Excerpt from a heartline from Yen-Lan in Taiwan (Formosa): Halo, Guru Tersayang Terhormat! Saya telah buat kerja perakaunan selama banyak tahun dan sentiasa kesal dengan tidak dapat mencurahkan lebih banyak masa ke dalam amalan spiritual.Memikirkan amaran dan nasihat Guru tentang masa depan Bumi dan konteks global serta penderitaan di dunia, saya berharap dapat menggandakan masa meditasi Quan Yin selepas bersara. Saya juga berdoa kepada Guru dalam hati saya agar selepas meninggal, saya boleh pergi terus ke Alam Baharu yang dibina oleh Guru. Saya tidak mahu pulang ke Rumah dgn perlahan-lahan! Perasaan rindui tempat asal kita memang terlalu menyeksakan! Tanpa dijangka, sejurus sebelum persaraan, saya mendapat permintaan tiba-tiba dan mengambil tanggungjawab menjaga cucu saya. Sementara saya belum sedia untuknya, pelbagai permintaan kerja daripada ashram datang satu demi satu pada masa yang sama! Apa yang mengagumkan adalah, walaupun saya rasa saya tidak dapat mengendalikannya, setiap kali menjawab panggilan, saya sentiasa menerimanya tanpa ragu-ragu! Seorg saudara berkata secara olok-olok bahawa mungkin itu pas ekspres terus ke Alam Baharu yang saya minta!Namun, saya beritahu diri supaya tidak lupakan hasrat yg telah lama saya simpan Jika terlalu sibuk pada siang hari, maka saya akan bermeditasi dari pukul 2 hingga 7 pagi setiap hari! Pada mulanya, saya tidak tahan, separuh tidur dan separuh jaga. Lama-kelamaan, sebaik saja pukul 2 tiba, saya dapat bangun dan duduk tanpa bergerak, tidak kira berapa letih pun! Apa yang lagi mengejutkan adalah sama ada kerja menjaga anak atau ashram, semua masalah yang susah sentiasa diselesaikan!Saya amat bersyukur atas Berkat Tuhan yang membantu saya dapat menerima segalanya dengan gembira dan melihat perkembangan positif segala-galanya! Saya lagi byk berterima kasih kpd Guru kerana memimpin melalui teladan selama ini supaya saya dapat bekerja dengan keyakinan, keikhlasan dan kasih sayang sementara sendiri mengalami kepentingan meditasi Quan Yin! Saya dengan rasa hormat ucapkan semoga Guru Tersayang saya diberkati selama-lamanya dan semua hasrat Guru menjadi kenyataan! Semoga Vegan Sedunia, Keamanan Dunia segera direalisasikan! Yen-Lan dari Taiwan (Formosa)Excerpt from a heartline from Yến Nhi in Âu Lạc (Vietnam): Guru Tersayang – Tim Qo Tu, saya berusia 79 tahun. Saya diinisiasi pada 26 Januari 1994. Saya begitu berterima kasih kpd Guru kerana berkati keluarga saya dan cucu perempuan saya yang berusia enam dan lapan tahun telah menerima separuh inisiasi dalam upacara inisiasi baru-baru ini. Saya sangat gembira kerana mereka sangat patuh, suka bermeditasi, sentiasa hormati dan kasihi Guru. Mereka ada pengalaman meditasi dalaman yang baik.Saya ingin menyebut pengalaman dalaman saya kepada Guru: Dalam meditasi baru-baru ini dari pukul 2 hingga 6 pagi, saya nampak Guru beri saya satu buah nona dan dua biji longan yang cantik dan enak, tidak seperti buah-buahan di Bumi. Guru beritahu saya, “Jika saudara seamalan makan sayuran dan buah-buahan serta rajin bermeditasi, apabila meninggal, saya akan bawa mereka terus ke Alam Tinggi.” Kemudian saya lihat lebih jauh sikit. Saya ternampak badan jelmaan Good Love yang sangat besar dengan Cahaya yang terang, sentiasa berada di sisi untuk melindungi Guru. Sekarang saya ingat, setiap hari sebelum bermeditasi, supaya sentiasa berdoa kepada Dewata di Ihôs-Kih agar melindungi Guru kerana Guru telah begitu banyak berkorban untuk bantu umat manusia. Jadi saya rasa yakin melihat badan jelmaan Good Love sentiasa berada di sisi dan melindungi Guru.Saya juga berterima kasih kepada Guru kerana berikan pengalaman luaran yang baik kepada saya dan menyelamatkan nyawa saya: Saya dilahirkan dengan tiga injap jantung yang bocor dan penyakit jantung iskemia. Disebabkan oleh meditasi yang rajin serta dengan diet susu soya, sayur rebus dan buah-buahan selama dua tahun, apabila saya pergi jalani pemeriksaan, doktor berkata jantung saya tiada masalah sama sekali dan saya sangat sihat. Hanya apabila doktor berikan keputusan ujian kepada saya baru saya percayainya dan tahu bahawa disebabkan oleh Kuasa Guru saya disembuhkan.Suatu kali, saya alami jangkitan virus varicella zoster (VZV) yang pengaruhi gegendang telinga saya, menyebabkan saya menjadi pekak dan akan merebak ke otak saya. Saya begitu sakit sehingga saya rasa saya akan mati tetapi tetap cuba bersungguh-sungguh untuk bermeditasi dan biar Guru menjaga saya. Selepas seminggu, saya pergi jalani pemeriksaan. Doktor mengambil sinar-X yang tunjukkan bhw gegendang telinga saya telah sembuh sepenuhnya dgn sendirinya dan saya dapat dengar seperti normal. Doktor berseru, “Ajaibnya! Sudah 20 tahun saya dalam profesion ini tetapi tak pernah lihat apa-apa seperti ini.” Doktor ucapkan tahniah kepada saya.Saya hanya boleh amat berterima kasih kepada Guru kerana bersama saya dan menjaga saya setiap saat, setiap minit supaya saya dapat mengatasi karma saya untuk menjadi sihat dan meneruskan amalan spiritual. Saya berdoa agar peperangan di Ukraine (Ureign) berhenti dengan serta-merta supaya badan dan minda Guru tenang dan ringan, dan agar hasrat Guru untuk wujudkan Syurga di Bumi akan segera menjadi kenyataan supaya semua makhluk boleh nikmatinya. Anak murid Guru, Yến Nhi dari Âu Lạc (Vietnam)
Ya Tuhan, lagi banyak saya memikirkannya lagi saya rasa begitu kesal dengan orang tidak sudah datang berlari untuk mengambil Pengetahuan Tuhan, Kasih Sayang Tuhan, Kebijaksanaan Tuhan, Perlindungan Tuhan ini bagi menyimpannya untuk diri sendiri supaya dalam hidup fizikal ini pun, mereka akan dilindungi sepenuhnya dan menjadi bermakrifat sepenuhnya apabila tiba masanya. Sesetengah orang menjadi bermakrifat lebih cepat daripada orang lain tetapi mereka semua akan mendapatnya jika mereka dengar dan mematuhi arahan Guru yang tidak banyak, tidak banyak.Hanya Lima Rukun, dan kurang daripada satu minit untuk mengetahui apa yang nak dibuat. Itu saja. Tiada apa-apa lagi di dunia ini yang boleh semudah ini, sebertuah ini, seberkesan ini, dan, ya Tuhan, semenggembirakan ini. Jadi anda boleh mengecap, sementara hidup di dunia ini, Syurga juga. Kedua-dua alam adalah milik anda. Kedua-dua alam adalah milik anda selama-lamanya. Selagi anda berada di dunia fizikal ini, anda juga ada dunia fizikal ini dalam keadaan yang baik. Guru juga melindungi anda, membantu anda dan memberkati anda dengan sebarang cara mungkin sehingga anda berada di Rumah Syurga semula. Saya tiada kata-kata untuk beritahu anda betapa mudahnya ini. Saya tiada kata-kata lagi untuk jelaskan kerana ini begitu mudah – seolah-olah anda menghulurkan tangan dan lihat tapak tangan anda. Begitu mudahlah untuk mengenali Tuhan, mendapat makrifat, bebas daripada segala belenggu di sini, neraka dan alam-alam lain.Saya berdoa untuk anda semua agar anda benar-benar mendapat Kebijaksanaan ini, benar-benar tahu berapa berharganya ini sementara masih dalam badan manusia untuk pergi memohon untuk Kaedah Quan Yin. Dengan keberatan kita perlu panggilnya kaedah. Sebenarnya ini bukanlah kaedah. Cuma dari dalam roh anda, dalam hati anda, Guru akan transmisikannya kpd anda. Sedikit arahannya hanya mengenai posisi fizikal atau minda anda, itu saja.Tetapi Kebijaksanaan Sebenar, Pengetahuan Sebenar, Kaedah Sebenar ditransmisikan kepada anda daripada roh kepada roh, daripada Rahmat Tuhan kpd Diri anda yang merupakan sebahagian drpd Tuhan. Roh adalah penting, bukan badan. Tapi semasa berada di dalam badan ini, kita perlu menjaga badan ini supaya roh boleh gunakannya untuk tujuan mulia dan supaya roh boleh berhubung dengan seluruh Alam Semesta, dengan Kuasa Tuhan untuk melindungi anda juga di dunia fizikal yang kasar ini.Adalah paling baik roh berada dalam bentuk fizikal manusia kerana bentuk fizikal manusia ialah ciptaan tertinggi. Anda ada segala jenis kemudahan, segala jenis alat untuk digunakan bagi membantu diri sendiri dan makhluk lain. Sesetengah makhluk yang lain seperti orang-haiwan, walaupun memang berhubung dengan Syurga, mereka tiada alat yang mencukupi seperti badan manusia untuk buat lebih banyak kerja yang lebih besar. Pokok pula, contohnya, tidak dapat memiliki sebanyak kuasa melalui alat fizikal untuk melaksanakan Kehendak Tuhan serta membantu makhluk lain dan diri sendiri.Ingatlah, semua makhluk ada roh. Contohnya, manusia, kita boleh panggil manusia sebagai tuhan mini. Semua roh ada kuasa cipta juga – amat besar, cuma mereka tak dapat gunakannya. Semuanya tersekat. Mereka tak dapat memperolehnya. Sama seperti anda ada akaun bank tetapi tersekat. Akaun anda tersekat sehingga sesuatu dibuat, sehingga ia dibuka semula, kemudian anda boleh gunakannya. Jadi kadangkala bank buat begitu. Mereka menyekat akaun anda atas sesuatu sebab.Jadi sesetengah manusia, contohnya, atau sesetengah makhluk yang lain, malah orang-haiwan, juga jalankan amalan spiritual. Mungkin mereka telah beramal selama banyak ratus ribu tahun, kemudian mendapat badan manusia, kemudian mereka menjadi manusia dan sudah boleh miliki lebih banyak kemudahan yang terbina dalam mekanisme fizikal, badan fizikal bagi menggunakannya untuk sebab-sebab yang berlainan. Jadi jika, contohnya, seorang manusia dilahirkan, kemudian mati dalam keadaan normal, maka mereka akan pergi ke mana-mana saja karma mereka bawa mereka, sama ada ke neraka, syurga yang lebih rendah, Syurga yang lebih tinggi, atau keluar sepenuhnya dari sistem Syurga dan neraka, bermakna di alam yang lebih tinggi di mana anda tak tahu perbezaan antara baik dan buruk. Hanya segalanya yang baik, mudah, senang, kegembiraan, makrifat dan sebagaimana yang harus anak Tuhan rasai dan jadi.Tetapi sesetengah roh berada di alam yang lebih rendah. Contohnya, seperti di dunia fizikal dan sesetengahnya di neraka. Kita tak nak bercakap tentang itu lagi. Saya telah bercakap tentang itu. Walaupun singkat, namun dah cukup. Jika anda ingin mengetahui lebih banyak, ada banyak buku seperti daripada I-Kuan Tao. Mereka telah mencetak rekod Syurga dan neraka daripada Buddha Ji Gong. Beliau telah membawa sesetengah anak murid yang mampu pergi ke neraka atau Syurga untuk meninjau segalanya, rekodkannya dan beritahu kita manusia. Jadi jika anda ingin tahu lebih banyak, anda boleh lihatnya atau lihat banyak pengalaman hampir mati yang kami juga paparkan di Supreme Master Television kami.Photo Caption: Kuasa Hidup Penuh Bertenaga Dapat Dilihat jika Beri Perhatian kpd yg KetaraCara Berhubung dgn Tuhan dlm Masa Kurang drpd Seminit, Bahagian 2 drpd 6
2025-02-09
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Saya berfikir, “Ya Tuhan, sekurang-kurangnya manusia terlepas begitu banyak.” Itu hanya cara mahir kurang daripada satu minit, kurang daripada satu minit untuk memperoleh seluruh Kasih Sayang Alam Semesta, Kebijaksanaan Alam Semesta – malah segalanya yang lain yang ingin anda tahu atau miliki. Itu malah akan bantu anda dalam hayat ini supaya anda mendapat apa-apa saja yang anda perlukan. Perlu, bukan cari. ‘Perlu’ bermakna kita ada secukupnya utk menampung rumah ibadat fizikal ini supaya kita boleh gunakannya bagi meneruskan perjalanan spiritual untuk pulang ke Rumah. Begitu mudah sehingga banyak orang takkan mempercayainya tetapi telah terbukti bahawa ia berkesan, berjaya bagi berbilion-bilion orang yang cukup bertuah ditransmisi Kebijaksanaan Alam Semesta ini dan gunakannya setiap hari untuk manfaat spiritual dan fizikal. Apabila anda jalankan amalan spiritual, Tuhan juga menjaga keperluan anda dari segi fizikal, jadi anda ada segalanya yang anda perlukan, memang.