Kebijaksanaan Buddha dan bukan bergantung kpd kepercayaan saja kerana “percaya kepada Buddha tanpa memahami Buddha adalah memfitnah Buddha.” Kamu faham? (Oh!) Kamu mesti menjadi bermakrifat baru dapat memahami Kebijaksanaan Buddha. Waktu itu baru kita benar-benar memuja Buddha. Jika tidak, kamu perlu katakannya dengan jelas. Makrifat. (Untuk elakkan kepercayaan karut.)(Lelaki itu, saya percaya dia seorang pengkaji. Soalannya mengenai makrifat segera. Dia keliru dengan ini. Dia campuradukkan makrifat dengan kepercayaan agama. Sebab itulah Guru jawab soalan itu untuk dia.) Saya dah lupa apa yang saya jawab juga. Dia kata, jika makrifat bermakna kita pulang ke rumah, kemudian pada waktu malam, mungkin kita lupa akan segala-galanya dan tak dapat berfungsi di dunia ini. Dia khuatir mungkin ini terlalu abnormal. Saya kata, “Tidak, tidak, kamu masih berfungsi.”Kamu berfungsi dengan lagi baik daripada sebelumnya. Jika kamu masih suka baca buku serta membuat kajian dalam buku dan tentang pengetahuan dunia ini – kamu masih perlu melakukan ini. Kamu masih boleh melakukannya. Jika ia baik untuk pekerjaanmu, kamu mesti lakukannya. Seperti jika kamu seorang doktor, kamu perlu sentiasa baca buku perubatan terkini, bukan hanya buku zaman dahulu, untuk menambahkan pengetahuan dan menjadi lebih cukup dalam kerjamu. Kamu perlu lakukan itu. Ia tidak mengganggu makrifat kamu. Makrifat adalah di dalam. Bekerja, berkhidmat kepada dunia adalah di luar. Tapi apabila di dalam adalah bermakrifat, di luar adalah bermakrifat juga. Kamu membuat kerja dengan lebih cukup, lebih aktif, lebih ceria. Itu saja. Ini tak bermakna kamu lupa akan segala-galanya. Saya beritahu dia, saya tidak lupa akan apa-apa pun. Jika saya mendapat makrifat dan lupa, mana dapat saya bercakap dengan kamu dalam bahasa Cina? Saya masih ingat akan bahasa Cina. Itu apa yang saya beritahu dia. Betul tak itu? (Ya.) Ya.Photo Caption: “Benda Liar adalah Jarang dan Ketara!”











