Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Keamanan Dunia telah Tiba: Bermeditasi supaya Menjadi Berkekalan, Bahagian 1 daripada 2

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Halo, semua Orang Tersayang saya. Salam Syukur kepada TUHAN. Hari ini, 17 hb, awal pagi, saya asyik menunggu untuk adakan pertemuan dengan Raja Kemudaan tetapi ini tidak berlaku, kemudian ada bunyi tetuang yang kuat, panjang. Itu tidak betul-betul ialah tetuang, cuma ia sangat elegan, tiada bunyi lain yang mirip dengannya, jadi saya kata saja itu tetuang. Itu bunyi nada tinggi. Itu bukan tetuang biasa seperti kita meniup tetuang biasa dgn tanduk orang-lembu buatan tangan atau sesuatu macam itu.

Jadi saya tanya, “Mengapa pertemuan ini tidak berlangsung?” Jadi Raja Keamanan beritahu saya sesuatu macam, “Engkau dipuja oleh orang di dunia.” Jadi seperti biasa, ini diulang banyak kali oleh sumber-sumber yang berlainan. Jadi saya berkata seperti biasa sekali lagi, “Tolonglah, hanya memuja TUHAN saja. Tolong beritahu sesiapa saja yg memuja aku supaya memuja TUHAN saja. Aku tak rasa layak. Walaupun kami telah bersatu semula dengan TUHAN Yang Maha Berkuasa, namun pada pendapat duniawi kecilku, aku hanya jerami yang sangat kecil saja.”

Kemudian selepas itu, TUHAN, MAPA kita, beritahu saya bahawa sebabnya kami tiada lagi pertemuan yang dijadualkan untuk Raja-Raja yang berlainan dari alam yang jauh buat masa ini adalah – ini petikan firman-NYA, kata-kata-NYA: “Anak Perempuan Pengasih, oleh sebab keamanan wujud di sini, jadi untuk keamanan dunia, Engkau sudah rasai karma dunia yang boleh bawa maut. Jadi kami hentikan pertemuan dengan Raja-raja alam yang jauh sehingga Engkau pulih.” Tutup kata.

Saya benar-benar rasa sangat sedih dan murung tetapi saya masih di sini untuk anda. Janganlah begitu risau. Saya akan cuba kumpulkan semua kata antara Raja alam yang jauh dengan saya. Kita dah ada tiga atau empat orang. Maaf, saya tak dapat ingat dgn banyak buat masa ini tetapi saya akan hantar kumpulan yang pertama ini kepada anda, kemudian kita akan teruskan lagi dengan apa-apa saja nota rakaman yang saya kumpulkan untuk anda. Saya rasa lebih baik saya merakam di sana sini dengan suara saya dan cuba dengarnya selepas itu dan tulisnya, atau mungkin anda boleh bantu saya tulis cebisan-cebisan nota ini dan hantar balik kepada saya supaya saya akan ingat lebih banyak perinciannya, kemudian kami boleh buat nota yang lebih besar daripadanya, atau maklumat penting untuk anda.

Terima kasih, sayang. Bersabarlah. Saya bersyukur kepada TUHAN atas segala peluang, keistimewaan ini, dapat bercakap dengan semua Raja dari alam jauh sangat yang mungkin. Setakat ini, salah satu daripada mereka malah berzilion-zilion tahun cahaya dari sini. Baiklah, sayang, kita masih terus bekerja sebanyak yang boleh untuk bantu menyelamatkan planet ini dan penghuni bersama di atas-Nya. Saya berterima kasih kepada anda semua atas bantuan penuh kasih sayang anda. Semoga TUHAN biar anda rasai Kasih Sayang-NYA selama-lamanya. Kasih sayang saya kepada anda tidak terhad juga. Syukur atas RAHMAT TUHAN. Amin.

Hari ini 20 Jun 2026, ada berita luar biasa yang saya sendiri macam tak percaya. Saya tak berani mengatakannya kerana khuatir mungkin ia hilang. Haruskah saya? Saya akan katakannya untuk diri sendiri saja supaya saya tidak lupa. MAPA baru beritahu saya selepas Muzik Syurga menjagakan saya. Saya bermeditasi untuk keamanan tahan lama, untuk orang menjadi lebih pemurah. Oh, letihnya saya!

MAPA berfirman, “Keamanan Dunia telah tiba.” Saya tanya Muzik itu untuk apa kerana setiap kali Muzik datang, Muzik istimewa, bukan Muzik (Syurga dalaman) Quan Yin yang biasa. Bukan Melodi Quan Yin yang biasa tetapi Muzik yang sangat istimewa. Kita tahu akannya apabila ia datang. Tiada muzik sebegini di dunia ini. Ia sangat istimewa. Kita tak boleh tak tahu akannya. Selepas Muzik itu wujud, saya tahu ada sesuatu, sesuatu mesej untuk saya, untuk otak duniawi, minda duniawi saya mengenal Kehendak Syurga, mesej Syurga, arahan Syurga atau kata-kata penenang hati Syurga.

Hari ini, MAPA beritahu saya bahawa Keamanan Dunia telah tiba. Saya berfikir, “Tuan, dah banyak kali aku dengar itu sebelumnya tetapi ia tak sentiasa berlaku.” Kecuali baru-baru ini kita ada perdamaian dengan Iran. Itu bagus tetapi saya masih tak berani melompat kegembiraan sepenuhnya kerana saya khuatir mungkin ia tidak berpanjangan sekali lagi. Tetapi kali ini nampaknya berpanjangan dan kita akan lakukan Quan Yin (meditasi pada Bunyi Syurga dalaman) tambahan untuk Keamanan Dunia yg berpanjangan, dedikasikan sebahagian daripada waktu meditasi Quan Yin untuk Keamanan Dunia supaya ia akan berpanjangan mengikut nasihat Raja terkini yang bercakap dengan kami semalam, Raja Sy. Sekarang anda masih ingat, Dia berkata bahawa formula rahsia lama untuk Keamanan Dunia telah hilang sebahagian daripada kesannya, jadi keamanan takkan berpanjangan. Meditasi Quan Yin akan membantunya.

Jadi sekarang, dah tentu, saya diberitahu sebelumnya bahawa perdamaian Rusia dan Ukraine (Ureign) pun akan tiba tetapi saya hampir tak dapat percayai laporan itu. Hari ini, saya harap ia benar-benar datang Jadi saya akan tanya sekarang sama ada itu atau apa akan berlaku, hanya pengesahan, lebih banyak pengesahan, perincian. Ya, 20 Jun 2026, awal pagi. Saya tetap teragak-agak sama ada nak beritahu anda semua ini atau tidak kerana banyak kali saya rasa saya boleh beritahu anda, kemudian ia tidak berlaku. Tapi agaknya saya tak kehilangan apa pun Dunia dah pun macam itu, sama ada mereka dengar nasihat saya atau ekspresi ikhlas saya untuk keamanan berlaku dan bahawa keamanan akan berlaku atau tidak. Saya tak pasti sama ada dunia dengar kata-kata saya.

Banyak kali, orang-burung datang untuk meninggalkan mesej. Segala jenis Raja dan Dewa-dewi Syurga mengatakan perkara seperti, “Engkau akan dipuja oleh orang di dunia. Engkau dipuja oleh orang di dunia. Engkau dikasihi oleh orang di dunia.” Saya ketawa kecil, berkata, “Jika mereka tidak bunuh atau mudaratkan aku dengan sebarang cara, aku dah begitu bersyukur kpd TUHAN, apalagi apa-apa yang lain, sikap positif terhadap aku.” Hingga kini, negara yg paling banyak saya berkorban ialah negara yang ada banyak orang yang meniru ajaran saya, meniru kata-kata saya bagi memperdaya orang di luar untuk wang dan kemasyhuran, malah mencederakan remaja dan memfitnah saya tanpa penghujungnya, sama ada mereka telah berada di bawah perlindungan saya atau tidak, atau hanya orang luar di luar. Oh! Jadi sangat sukar bagi saya percayai apa-apa yang positif untuk saya. Bukanlah saya tidak percayai mesej baik itu, cuma hati umat manusia berubah dengan cepat sekali. Karma sangat banyak berubah-ubah. Hari ini baik, esok tidak, membuat seseorang berasa pening.

Jadi saya cuma harap sekarang ia benar-benar berlaku – Keamanan Dunia benar-benar datang, sekurang-kurangnya untuk orang dapat meneruskan kehidupan mereka tanpa takut akan hari esok. Sekurang-kurangnya kanak-kanak pergi ke sekolah, tahu bahawa mereka selamat, dan kanak-kanak tahu bahawa mereka selamat untuk pulang ke rumah dlm keadaan baik. Sekurangnya bagi anda pengikut saya dan saya sendiri, kita juga akan ada ketenangan. Kita tak perlu setiap hari menangisi penderitaan umat manusia dalam segala kebodohan kekejaman ini. Sekurang-kurangnya anda dan saya, kita perlu berlutut dan bersyukur kepada TUHAN, tak perlu menangisi apa-apa lagi, tak perlu minta seperti pengemis yang paling miskin utk Keamanan Dunia, hati kita tidak menangis dengan darah lagi.

Maka kita akan lebih banyak berdoa untuk Vegan Sedunia, untuk orang-haiwan kesian, tak berdosa yang begitu banyak menderita sehingga kita tak berani melihat gambar kesakitan mereka, gambar kekejaman manusia yang tak berperasaan, jahil terhadap makhluk tak berdaya, tak dapat pertahankan diri yang tinggal di planet sama yang Tuhan kurniakan kepada kita semua.

Photo Caption: “Bebas Membentangkan Semuanya”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (1/2)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-02
1229 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-03
678 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-03
7015 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-03
497 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-03
520 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-03
678 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-02
138 Tontonan
Pertunjukan
2026-07-02
141 Tontonan
Model Kejayaan
2026-07-02
151 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-02
1229 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun