Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Salam sejahtera, semua roh cantik saya, anak murid atau bukan anak murid. Saya kasihi anda secara sama dan menderita secara sama bersama anda, sama ada anda ialah kononnya anak murid saya atau tidak, atau anda taat kepada kepercayaan lain atau tidak pun. Semoga anda sentiasa ingat akan Kasih Sayang dan Berkat TUHAN, tanpa syarat, di mana-mana saja. Jangan lupa akan itu. Maka kehidupan anda di sini akan menjadi lebih baik, dan kehidupan anda selepas sini akan terjamin adanya kebahagiaan, kegembiraan dan kedamaian Syurga. Saya ingin bercakap sikit tentang keamanan sekali lagi kerana ini apa yang kebanyakan daripada anda ingin tahu. Sebagaimana yang anda dapat lihat, keamanan menjadi semakin hampir disempurnakan walaupun ambil masa yang terlalu lama bagi segala jangkaan, harapan anda, dan ambil masa yang terlalu lama bagi saya juga. Percayalah, saya inginkan keamanan lebih daripada anda. Begitu pun, sekurang-kurangnya saya masih hidup dan bersyukur dapat bercakap dengan anda melalui segala teknologi yang canggih ini. Kita belum lagi berada di puncak kemajuan teknologi tetapi kita jauh lebih baik sekarang daripada seratus tahun dahulu. Sentiasa bersyukurlah atas apa yang anda ada. Keamanan ambil masa yang terlalu lama untuk datang. Ada banyak sebab. Apabila manusia dilahirkan di dunia ini, mereka sudah dikelilingi oleh... kita boleh kata itu gelembung, sesuatu jenis gelembung, serupa dengan gelembung. Mereka semua dibaluti di dalamnya. Mengikut karma hayat lampau mereka dan afiniti dengan orang dalam hayat-hayat itu, mereka malah akan dibaluti secara berganda di dlm gelembung lain – gelembung lebih besar yang membentuk dunia, contohnya dunia kita hari ini. Semua orang membawa gelembung ini di sekeliling mereka. Mereka tak dapat terlepas daripadanya tetapi mereka boleh bertindak seperti manusia normal yang anda lihat di sekeliling anda. Mereka dapat jalankan segala aktiviti normal seperti manusia tetapi mrk tak dapat lihat gelembung ini. Itu masalahnya. Gelembung ini, kita boleh panggilnya karma. Gelembung yang lebih besar dipanggil karma kolektif, bermakna setiap orang ada sedikit sumbangan karma kepada dunia ini yang wujudkan gelembung besar yang membaluti mereka semua di dalam satu masyarakat itu. Itu seperti planet kita sekarang, sangat sukar atau mustahil, hampir mustahil untuk menjadi bebas daripada gelembung besar dan gelembung kecil ini tetapi kita sentiasa boleh menambah baik, memperbaiknya supaya kita boleh ada kebebasan yang lebih baik daripada jika kita tidak memperbaiknya. Kita memperbaiknya dengan standard moral kita, dengan diet vegan kita, dgn perbuatan baik kita kpd masyarakat, kepada sesiapa saja yang dlm kesusahan, dengan menyayangi, melindungi orang-haiwan dan semua makhluk di dalam gelembung yang sama dgn kita. Setiap orang yang dilahirkan di sini pasti ada gelembung. Bersama-sama, mereka menyumbangkan sesuatu untuk wujudkan gelembung besar itu di sekeliling mereka semua. Sesetengahnya sumbangkan lebih banyak, sesetengahnya kurang, bergantung kepada karma mereka, berat atau ringan, tetapi tiada sesiapa yang boleh terlepas daripada gelembung peribadi sendiri atau gelembung besar yang mengelilingi mereka semua, yang membaluti mereka semua, bukan mengelilingi tetapi membaluti mereka semua. Jadi mereka berada di satu dunia bersama, kelihatan macam mereka hidup, aktif dan sebagainya tetapi mereka semua berada di dlm satu penjara, penjara besar, dan mereka dipenjarakan secara individu, mungkin seperti tahanan rumah atau sesuatu macam itu, situasi yang serupa. Satu-satunya benda yang dapat bantu mereka keluar daripada gelembung ini ialah Kuasa Guru. Jika mereka cukup bertuah untuk temui seorang Guru, percaya kepada Guru itu dan amalkan apa yang diajarkan oleh Guru itu kepada mereka, maka mereka boleh jadi bebas. Jika mereka tidak terus mewujudkan lebih banyak karma, maka mereka takkan perlu turun ke sini semula ke alam hidup fizikal ini tetapi mereka akan dinaikkan ke atas dan diletak di jalan pulang ke Rumah. Rumah bukanlah hanya satu rumah tetapi banyak rumah. Sesetengahnya peringkat spiritual yang lebih rendah dan sesetengahnya peringkat spiritual yang lebih tinggi atau pertengahan. Ada dua jenis orang yang dinaikkan ke atas. Satunya dengan karma mereka sendiri, karma baik, atau dengan hubungan atau amalan spiritual di sana sini dalam hayat lampau atau hayat ini. Satu lagi bebas sepenuhnya dan akan berada di jalan pulang ke Rumah agung sebelum semua ciptaan bermula. Itu Rumah anda, Rumah sebenar anda tetapi hanya dengan Berkat dan Kuasa Guru, Guru hidup, Guru sebenar yang ditahbiskan oleh TUHAN baru dapat anda capai status Mereka, sama ada dalam hayat ini atau anda boleh teruskan perjalanan pulang ke Rumah selepas hayat ini. Kecuali orang-orang ini, orang lain perlu pergi ke mana-mana saja karma mereka bawa mereka, sama ada ke neraka, Syurga rendah Syurga tinggi atau Syurga setinggi mungkin yang boleh dicapai. Kononnya Syurga sudah bermula di Alam Astral yang bersebelahan dengan dunia kita. Alam Astral ada banyak peringkat, beratus-ratus. Yang paling rendah ialah neraka. Syurga yang lebih tinggi ialah tempat kebanyakan kononnya orang yang alami pengalaman hampir mati sampai dan kembali ke dunia ini untuk beritahu manusia lain tentangnya. Jadi ada jenis-jenis pengalaman yang berlainan dalam pengalaman hampir mati. Bagi elit yang lebih spiritual, mereka boleh pergi ke Peringkat Kedua atau maksimum Peringkat Ketiga. Tanpa Kuasa Guru dan Berkat Guru untuk bebaskan orang-orang ini, mereka akan kembali. Dari Peringkat Ketiga, Kedua atau Astral, mereka semua kembali untuk meneruskan lagi perjalanan mereka hingga suatu hari mereka dibebaskan sepenuhnya oleh Guru bermakrifat sebenar yang ditahbiskan oleh TUHAN. Ini ialah roh-roh yang paling bertuah dan paling matang. Meskipun kita capai keamanan, kita takkan dapat bebas dari tiga alam terkurung. Namun begitu, dengan adanya keamanan, mungkin orang ada lebih banyak masa, lebih banyak ketenangan, semangat dan berfikir apa lagi di luar dunia fizikal ini. Tetapi dalam peperangan mungkin ada kesan yang serupa juga atau lagi intensif kerana orang dalam peperangan akan berasa takut, akan menyedari sifat fana hidup fizikal dan mungkin juga menjadi tergalak atau intensif dalam keinginan untuk mengecap kedamaian sebenar, kedamaian yang hanya dapat kita jumpai di Syurga tinggi saja. Di Syurga rendah Alam Astral, mungkin masih ada peperangan, jadi belum lagi aman damai sepenuhnya. Sebabnya adalah kebanyakan orang tiada Guru hidup untuk bersihkan mereka sepenuhnya dan bawa mereka ke jalan yang berlainan untuk pembebasan – jalan keutamaan, jalan eksklusif yang hanya dikhaskan untuk roh-roh bebas. Kerana di dunia ini – bukan sahaja di Alam Astral – ada segala jenis hidup manusia dan orang-haiwan yang bercampur. Oleh itu, keamanan lebih sukar dicapai kerana sesiapa yang ingin wujudkan keamanan untuk dunia ini pada waktu perang atau waktu konflik yang terdesak perlu membuka begitu banyak jenis simpulan yang tidak terkira untuk bebaskan setiap permusuhan, sebarang jenis karma bunuh daripada hayat lampau atau dari dunia lain. Sesetengah orang dilahirkan dari planet lain, dunia lain dan sebagainya, jadi mereka ada karma yang berlainan dan sebagainya. Roh adalah tenang sepenuhnya, damai sepenuhnya, gembira sepenuhnya. Tapi apabila mrk masuk ke dlm dunia ini atau mana-mana dunia planet yang lain, mereka perlu dibungkus di dalam perlindungan fizikal seperti badan fizikal kerana dunia ini terlalu menggerunkan, roh tak tahan. Tiada roh yang dapat lahir semula tanpa gelembung, sama ada dengan memilih kelemahan atau dengan karma hayat lampau. Mereka akan ada gelembung. Mereka akan ditempatkan di dunia yang sesuai dengan mereka untuk terus hidup di domain fizikal. Kerana hayat demi hayat, roh telah dibungkus. Sementara dibungkus, mereka mesti ada minda, badan, emosi dan keupayaan psikologi, segala-galanya yang dicampurkan ke dalam hidup manusia yang terbentuk. Disebabkan semua itu, mereka juga berinteraksi dengan manusia lain di sekeliling mereka. Disebabkan oleh interaksi ini, ia akan mewujudkan konflik, kasih sayang, keterikatan, kerjasama dan sebagainya. Atas itu, karma akan diwujudkan dengan semakin banyak, jadi akan ada lebih banyak kekusutan dalam sistem macam ini. Photo Caption: “Syurga dan Bumi Sanggup Bekerja Bersama utk Menyenangkan Hati Anda”











