Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jadi jika, contohnya, seorang manusia dilahirkan, kemudian mati dalam keadaan normal, maka mereka akan pergi ke mana-mana saja karma mereka bawa mereka, sama ada ke neraka, syurga yang lebih rendah, Syurga yang lebih tinggi, atau keluar sepenuhnya dari sistem Syurga dan neraka, bermakna di alam yang lebih tinggi di mana anda tak tahu perbezaan antara baik dan buruk. Hanya segalanya yang baik, mudah, senang, kegembiraan, makrifat dan sebagaimana yang harus anak Tuhan rasai dan jadi. Tetapi sesetengah roh berada di alam yang lebih rendah. Contohnya, seperti di dunia fizikal dan sesetengahnya di neraka. Kita tak nak bercakap tentang itu lagi. Saya telah bercakap tentang itu. Walaupun singkat, namun dah cukup. […]Dalam agama Buddha, Buddha sebut di sana sini tentang neraka, tentang Syurga. Ada sebuah kitab, kitab Buddha berjudul Kitab Kṣitigarbha. Di dalamnya banyak neraka diperincikan dan ada penjelasan atau gambaran yang jelas tentang neraka-neraka yg berlainan. Ada seorang biksu, saya dah beritahu anda, namanya Thích Nhật Từ. Dia kata tiada neraka. Ini bermakna dia menyangkal seluruh kitab Buddha yang berjudul Kitab Kṣitigarbha. Dia malah menafikan bahawa Bodhisattva Kṣitigarbha wujud kerana Dia orang yang menjaga roh-roh yang jatuh ke dalam neraka. Dia menjaga, membantu, memakrifatkan mereka sampai tahap tertentu supaya mereka boleh bebas dari neraka, hanya sesetengah orang neraka yang dihukum ringan, bukan semuanya, kerana sesetengahnya pergi ke neraka dan tidak keluar lagi kerana karma mereka terlalu besar, terlalu besar sehingga tiada Buddha yang dapat bantu mereka pun.Biksu yang sama ini, Thích Nhật Từ, juga menafikan bahawa Alam Buddha Amitābha wujud. Ini bermakna dia menafikan Buddha Shakyamuni juga kerana Buddha Shakyamunilah, Buddha asal, utama agama Buddha pada tempoh masa kita, yang menjelaskan Alam Buddha Amitābha.Jadi saya nasihati semua biksu, jika anda tak tahu, tolong berdiamlah, lebih banyak mengkaji dan memilih Nama Buddha apa yang harus anda puja dan doakan makrifat, jika anda dapat. Jika tidak, hanya Kaedah Quan Yin memberi anda makrifat semerta dan berterusan sehingga anda berada di Alam Buddha atau Syurga yang lebih tinggi, atau kita panggilnya Rumah sebenar atau Kesedaran Tuhan.Banyak kaedah yang lain hanyalah ‘menggaru di luar sarung kaki’, mereka panggilnya. Ia tidak benar, tidak berkesan, dan mungkin ambil masa selama-lamanya meskipun berkesan, akan ambil masa selama-lamanya, sangat banyak hayat jika anda masih dapat menaik semula ke kedudukan anda dapat terus beramal dari mana anda tinggalkan.Kaedah Quan Yin ialah satu-satunya yang bawa anda terus ke Alam Buddha, ke Alam Syurga, ke Rumah Tuhan. Satu-satunya kaedah yang paling pantas, itu serta-merta. Sebab itulah saya panggilnya ‘Makrifat Semerta’. Anda, anak murid, tahu apa yang saya katakan. Anda telah sendiri mengesahkannya. Sebab itulah anda terus mengamalkan kaedah ini dan memuji saya, begitu banyak berterima kasih kepada saya. Tapi ingatlah supaya bersyukur kepada Tuhan dulu. Jika anda nak berterima kasih kepada saya, boleh juga. Kita juga harus berterima kasih kepada sesiapa saja yang bantu kita, dah tentu, tetapi lebih-lebih lagi, Orang utama yang patut kita syukuri ialah Tuhan Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Besar.Tetapi Kaedah Quan Yin, anda perlukan Guru bermakrifat sepenuh untuk mentransmisikannya kepada anda. Jika tidak, anda tidak capai apa-apa juga. Ia bukanlah kaedah kerana ia ditransmisikan daripada roh kepada roh. Jika roh itu tak cukup bermakrifat, dia hanya ulangi prosesnya seperti burung nuri. Dia malah boleh memudaratkan anda kerana dia tak tahu bagaimana melindungi anda. Dia tak dapat bersama anda 24 jam setiap hari dalam hidup fizikal ini dan di akhirat sehingga anda bebas sepenuhnya daripada segala belenggu dan neraka, kemudian anda berada di Rumah – bebas sepenuhnya, mendapat pembebasan sepenuh. Anda tak perlu dilahirkan semula lagi di mana-mana dunia yang menyeksakan.Oh! Seperkara lagi, saya telah membuat lebih banyak kajian dan ada lebih banyak lagi makanan tanpa kesakitan untuk anda, segala jenis. Buah-buahan, sayuran, kekeras, bijian, minyak – segala jenis makanan tanpa kesakitan yang boleh anda makan. Ia dah penuh dengan khasiat, vitamin dan sifat menyuburkan dalam itu sendiri. Jika anda amalkan Kaedah Meditasi Quan Yin juga, maka semua ini digabungkan dengan makrifat anda akan sudah memberi anda kehidupan fizikal yang baik dan pencapaian spiritual yang tinggi. Mengapa begitu? Anda tanya saya mengapa sesetengah pokok, buah dan tumbuhan tiada kesakitan apabila orang mengambil dan gunakannya untuk dimakan, untuk tujuan perubatan atau sebarang tujuan lain yang berguna. Mengapa sesetengahnya ada kesakitan dan sesetengahnya tidak? Okey, saya akan jawab sekarang.Sayuran, makanan atau sebarang benda lain di sekeliling anda yg boleh anda gunakan utk diri sendiri, untuk pemakanan, untuk tujuan penyembuhan yang tiada kesakitan, ini kerana ia dicipta oleh Tuhan, Kuasa Tuhan, Rahmat Tuhan, Kasih Sayang Tuhan, Berkat Tuhan. Ia baik-baik saja seperti sediakala. Jadi itu apa yang Bible nyatakan, “Aku mencipta buah-buahan dan herba untuk manusia, dan Aku juga mencipta makanan untuk orang-haiwan.” Apa yang dicipta oleh Tuhan takkan ada kesakitan, karma dan penuh berkhasiat, bermanfaat kepada manusia dan makhluk lain, sesiapa saja yang perlukannya mengikut keadaan. Tetapi apa-apa yang ada kesakitan, terdapat sebabnya. Itu bukan daripada Tuhan, bukan ciptaan Tuhan pada asalnya.Kita bercakap tentang roh. Roh dah tentu ada kuasa yang amat besar. Kita roh gunakan minda, badan, fikiran, emosi, kuasa psikik dan segala jenis kuasa yang diwarisi di dalam badan di domain fizikal. Kita roh gunakan alat badan untuk mengarah badan ke arah yang betul bagi membantu anda terus hidup di dunia ini dan bantu makhluk lain di sekeliling anda.Kerana di dunia ini, anda perlukan badan fizikal. Bagi menjadi bermakrifat di dunia ini, anda perlukan badan fizikal. Jika tidak, jika badan fizikal tidak diperlukan, mengapa Tuhan bersusah-susah menghantar Nabi Isa, Buddha atau Guru-guru bermakrifat yang lain ke dunia kita untuk mengajar kita? Kerana dekat. Seperti tenaga elektrik memerlukan tiang, generator atau kabel untuk bersambung dengan rumah anda supaya anda dapat gunakannya. Roh ialah satu benda, tetapi supaya berhubung dengan seluruh Alam Semesta, anda perlukan badan fizikal untuk mentransmisikan pengetahuannya. Sebab itulah Guru perlu lahir semula di dunia ini, begitu banyak menderita, begitu banyak berkorban untuk berada dekat dengan makhluk fizikal yang lain bagi menaikkan mereka ke atas, memakrifatkan mereka, berkati mereka dan membimbing mereka pulang ke Rumah dengan selamat.Sekarang, jenis benda yang kita katakan ini, roh, jika meninggalkan badan, seperti apabila kita mati, roh meninggalkan badan tetapi roh masih belum bebas. Jika kita bukan orang yang sangat bermakrifat, kita tak dapat menjadi bebas hanya kerana roh bebas dari badan pada waktu mati. Kita ada banyak badan. Badan sebab akibat adalah lebih rendah di neraka jika kita begitu rendah, serta badan fizikal, badan Astral, badan Sebab Akibat, badan Brahma, badan spiritual, badan yang lebih tinggi. Setiap badan adalah seperti stesen, penerima. Sama seperti anda ada stesen janakuasa yang menjana tenaga elektrik tetapi anda perlukan alat lain untuk menyambungkan tenaga itu ke peranti-peranti dan rumah-rumah yang berlainan untuk sistem-sistem, kegunaan-kegunaan yang berlainan.Jadi sama juga, roh ada banyak badan yang menutupinya. Itu untuk perlindungan juga sementara roh berhubung dengan alam yang lebih tinggi. Anda bukan ada satu badan saja kerana setiap alam perlukan badan yang berlainan, sepanjang jalan dari neraka, Alam Astral ke dunia fizikal hingga ke alam yang lebih tinggi dan alam tertinggi. Setiap alam perlukan badan khas. Sesetengah badan anda dapat lihat, seperti di domain fizikal sini, kita dapat lihat sesama kita melalui kewujudan badan. Di Alam Astral, kita juga dapat lihat diri sendiri tetapi badan Astral kurang kasar daripada badan fizikal ini. Semakin tinggi dari Astral, maka badan itu semakin halus, hingga di alam yang lebih tinggi dan alam tertinggi, anda akan nampak seluruh Cahaya dan tak nampak mana-mana badan menutupinya. Roh di sana bebas sepenuhnya di alam tertinggi.Photo Caption: Melindungi Engkau Hingga Nafas Terakhir!